9 Drama Korea Yang Bakal Ditayangkan Sepanjang Jun Ini

Share

Bulan ini menyaksikan 9 lagi drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan sepanjang Jun. Bagi peminat K-Drama, sudah tentu mereka menantikan himpunan drama-drama terbaik untuk mengisi masa lapang.

Jom kita saksikan antara K-Drama yang bakal ditayangkan bulan ini.

1. My Unfamiliar Family

Mengisahkan tentang Kim Eun Hee (Ha Ri) yang merupakan anak perempuan kedua dalam sebuah keluarga. Dia seorang yang lemah-lembut dan penuh perhatian. Eun Hee sangat mudah mempercayai orang dan kini dia bekerja di sebuah syarikat penerbitan.

2. Backstreet Rookie

Drama yang diangkat daripada webtoon ini menceritakan tentang hubungan percintaan antara seorang pemilk mini market yang bernama Choi Dae Hyun (Ji Chang Wook) dan Jung Sae Byeol (Kim Yoo Jung). Pertemuan pertama mereka ketika saat di bangku sekolah.

Jung Saet Byeol seorang pelajar yang nakal dan sering meminta Chou Dae Hyun membeli rokok untuknya. 4 tahun kemudian, Chou Dae Hyun membuka sebuah kedai runcit dan dia sedang mencari pekerja sambilan yang kebetulan telah diberikan kepada Jung Saet Byeol. Dia sedang mencari pekerjaan separuh masa untuk bekerja di sebelah malam.

Walau bagaimanapun, Jung Saet Byeol tidak lagi menjadi individu yang nakal dan dia kini menjadi seorang pelajar yang telah dibimbing dengan baik.

3. In-Seoul

Drama ini merupakan sekuel kepada In-Seoul 2019 yang menceritakan tentang kisah hubungan seorang ibu dan anak perempuannya. Ibunya sering memarahinya dan menunjukkan seperti tidak sayang kepadanya. Jadi anak perempuannya mengimpikan untuk masuk ke universiti supaya dapat lari daripada si ibu.

Kini Kang Da Mi dan Lee Ha Rim telah pun berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti In-Seoul dan menjadi rakan sebilik.

Bagaimana pula kisah si ibu selepas anak perempuannya masuk ke universiti? Sama-sama kita nantikan drama ini yang dijadualkan bakal ditayangkan pada 12 Jun nanti.

4. Sweet Home

Drama ini mengisahkan tentang Cha Hyun Soo (Song Kang) yang sering mengurung diri dalam biliknya dan hanya termenenung menggelamun. Hyun Soo tidak mahu bercakap dengan ayah, ibu dan adik perempuannya.

Suatu hari, seluruh keluarganya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Hyun Soo telah berpindah ke sebuah apartment kecil. Satu peristiwa misteri telah berlaku apabila manusia berubah menjadi hantu.

Penduduk di apartment tersebut, termasuk Pyeon Sang Wook (Lee Jin Wook) bertarung melawan hantu-hantu tersebut demi untuk mempertahankan diri.

5. Psycho But It’s Okay

Psycho But It’s Okay bergenre fantasi romantik yang mengisahkan tentang seorang pekerja kesihatan dalam bidang psikiatri. Moon Kang Tae seorang lelaki yang memiliki segalanya, termasuklah tubuh yang hebat, kecerdasan dan penuh rasa simpati terhadap orang lain.

Dia digambarkan mempunyai karakter yang sempurna, namun mempunyai saudara lelaki yang menunjukkan ciri-ciri autisme.

6. That Guy Is The Guy

Seo Hyun-Joo (Hwang Jung-Eum) bekerja sebagai ketua pasukan perancangan komik web yang masih bujang dan tidak merancang untuk berkahwin. Namun begitu, dia telah meneri,a dua pengakuan daripada dua orang lelaki Hwang Ji-Woo (Yoon Hyun-Min) dan Park Do-Gyeom (Seo Ji-Hoon).

Hwang Ji-Woo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pharmaceutical yang mempunyai personaliti dingin tetapi mampu menguruskan perniagaan dengan baik. Manakala, Park Do-Gyeom adalah penulis komik web yang terkenal dan suka bergaul. Dia dan Seo Hyun Joo dibesarkan seperti adik-beradik tetapi lelaki ini telah lama menyimpan perasaan terhadap Seo Hyun Joo.

7. Comic Book Boy Girl

Menceritakan kisah watak lelaki fiksyen dari komik romantik yang melompat keluar daripada halaman 2 dimensi ke kehidupan nyata. Sudah lebih kurang 10 tahun Cheon Nam Wook hidup di alam komik dan kini dia muncul di hadapan seorang pelajar sekolah yang bernama Han Seonnyeo.

Han Seon Yeo memilki wajah dan nama yang sama dengan karakter utama komik asal Cheon Nam Wook yang berjudul ‘Seonnyeo and Namwook’.

8. Amanza

Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 26 tahun yang menderita kanser perut tahap 4. Ketika dia berjuang dengan kesakitan yang dialaminya, dia sedar yang dia seperti tidak lagi hidup dan masuk ke alam imaginasi hutan ajaib, di mana segala jawapan dan keajaiban tentang penawar sakitnya itu telah ditemui.

9. The School Nurse Files

Merupakan drama fantasi mengisahkan tentang Ahn Eun Young yang merupakan seorang yang cerdas dan tidak kenal erti takut. Dia juga mempunyai kemampuan unik seperti menghalu roh. Walaupun drama ini mengangkat tema horror, namun turut diselitkan unsur-unsur komedi.

Eun Young berjaya mengungkap sebuah misteri besar di sebuah sekolah di mana tempatnya bekerja. Sementaraitu, Hong In Pyo (Nam Joo Hyuk) seorang guru sekolah menengah digambarkan memiliki pelindung khusus yang selalu menemaninya.

Suatu hari, In Pyo cuba untuk membantu Ahn Eun Young dengan memberikan energinya untuk mengusir hantu jahat.

Selamat menonton!

Sumber: jogja.tribunnews.com

Published by
Noor Ain Norman