Ingat lagi dengan logo Visit Malaysia 2020 yang dikecam hebat pada awal Januari tahun lepas? Logo yang dianggap amatur dan tidak menunjukkan Wawasan 2020 itu mendapat kritikan daripada rata-rata masyarakat Malaysia.
Rentetan daripada kes tersebut, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah membuka penyertaan untuk sebuah pertandingan mencipta logo bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah pun melancarkan logo baru kempen Melawat Malaysia (VM) 2020 bagi menggantikan logo lama yang seperti setem dengan imej Menara KLCC, orang utan, monyet dan penyu memakai cermin mata gelap.
Pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, Alfred Phua Hong Fook dipilih sebagai pemenang dengan rekaan logo yang melambangkan budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia. (Malaysiakini)
Pemenang dipilih daripada 10 penyertaan terbaik dan berikut merupakan antara 9 lagi rekaan logo daripada finalis yang telah dikongsi oleh seorang photographer, Luqman
.Onz tak onz? Kami rasa semua pun cantik kan?