Hidup bujang ni semua benda kalau boleh nak yang mudah, murah tapi cantik. Termasuklah dekor rumah sekali. Kalau dapat yang DIY tapi menarik, confirm rasa nak try buat.
Mesti korang selalu jumpa jaring ni kan, tapi tak tahu nak gunakan di mana?
Jadi kami nak berikan beberapa idea yang korang boleh buat daripada jaring ini dipanggil WIRENET yang selalu korang nampak dikedai Eco mahupun kedai DIY perkongsian dari Noor Hafiza Mohamad.
Nak buat pun bukan susah sangat. Jom kita tengok idea-idea jaraing ni sat. Confirm korang boleh ikut.
Organizer Dapur Dan Rempah
2. Organizer Alat Tulis
Ads
3. Tempat Perhiasan Kaktus
4. Simpan Periuk
Ads
5. Alatan Dapur
6. Gantung Sudip dan Fry Pan
Ads
7. Gantung Sabun dan Alatan Dalam Tandas
9. Gantung Jar
Menurut perkongsian lagi, cara gantung wirenet ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan sis sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri.
Kedai2 lain yang boleh dapatkan WIRENET adalah:
– DAISO
– MR DIY
– KAISON
– IKEA
Mudah je kan? Walaupun hanya menggunakan jaring murah, tapi nampak style juga idea-idea ni.
Paling penting nampak kemas,murah dan jimat kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembatalan kemenangan pingat emas oleh atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sebentar tadi masih tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.
Pembatalan itu susulan protes yang dilakukan skuad lontar peluru Ukraine selepas keputusan penuh diumumkan. Lantas kemenangan Ziyad berserta rekod dunia yang dileburkan oleh atlet Gombak, Selangor ini ditarik semula.
Mengikut laporan tidak rasmi, Ziyad dikatakan tidak berada di call room mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak penganjur sebelum acara dimulakan. Bagi penulis dan ramai lagi di luar sana yang tidak terlibat dalam dunia sukan, tentunya kita tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘call room’ ini?
Berdasarkan info yang kami perolehi daripada paparan laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), call room adalah bilik menuunggu yang dikhaskan untuk para atlet sahaja. Mereka diminta berkumpul di sana sebelum perlumbaan atau perlawanan bermula secara bersendirian.
Biarpun temasya Paralimpik ini melibatkan para atlet kurang upaya seperti kekurangan deria penglihatan, pendengaran, fizikal lain atau sebagainya, TIADA bantuan luar seperti tapper (khas untuk atlet kurang penglihatan), jurulatih dan bantuan delegasi yang dibenarkan berada di dalam call room. Ini bagi memastikan tiada perbincangan saat akhir berlaku dan mengelakkan ketidak adilan dalam kalangan wakil yang bertanding.
*
Lain negara, lain panggilan mereka untuk call room.
Contohnya di Belanda, ia dipanggil sebagai voorstart manakala delegasi Australia memanggilnya marshalling room.
Dalam beberapa acara sukan, call room akan dibahagikan pula kepada dua buah bilik atau lebih. Contohnya di arena renang, atlet akan memasuki call room pertama untuk pemeriksaan sut renang, goggle, topi renang dan logo mereka. Di dalam call room kedua pula, barulah atlet akan berkumpul dan disusun mengikut giliran.
Di call room, atlet akan mula fokus dan menenangkan adrenalin dalam diri masing-masing sebelum keluar. Di sinilah mereka akan berhadapan dengan lawan masing-masing – eye to eye, face to face. Ada yang menganggap call room sebagai permulaan perlawanan sebenar. Iyalah, tanpa kekuatan mental yang kuat, sesiapa saja akan mudah ‘rapuh’ dalam call room sebelum keluar ke gelanggang.
Amat penting untuk para atlet berada di call room mengikut waktu yang ditetapkan demi memastikan acara berjalan lancar, bermula tepat pada masanya dan tidak berlaku ketidak adilan seperti yang kami katakan tadi di antara atlet dan jurulatih.
*
Jujurnya, kita tidak tahu keadaan sebenar call room di Stadium Olimpik Tokyo bagi sukan olahraga ini; lagi-lagi bagi acara lontar peluru yang disertai oleh Ziyad Zolkefli hari ini.
Sementara siasatan berkaitan bantahan delegasi Malaysia, Australia dan Ecuador dilakukan, usahlah kita menokok tambah info yang tidak benar. Jangan pula kita menyerang akaun media sosial milik Sukan Paralimpik, Tokyo 2020 dan persatuan sukan Ukraine.
