9 Idea Gaun Nikah Yang Pernah Disarung Oleh Finalis Dewi Remaja

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Biasalah, selebriti kalau pakai apa pun cantik. Tapi kalau Dewi Remaja, cantik dia macam ekstra sedikit.

 

Bermula dari era 90-an lagi, setiap kali bekas finalis pencarian Dewi Remaja mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan bersama lelaki pilihan mereka, pasti kelompok media dan netizen amnya tak sabar untuk melihat foto pernikahan mereka.

Bukan saja tertanya-tanya siapakah lelaki bertuah itu, netizen juga hendak melihat rekaan gaun pernikahan yang dipilih oleh Dewi ini. Ada di antara gaun ini yang khas direka bersama oleh Dewi dan pereka fesyen tersohor.

Jom tengok idea yang mungkin korang boleh gunakan untuk hari pernikahan korang kelak.

 

01

Scha Alyahya

Scha Alyahya, pemenang Pencarian Dewi Remaja 2005/2006 akhirnya disatukan dengan Awal Ashaari pada tahun 2012 dengan memakai kurung moden Syaiful Baharim. Sumpah cantik sangat dan penulis juga merasakan ia amat bersesuaian dengan Scha yang ringkas tetapi fashionable.

Sehingga kini, masih ramai yang bercakap mengenai baju nikah ini dan baju perkahwinan songket Scha berwarna hijau zamrud tu. Walaupun 6 tahun telah berlalu tetapi impaknya masih bertahan!

 

02

Anzalna Nasir

Siapa boleh lupakan gaun perkahwinan Anzalna Nasir rekaan Cosry yang masih terbayang-bayang dalam ingatan penulis?

Tetapi kali ini, kita nak bercakap tentang baju nikahnya terlebih dahulu. Direka oleh Rizalman Ibrahim, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa finalis Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini memang cantik sangat pada malam itu. Walaupun ada yang sedikit ‘terkejut’ dengan elemen ruffles pada dada, tetapi Anzalna mampu menggayakannya.

Kata orang, she wore the dress, not the other way around.

Anzalna juga merupakan antara selebriti yang selesa memakai semula baju nikahnya! Muat okay, walaupun selepas setahun berkahwin.

03

Mawar Rashid

Mawar juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja yang inginkan rekaan Putra Aziz dari Cosry untuk majlis nikahnya. Kelihatan berbeza daripada gaun nikah konvensional, Mawar memilih kebaya Jawa untuk disalaskan dengan tema pernikahan ini.

Katanya, “Masa Mawar fitting baju ini, mengalir air mata sebab cantik sangat. Sampaikan salah seorang staf di Cosry pun cakap dia terkejut dengan rekaan Abang Put ni.”

 

04

Izara Aishah

Majlis pernikahan pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Izara Aishah dan Adib Khalid sememangnya menjadi topik perbualan hangat netizen pada akhir tahun lalu.

Bukan saja kerana Izara berstatuskan selebriti tetapi juga kerana semua orang ternanti-nantikan baju rekaan Rizalman Ibrahim yang akan disarung olehnya. Hasilnya, nyata tidak mengecewakan! Rizalman sendiri pernah berkongsi bahawa sebaik saja majlis merisik Izara dan Adib selesai, pelakon itu terus menghubunginya dan meminta Rizalman menyiapkan baju pernikahan.

Antara bahagian baju kurung moden Izara yang diperkatakan adalah kerudung dempak yang dipakainya di atas sanggul kepala, bahagian leher ‘bottleneck’ yang diakui ramai sukar untuk dibentuk dan bahagian lengan baju yang dipenuhi perincian ala ‘petals’.

Kata Izara, “Che tak mahu kahwin kalau abang Rizalman tak nak buat wedding Che!”. Sememangnya, baju yang dilabel Sopan Couture / Future Classic oleh Rizalman ini merupakan antara baju nikah paling dinantikan pada tahun lalu.

 

05

Syamim Farid

Hanya lima bulan selepas majlis resepsi, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Syamim Farid sah diijab kabulkan kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean.

Berlangsung pada 17 Mac 2016, Syamim memang cantik menyarung kebaya moden putih. Hanya bahagian butang di tengah baju dan kelim kerudung Syamim saja yang diberikan perincian lebih. Selebihnya, Syamim memilih untuk tampil seringkas boleh.

 

06

Ramona Zamzam

Ramona Zamzam dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 pula tampil berbeza semasa majlis nikah bersama Rami Alaskhar.

Memilih biru firus sebagai tema, bridesmaids kepada Ramona pula menyarungkan pakaian berwarna merah jambu. Sweet sangat, terutamanya pada bahagian atas baju yang seolah-olah bercantum dengan selendang. Dengan perincian batu kuning pada gaun, Ramona tidak lagi memerlukan jewellery yang terlalu sarat untuk majlis pernikahan.

07

Syatilla Melvin

Berwalikan bapanya, Amirol Melvin Abdullah, Syatilla Melvin dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 sah menjadi milik pelakon, Shaheizy Sam dalam gaun rekaan Syaiful Baharim. Memilih untuk ‘memberatkan’ detailing pada veil, baju Syatilla pula dibiarkan ringkas dan tidak terlalu sarat.

Pada majlis ini juga, kalau korang masih ingat, Sam telah melakukan gimik pengsan di atas pelamin selepas selamat diijab kabulkan.

 

08

Balqish Maarif

Pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini memilih Azura Couture sebagai pereka gaun nikah idamannya. Sementara itu, wajahnya pula disolek oleh Alha Alfa.

Azura sempat berseloroh dengan Balqish di mana Azura berkata dia merupakan pengantin ‘paling gila’ pernah bekerja dengannya disebabkan diri Balqish yang sememangnya selalu ceria. Perincian pada bahagian atas gaun dan cape belakang saja sudah memadai kerana Balqish sendiri memang cantik orangnya. Tidak perlu terlalu keras mencuba.

Di dalam caption untuk salah satu fotonya, Balqish berkata dia ingin sekali hidup bersama suami, Ahmed sehingga tua dan berkedut. Hehe, insyaAllah dear.

 

09

Deja

Nurul Hazrina atau lebih dikenali dengan panggilan Deja juga merupakan finalis dari batch 2014/2015. Memilih Faruq Fadhullah sebagai teman sepanjang hayat, Deja kelihatan amat berlainan apabila menyarung gaun pastel bagi hari pernikahannya.

Pasangan sama tinggi (literally, tinggi!) sama padan ini memilih Iwan Fancy Wedding Couture sebagai pereka. Memang sweet sangat warna gaun tersebut, tambahan pula dengan floral detailing pada bahagian dada, lengan dan pinggul.

 

* * * * *

 

Siapa pula finalis Pencarian Dewi Remaja yang akan berkahwin tak lama lagi..? Hehe

 

Jangan lupa untuk saksikan malam FINALE DEWI REMAJA 2018/2019 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula jam 10.30pm. Tapi sebelum itu, SAKSIKAN LIVE RED CARPET pada jam 9.30pm – 10.30pm kerana kami akan menemu ramah finalis dan alumni Dewi Remaja serta Hero Remaja terdahulu!
#dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja

 

Published by
FZ