9 Misteri Gunung Bromo Pendaki Wajib Tahu Sebelum Kena Sampuk

Share

Gunung Bromo yang terletak di Jawa Timur antara gunung terindah di Indonesia. Tidak hairanlah, Gunung Bromo selalu diletak dalam peta pelancongan sebagai antara tempat wajib dikunjungi.

Sama ada mendaki, korang juga boleh naik ke puncak gunung yang termasuk dalam Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (Taman Negara) dengan menaiki jeep atau menunggang kuda menuju ke puncaknya pada ketinggian 2329 dari aras laut.

Gunung Bromo merupakan tempat pelancongan yang menjadi tarikan utama di Jawa Timur. Boleh ke puncaknya menaiki kuda sahaja. Gambar internet

Ini 9 misteri Gunung Bromo yang perlu korang tahu. Nanti jangan suka-suka di sana silap-silap kena sampuk.

a) Sejarah nama Gunung Bromo

Nama gunung ini diambil dari nama seorang Dewa iaitu Dewa Brahma (lambing kesucian). Dalam sebuah kepercayaan, gunung Bromo menyimpan banyak barang-barang pelik dan misteri peninggalan dewa Brahma ini.

b) Tempat bersemayam para dewa

Bromo hanya terkait dengan ajaran agama Hindu. Masyarakat beragama hindu di sini menyakini gunung ini merupakan tempat bersemanyam para dewa yang selalu melindungi mereka. Dewa-dewa dipercayai tinggal di sini antaranya Dewa Brahma, Dewa Wisnu dan Dewa Siwa.

Pemandangan indah Gunung Bromo di waktu pagi. Terlalu indah seolah-olah negeri di atas awan

c) Tempat berlindung Kerajaan Majapahit

Di sebalik keindahannya, gunung ini merupakan tempat perlindungan kerana Majapahit pada zaman dahulu. Bila diserang oleh musuh, sebahagiannya lari ke Bali dan sebahagian lagi ke Bromo. Sebab itulah Bali dan Bromo banyak persamaan.

Rombongan yang berlindung di Bromo meminta perlindungan dari Dewa Brahma yang kemudiannya memberikan pinjaman benda-benda pusaka kepada pasukan kerajaan Majapahit.

d) Saksi cinta Joko Seger dan Roro Anteng

Menyebut lagenda Bromo, kisah cinta antara pahlawan Joko Seger dan Rara Anteng paling banyak diperkatakan rakyat tempatan. Joko merupakan anak seorang Brahamana dan dikenali kerana kegagahan dan kekuatannya. Rara Anteng pula perempuan cantik keturunan dewa. Seorang cantik dan seorang tampan, akhirnya keduanya saling menyintai namun ada ujian. Lagenda ini masih diperkatakan rakyat tempatan hingga kini kerana kecantikan dan ketampanan mereka tiada tolok banding.

e) Lagenda Gunung Batok

Kerana cantiknya Rara, banyak anak raja ingin melamarnya namun semuanya ditolak kerana dirinya hanya mencintai Joko Seger.

Sehingga timbul kisah seorang pemuda memiliki kesaktian yang mahu melamar dan membuat ugutan mahu mencederakan ibu bapanya. Rara meletakkan syarat jika mahu dirinya dipinang.

Syaratnya ialah pemuda tersebut harus menjadikan kawasan di sekeliling Bromo sebagai lautan sehingga Bromo terlihat seperti sebuah pulau. Hanya dalam waktu satu malam saja. Syarat tersebut diajukan dengan harapan agar pemuda sakti tidak menyanggupinya.

Namun siapa sangka, karena kesaktiannya yang luar biasa, pemuda itu menerima syarat itu dengan percaya diri. Ternyata benar, dia menggali tanah di sekitar Bromo dengan batok (tempurung kelapa) raksasa. Melihat hal ini, Rara Anteng menumbuk padi sehingga ayam berkokok. Disebabkan marah kerja tidak selesai, pemuda saksi itu melemparkan batoknya hingga wujudlah Gunung Batok.

Pembinaan di puncak Bromo oleh alam ghaib mengakibatkan berlaku letusan. Hinggalah satu upacara memberi makanan kepada jin dan barulah letusan ini terhentiKerajaan Ghaib di puncak

f) Kerajaan Ghaib di puncak

Pada tahun 2015 hingga 2016, Bromo mengalami peningkatan aktiviti sehingga pada mata kasar, ia akan memuntahkan larvanya. Namun ramai paranormal berkata, ada pembinaan kerajaan ghaib di puncak gunung oleh Ki Bromo dan itulah punca sebenarnya. Jamuan makan diberi buat jin-jin ini dan sejak itu, tiada lagi pengeluaran larva terjadi.

Wujud pasir jerlus yang menelan manusia secara tiba-tiba tanpa terduga

g) Wujud pasir jerlus menelan manusia

Jika di Hutan Amazon wujud lumpur yang mampu menelan manusia, Gunung Bromo pula memiliki pasir jerlus yang mampu menghisap manusia yang terpijak di atasnya. Tiada siapa tahu di mana titik punca pasir ini kecuali pemegang kunci gunung ini dan warga asliu Tengger sahaja.

h) Misteri Akar Ghaib

 Paranormal sangat yakin gunung Bromo dililit oleh akar ghaib yang sangat kuat.Konon, jika ada orang jahat dan memiliki hati yang kotor yang memijak akar tersebut, akan alami kejadian buruk bahkan boleh hilang terus dari dunia (ditarik ke alam ghaib).

i) Beberapa Misteri Lainnya

Selain misteri-misteri di atas, gunung Bromo pun masih memiliki misteri-misteri lainnya. Berikut di bawah ini.

  • Bromo merupakan kawasan suci
  • Keberadaan upacara Kasado yang amat misteri
  • Bromo adalah negeri di atas awan
  • Ada kuntilanak (Pontianak) di gunung Bromo

Sebab itu, bila korang berada di Gunung Bromo ini, sila jaga-jaga percakapan dan perlakuan kerana kalau tidak mahu disampuk.

Namun bagi yang ingin mengunjungi Gunung Bromo dalam masa terdekat ini, dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana pada 19 Februari lalu, pihak berkuasa Indonesia sudah mengeluarkan amaran tidak dibenarkan mendekati gunung ini kerana ia di paras berwaspada (tahap dua) berikutan ia mula mengeluarkan debu putih bercampur coklat di mana ia adalah tanda permulaan akan berlakunya letusan gunung berapi.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros