9 Perkara Yang Perlu Korang Bincang Dengan Pasangan Sebelum Nak Kahwin

Share

Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan, ada banyak perkara yang perlu korang fikirkan terlebih dahulu.

Walaupun mungkin dah 10 tahun berkenalan, tapi biasanya memang korang tak akan kenal 100 peratus perangai sebenar pasangan. Jadi, kalau dah ada yang berniat nak menamatkan zaman bujang tu, tahniah kami ucapkan.

Cuma sebelum tu, ada beberapa perkara perlu korang betul-betul faham dan bincangkan dengan pasangan sebelum mendirikan rumah tangga.

1. Agama

Paling penting, ada pegangan agama yang kuat barulah boleh melayari bahtera rumah tangga bersama. Nak hidup bersama ni perlu ada orang yang boleh bimbing kita ke arah kebaikan.

2. Kewangan

Bukan la nak jadi materialistik, tapi seeloknya sebelum kahwin clarify terlebih dahulu kewangan korang untuk sama-sama membuat pembahagian dalam komitmen bayaran bulanan.

3. Tempat tinggal

Sama ada nak sewa rumah atau tinggal di rumah keluarga, time ni la korang patut decide dulu sebelum kahwin. Tak nak ada isu pula lepas berumah tangga nanti. Sebaiknya, cuba untuk tinggal berasingan daripada keluarga. Belajar berdikari dan waktu ini lah nak ‘honeymoon’ dengan pasangan.

4. Pekerjaan

Tidak semua pekerjaan mempunyai waktu bekerja yang sama. Mungkin pasangan korang bekerja mengikut shift atau sering overtime. Jadi, cuba untuk faham pekerjaan dan waktu kerja mereka.

5. Tahap kesihatan

Jangan rahsiakan hal kesihatan kepada pasangan. Jika ada masalah berkaitan dengan kesihatan, terus terang saja agar pasangan boleh memahami tahap kesihatan korang.

6. Keluarga mertua

Apabila kita berkahwin, kita bukan saja bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan, tetapi bersama keluarga sekali. Sikap mak dan ayah mertua mungkin tidak akan sama seperti ibu bapa kita, jadi cuba luangkan lebih banyak masa untuk mengenali hati budi mereka sebelum berkahwin.

7. Haiwan peliharaan

Nampak macam remeh, tapi ini antara perkara yang korang perlu bincang juga. Mana la tahu si suami suka kucing tapi bakal isteri pula takut dengan kucing. Kalau rumah korang nanti ada haiwan peliharaan seperti tu, mau dia melompat dalam rumah nanti. Atau mungkin saja dia alah kepada bulu-bulu haiwan.

8. Makanan

Ambil tahu cita rasa pasangan korang. Selain itu, tanya juga sama ada mereka punya alahan pada makanan atau tidak. Janganlah sediakan makanan ikut tekak sendiri je nanti. Haha!

9. Minat

Mempunyai minat yang sama adalah bonus untuk sepasang suami isteri. Tapi jika tidak, hormati minat atau hobi pasangan korang dan sesekali cubalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan kalian.

Nak kahwin memang syok, tapi banyak yang korang kena pertimbangkan juga tau. Barulah harmoni rumah tangga yang dibina nanti. Hehe..

Published by
Noor Ain Norman