9 Jenis Seat Pawagam Yang Korang Boleh Cuba Untuk Lepas ‘Gian’ Tengok Wayang

Share

Pawagam di seluruh Malaysia kini sudah pun dibuka bagi individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin setelah sekian lamat dihentikan operasi akibat pandemik COVID-19.

Sudah tentu ramai yang merindui saat-saat menonton filem bersama rakan-rakan dan orang tersayang di panggung wayang.

Biasanya, kita menonton wayang di standard hall kerana harganya yang rendah dan berbaloi berbanding yang lain. Tetapi, setelah sekian lama tidak ke pawagam, mungkin ada yang ingin cuba jenis-jenis seat pawagam yang lain kan?

Berikut kami senaraikan antara 9 jenis seat pawagam yang korang boleh cuba.

1. Standard Hall

Sumber: Twitter salam_zhr

Hall ini memang popular untuk semua pawagam di Malaysia kerana harganya yang mampu milik. Biasanya, hall ini dilengkapi dengan twin seat di bahagian belakang. Kami pasti, korang pun familiar dengan hall ini kan?

2. Beanie Hall

Sumber: Twitter salam_zhr

Hall ini agak menarik kerana korang boleh menonton filem dalam keadaan yang santai. Seatnya juga selesa dan boleh buatkan korang tertidur. Hiks!

3. Atmos Hall & Auro Hall

Sumber: Twitter salam_zhr

Atmos dan Auro Hall ini bunyi audionya advance sikit berbanding yang lain. Difahamkan, Auro Hall menggunakan bunyi sebanyak tiga lapisan, iaitu bahagian bawah, tengah dan atas.

4. Premiere Hall

Sumber: Twitter salam_zhr

Untuk korang yang nak rasa lebih eksklusif tetapi dengan harga yang sederhana, boleh cuba hall ini. ia ada menja kecil di tepi seat dan tidak terlalu ramai dalam satu hall.

5. Gold Class

Sumber: Twitter salam_zhr

Hall ini tak banyak seat sangat dan jenis reclining. Setiap dua kerusi akan ada satu meja kecil dan ada satu service button di situ. Di Gold Class juga disediakan selimut.

Kalau di TGV ia dipanggil sebagai TGV Cinema Indulge.

6. MAXX, Big Screen dan IMAX

Sumber: Twitter salam_zhr

Ketiga-tiga hall ini mempunyai features yang boleh dikatakan sama. MAXX untuk GSC, Big Screen untuk MBO, manakala IMAX untuk TGV. Ia mempunyai skrin yang sangat besar.

7. D-BOX

Sumber: Twitter salam_zhr

GSC D-BOX mempunyai seats yang boleh bergerak-gerak. Ia akan bergerak mengikut apa yang ada dalam movie yang ditayangkan itu.

8. MX4D dan 4DX

Sumber: Twitter salam_zhr

Hall ini lebih best daripada D-BOX. This is the real 6D. MX4D dilengkapi dengan ciri-ciri effect seperti bauan, angin, air, motion, asap dan lain-lain. 4DX juga tak ketinggalan. Dengan memperkenalkan enam effect utama seperti angin, air, bauan, asap, buih dan cahaya.

9. Kecil Hall

Sumber: Twitter salam_zhr

Sesuai untuk yang sudah berkeluarga kerana ia adalah hall yang child-friendly, mempunyai ruang bermain dan tidak terlalu gelap.

Ha, lepas ni bolehlah cuba kesemua pawagam yang kami senaraikan ini okay. Tapi pastikan dah lengkap dua dos vaksin ya. Hiks!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman