Okay, offer sebegini tak akan datang selalu. Jadi korang (dan kami) kena grab cepat.
Sempena melancarkan cawangan terbaru TGV Cinemas di Central i-City Shah Alam, mereka sedang memberikan tawaran istimewa untuk tempoh 9 hari pertama pembukaannya.
Bermula hari ini (23 Mac) hingga 31 Mac ini, korang boleh menonton wayang SECARA PERCUMA bagi beberapa filem terpilih yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Menurut perkongsian akaun Facebook TGV Cinemas, antara filem yang ditayangkan itu adalah Paskal, Aquaman, Bohemian Rhapsody, How To Train Your Dragon dan beberapa lagi movie awesome. Jadi bagi korang yang pernah terlepas peluang untuk menonton filem-filem tersebut di pawagam, inilah masanya.
Selain daripada tayangan wayang secara percuma, TGV Cinemas juga menawarkan popcorn secara percuma dan korang juga boleh mendapatkan merchandise premium, JUGA secara percuma.
Aren’t we all spoiled (and lucky).
Kongsikan saja foto ketika di TGV Central i-City Shah Alam dan ia milik korang. Untuk pengetahuan, tiket yang diedarkan pada hari tayangan adalah untuk tontonan hari tersebut sahaja. Tiket hari berikutnya tidak akan diedarkan lebih awal.
Pastikan korang pergi seawal mungkin ke sana untuk dapatkan tiket. Takut habis pula seperti yang berlaku pada jam 1 tengah hari, hari ini.
‘Hidayah Suka Musang King!’ – 7 Lagi Perkara Best Mengenai Lee Sae Young
Sejak awal tahun ini, kebanyakan netizen mengenali kewujudan karakter ‘Hidayah’ ini di media sosial.
Tak kira sama ada korang peminat dunia K-Pop dan K-Drama atau tidak, REMAJA gerenti mesti ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang pernah share klip pendek yang menampilkan ‘Hidayah’ kepada korang.
Tapi, siapa ‘Hidayah’ ni sebenarnya?
Hidayah atau nama sebenarnya, Lee Sae Young ialah seorang pelakon dan pelawak yang berasal dari Korea Selatan. Pernah menemui peminat K-Drama melalui drama Boyfriend Romantic, wajah Lee Sae Yong bagaimanapun bertukar menjadi viral di Malaysia kerana kemunculannya dalam video-video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook, DaebaKing.
Hasil kreativiti admin DaebaKing yang ingin dikenali oleh AJ, karakter ‘Hidayah’ muncul dalam format sarikata yang diubah semula oleh AJ sehingga menjadi bahan lawak netizen Malaysia.
Motifnya hanyalah satu, untuk menghilangkan stres netizen di tempat kerja dengan menerapkan elemen ‘culture’ Malaysia selain memberian nama-nama karakter berbangsa Melayu dalam sarikata yang diolah admin tersebut.
Hari ini, AJ telah bertemu dengan ‘Hidayah’ di Seoul Korea Selatan dan ada beberapa fakta menarik sebenarnya mengenai pelakon / pelawak itu sebenarnya.
01
Hidayah teringin untuk ke Kuala Lumpur tetapi dengan satu syarat. Peminat yang mengenalinya perlu menunggu kehadiran Hidayah di airport.
02
Hidayah ingin mencuba menjadi penyanyi juga, HANYA jika wajahnya lebih cantik sedikit. Jadi buat masa sekarang, dia selesa untuk menjadi seorang pelawak atau gag woman.
03
Pada tahun hadapan, Hidayah akan terus aktif untuk membintangi drama Korea, tetapi masih tidak mendedahkan tajuknya.
04
Hidayah mampu juga bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa Malaysia. Tapi , REMAJA lebih terkesima dengan kebolehan AJ bertutur dalam bahasa Korea, memang Daebak!
05
Hidayah merasakan pengalaman berlakon bersama pelakon kacak yang juga merupakan idol dalam grup K-Pop sebagai cukup istimewa memandangkan mereka melayannya dengan sangat baik.
06
Hidayah berterima kasih kepada netizen Malaysia yang menyamakan dirinya dengan status Lee Kwang Soo. Aktor dan ahli rancangan popular, Running Man itu sememangnya cukup popular di kalangan peminat Korea di sini.
07
“I like durian!” Walaupun pada mulanya Hidayah tidak mengetahui apakah nama buah tersebut, namun setelah diberikan penjelasan terus dia mengatakan, “Ya, saya sukakan durian!” Bolehlah sesiapa bawa Hidayah untuk merasa ‘Musang King’ atau ‘Kunyit’ selepas ini.
08
Walaupun popular di kalangan ramai peminat lelaki, Hidayah mengatakan dirinya masih single!
Tak sabar pula rasanya nak tunggu drama terbaru lakonan Hidayah. Eh silap, Lee Sae Young. Agak-agak DaebaKing akan ubah lagi tak sarikatanya hehe.
Bagi korang yang ingin menonton video live penuh AJ bersama Lee Sae Young tadi, klik butang play di bawah okay.
Siapakah Atta Halilintar, Bakal Suami Kepada Anak Dara Krisdayanti Ini?
Wahh! Nampaknya tak lama lagi, Krisdayati, bekas suaminya Anang dan Ashanty bakal menerima anggota baharu dalam keluarga mereka.
Ini berikutan tarikh pernikahan di antara anak dara kepada Kris dan Anang iaitu Aurel Hermansyah, 22 dan pasangan hatinya, Atta Halilintar, 26 telah disahkan bakal berlangsung pada 21 Mac ini.
Sedikit pelik apabila Kris berkata anaknya itu masih belum mengesahkan tarikh tersebut kepadanya biarpun ia telah ‘kecoh’ di media sosial Indonesia.