Ingat, budi bahasa itu budaya Malaysia; dan tiada masa yang lebih tepat untuk kita mempraktikkan budaya itu melainkan pada Hari Kebangsaan hari ini.
Berita baik buat traveller yang sudah rindu nak ke Indonesia, negara jiran kita telah memansuhkan keperluan kuarantin bagi semua penggembara yang tiba di negara itu. Menteri Pelancongan Indonesia, Sandiaga Uno mengumumkan perkara tersebut sebagai sebahagian kelonggaran daripada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Indonesia.
Keputusan tersebut akan berkuatkuasa serta merta dan keputusan itu juga dibuat susulan tiada keperluan kuarantin dilaksanakan bulan ini terhadap mereka yang telah divaksinasi di Kepulauan Bali, Batam dan Bintan.
Walau bagaimanapun, dengan pemansuhan itu ujian saringan masih perlu dilakukan. Langkah sama diumumkan oleh negara serantau seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja baru-baru ini. Sandiaga turut memaklumkan perincian lanjut terbaharu itu akan diterbitkan dan pada masa yang sama pihaknya optimis sasaran 1.8 juta hingga 3.6 juta pelancong tahun ini akan tercapai.
Wah, mesti ramai yang dah tak sabar nak ke sana kan, lebih-lebih lagi pintu sempadan negara akan dibuka pada 1 April ini. Apa-apa pun SOP tetap perlu diikuti kerana kita masih belum bebas dari virus COVID-19 ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika korang terpinga-pinga mengapa terdapat persembahan bunga api besar-besaran pada tengah malam ini, jangan risau.
You are not the only one.
Di kebanyakan bandaraya seluruh negara, ruang udara meriah dengan persembahan bunga api yang seakan-akan tidak berhenti sejak jam 9 malam.
Di sesetengah kawasan, ada persembahan bunga api yang berterusan sehingga 15 ke 20 minit. Ada juga yang berkata, laungan kuat bunga api dan mercun diselang-selikan setiap satu jam di kawasan mereka. Just like a real celebration, legit !
Jadi, apa sebenarnya yang disambut sedangkan perayaan Tahun Baru Cina sudah berakhir pada minggu lepas?
Untuk pengetahuan, masyarakat Cina sebenarnya meraikan Tahun Baru Cina selama 15 hari. Sama jugalah seperti masyarakat Melayu yang meraikan adat rumah terbuka selama sebulan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Dalam tempoh 15 hari ini, terdapat pelbagai aktiviti mengikut adat dan tradisi yang dilakukan oleh mereka mengikut kepercayaan masing-masing.
Hari pertama Tahun Baru Cina seperti yang disambut pada 1 Februari lalu menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar masyarakat Cina dan Malaysia mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum.
Pada hari-hari berikutnya, tradisi lain turut dilakukan. Contohnya, tradisi anak perempuan yang sudah berkahwin menziarahi rumah ibu bapa kandungnya (Hari Kedua), tradisi menziarahi pusara (Hari Ketiga) dan tengah malam ini / esok menandakan Hari Kelapan dan Kesembilan.
Jadi, tradisi malam Sabtu ini adalah untuk bermain bunga api dan mercun?
Bukan.
Malam ini dan malam esok menandakan tarikh kelahiran Maharaja Jed yang bersemanyam di Tian Gong atau kayangan dan ia juga sekaligus merupakan acara Tahun Baru yang disambut oleh suku kaum Hokkien. Mereka meraikan tengah malam ini ibarat Tahun Baru Cina mereka sendiri.
Setibanya detik 12 tengah malam tadi, sesetengah daripada korang pasti sedikit terkejut dengan persembahan bunga api dan mercun. Ia bukan saja-saja dinyalakan tau.
Sebaliknya, ia adalah cara suku kaum Hokkien menyembah rasa syukur dan doa kepada Maharaja Jed.
Selain daripada mercun, tebu juga digunakan sebagai simbol penting untuk diletakkan di kediaman masing-masing.
Persembahan bunga api menjadi tradisi untuk menyambut kehadiran malam kelapan dan kesembilan di Malaysia. Selalunya, skala bunga api yang dimainkan tengah malam ini dan esok akan lebih havoc berbanding hari pertama Tahun Baru Cina.
Malah, ada kawasan perumahan akan bergilir-gilir menyalakan bunga api mereka supaya ia akan berterusan sehingga melepasi detik 12 tengah malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...