9 Filem Romantik Hollywood, Mana Satu Paling Sweet?

Share

Filem romantik merupakan antara genre pilihan anak muda, maklum saja mungkin ada yang baru nak kenal erti cinta. Hiks!

Saat cinta berputik memang semuanya indah belaka. Tambah pula bila menonton filem-filem romantis di panggung wayang atau pun kaca TV.

Tapi, sekiranya ada yang baru putus cinta, kami nasihatkan janganlah gatal-gatal nak tengok pula ya. Takut menangis teruk nanti. Haha okay gurau je.

Dalam banyak-banyak filem romantik Hollwood yang paling legend ni, agak-agak mana satu pilihan korang?

1. The Notebook

Kisah tentang percintaan terhalang dek kerana darjat yang berbeza di antara lelaki dan perempuan. Filem ini memang superb. Menceritakan tentang cinta akhir hayat sepasang suami isteri yang penuh dengan halangan dan mampu menyentuh perasaan penonton sehingga ada yang mengalirkan air mata.

2. P.S I Love You

Filem yang diadaptasi dari sebuah novel ini juga turut menyentuh jiwa dengan kisah cinta pasangan yang saling mencintai tetapi sering bertengkar. Gerry (suami) tiba-tiba meninggal dunia disebabkan kanser otak dan barulah Holly (isteri) menyedari betapa berertinya kehadiran suami dalam hidupnya.

3. A Walk To Remember

Ada yang mengatakan kalau zaman remaja korang tak tonton filem ni, maknanya korang tak pernah melalui zaman remaja. Hiks! Filem ini juga mempunyai edisi novelnya sendiri. Mengisahkan Landon (Shane West) yang jatuh cinta dengan seorang gadis polos, Jamie (Mandy Moore) yang selalu diejek di sekolah. Hubungan cinta mereka baik-baik saja tetapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh Jamie.

Mengaku je la, korang pun nangis kan tengok movie ni? Hehe!

4. Dear John

Kisah kehidupan seorang askar (Channing Tatum) yang jatuh cinta dengan dengan seorang wanita (Amanda Seyfried). Mereka sering mengutus surat di antara satu sama lain selepas dia dihantar ke medan perang. Besar sungguh pengorbanan yang dibuat oleh si girlfriend tu. Kalau korang sanggup tak?

5. Blue Valentine

Sepasang suami isteri Dean (Ryan Gosling) dan Cindy (Michelle Williams) sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Tapi, hubungan mereka semakin hambr dan tidak bahagia seperti waktu bercinta dahulu.

6. The Vow

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang bahagia, Paige (Rachel McAdams) dan Leo (Channing Tatum), tetapi kemudiannya kebahagiaan mereka hancur apabila sebuah kemalangan yang dialami mengakibatkan Paige koma. Selepas sedar daripada koma, Paige mengalami kehilangan ingatan yang teruk dan tidak mengenali Leo.

7. The Fault In Our Stars

Hazel (Shailenen Woodley) seorang pesakit kanser yang jatuh cinta dengan Gus Waters (Ansel Elgort), seorang remaja yang turut menderita kanser yang sama sepertinya. Hazel merasakan yang hanya Gus sahaja benar-benar memahaminya.

Okay mesti korang nak tahu ending movie ni macam mana kan?

8. Me Before You

Louisa Clark (Emilia Clarke) bekerja sebagai penjaga Will Traynor (Sam Claffin), seorang lelaki kaya yang lumpuh kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Louisa secara tiba-tiba merasakan bahawa dirinya telah jatuh cinta kepada Will Traynor tetapi dia tahu bahawa lelaki itu tidak akan hidup lama lagi.

9. Midnight Sun

Katie Price berusia 17 tahun dan menghidap sejenis penyakit rare yang membuatkan dia tidak boleh terkena cahaya matahari langsung. Jadi, dia tidak bersekolah dan hanya belajar di rumah. Namun begitu, selepas jatuh cinta dengan seorang lelaki, kemahuannya untuk keluar rumah berjumpa dengan lelaki tersebut semakin meninggi walaupun ditegah oleh ayahnya.

Published by
Noor Ain Norman