9 Golongan Tak Sesuai Terima Vaksin COVID-19, Antaranya Yang Ada Sejarah Alahan Serius

Share

COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia.

Dan bagai ada sinar baru bila vaksin Covid-19 ini bakal tiba di Malaysia Februari ini, bekalan vaksin Covid-19 fasa pertama yang dibeli kerajaan daripada syarikat farmaseutikal Pfizer iaitu vaksin COMIRNATY.

Justeru, KKM melalui soalan lazim (FAQ) yang disediakan Insitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menyenaraikan sembilan (9) jenis golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini.

Menurut KKM, 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini ialah :

Vaksin COMIRNATY tidak sesuai diberikan kepada:
1. Individu yang mempunyai sejarah alahan yang serius terhadap makanan (atau) ubat (atau) persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.

2. Individu yang mengalami alahan yang serius selepas menerima dos pertama vaksin COMIRNATY.

3. Individu yang menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.

4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi.

5. Individu yang menghidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 sel/mL.

6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil.

7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria.

8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.

9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (<50,000/µL)

Sumber: KKM

Published by
Nana