“Anaknya belum beritahu,” jelas Kris kepada Detik.com. Biarpun begitu, Kris meminta semua untuk mendoakan agar perkara yang baik ini akan berjalan dengan lancar.
Cuma satu saja yang membuatkan ramai warganet di Malaysia tertanya, siapakah Atta Halilintar ini? Ini 5 info menarik mengenai dirinya.
01
Atta Halilintar merupakan seorang bintang YouTube dan media sosial yang cukup popular di Indonesia. Beberapa tahun lalu, Atta telah digelar sebagai YouTuber yang mempunyai subscribers tertinggi di Asia Tenggara sekaligus memiliki pendapatan tertinggi di Indonesia. Sehingga kini, dia telahpun memiliki 26.3 juta pengikut di sana.
Sumber Foto: Instagram @attahallintar.
02
Biarpun kini sudah menempa kejayaan, permulaan Atta untuk mencari rezeki tidak datang bergolek dan dia pernah berdepan kehidupan serba kekurangan dengan keluarganya.
Atta pernah menjual sim card telefon di terminal pengangkutan awam sebelium dia berhijrah ke Malaysia untuk berniaga. Hal ini telah mengejutkan pengikutnya kerana beranggapan dirinya dilahirkan dalam keluarga berada dan sudah menjalani kehidupan yang senang sejak kecil.
03
Bercakap mengenai keluarga, kemunculan Atta sebagai seorang public figure bermula apabila keluarganya diundang ke pelbagai rancangan temubual satu masa dahulu sebagai ‘Gen Halilintar’. Masing-masing telahpun mengembangkan minat dan bakat sehinggalah ada di antara mereka telah mempunyai akaun YouTube sendiri seperti Atta.
Atta juga telah berjaya menarik beberapa public figure Indonesia lain untuk muncul dalam videonya seperti Raffi Ahmad, Sule dan Presiden Jokowi.
Sumber Foto: Instagram @attahallintar.
04
Jika di Malaysia, kita mempunyai selebriti media sosial seperti Harris Annuar dan Aisar Khaled yang sering menghiburkan warganet dengan video-video prank mereka. Di Indonesia pula, mereka mempunyai Atta Halilintar.
Tidak keterlaluan jika kami katakan Atta ialah remaja yang memulakan trend video prank di Indonesia sekaligus memberikan idea kepada YouTuber lain.
Ada yang mengatakan videonya tidak kelakar dan kelihatan cringe. Bagaimanapun, remaja di sana masih menontonnya beramai-ramai. Biasalah, ada orang yang akan suka, ada yang akan meluat. Biarpun kadangkala dikecam, Atta sememangnya rajin memuat naik video baharu dan mengambil kariernya ini secara serius.
Sumber Foto: Instagram @attahallintar.
05
Mengenai perihal Atta dan Aurel Hermansyah pula, pada mulanya mereka merancang untuk bernikah pada tahun lalu. Namun, pandemik COVID-19 di Indonesia telah menyekat perancangan mereka itu. Kini, mereka ingin meneruskan agenda tersebut sebelum tiba bulan Ramadan 2021.
Atta baru-baru ini dikatakan ingin ke Malaysia demi meminta restu daripada ibu bapanya sebelum majlisnya itu dan akan membawa Aurel bersama dengannya.
Jom lihat cara Atta mengejutkan Aurel sempena Hari Kekasih semalam. Sweet sangat!
House Of Gucci Bongkar Kisah Golongan Sosialit Pereka Fesyen Terkenal Antarabangsa
Istimewa buat peminat jenama mewah Gucci, korang boleh menyaksikan kisah sejarah kehidupan pereka fesyen antarabangsa itu menerusi filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Dibintangi oleh Lady Gaga, Adam Driver, Jared Leto, Jeremy Irons, Jack Huston, Salma Hayek dan Al Pacino filem ini mengisahkan tentang kisah sosialit Itali dan bekas ketua penasihat Gucci Patrizia Reggiani. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 29 tahun kerana merancang pembunuhan bekas suaminya, cucu kepada pereka fesyen terkenal Guccio Gucci dan pewaris empayar fesyen Gucci Mauricio Gucci.
Filem Ridley Scott ini diadaptasi daripada buku bukan fiksyen Sara G Forden yang terkenal secara meluas “The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed”.
Untuk pengetahuan korang, filem ini ditayangkan tanpa sari kata. Jadi, penonton harus memberikan fokus yang lebih bagi memahami jalan cerita yang berdurasi selama 2 jam 38 minit ini. Bermula dengan penceritaan bagaimana pasangan Gucci ini bertemu, penonton seterusnya dibawa menyelusuri konflik yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Lakonan barisan pelakon yang membintangi filem ini wajar diberi pujian, lebih-lebih lagi lakonan Lady Gaga yang dilihat sudah bertambah baik. Watak sebagai seorang gadis biasa yang kemudiannya menjadi menantu kepada orang kaya, Gaga berjaya merealisasikan karakter yang diberi dengan baik.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat kekurangan yang kami rasakan sewaktu menonton House of Gucci. Durasi yang agak panjang dengan susunan cerita terlalu perlahan menjadikan penonton berasa agak bosan. Di akhir cerita pula ditamatkan begitu mudah dengan hanya menulis kapsyen tentang apa yang terjadi kepada watak-watak dalam cerita itu.
Kami faham mungkin kerana jalan ceritanya yang panjang dan tidak dapat diceritakan sekali gus dalam sebuah filem. Jadi garapannya sedikit lemah dan membuatkan penonton tidak puas untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku pada watak utama filem ini.
Nah, mungkin masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza. Jadi adalah lebih baik sekiranya korang menonton sendiri House of Gucci di pawagam bermula 13 Januari depan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.