
Isi Kandungan
ToggleSeperti tahun lepas, banyak restoran makanan yang mengambil peluang untuk membuat promosi di hari kemerdekaan bagi meraikan detik bersejarah negara bersama masyarakat Malaysia.
Tidak terkecuali tahun ini, korang boleh mendapatkan diskaun menarik di beberapa restoran yang turut sama membuat promosi harga sempena hari kemerdekaan.
Berikut kami senaraikan antara restoran popular yang memberikan diskaun hebat bagi meraikan hari kemerdekaan yang ke-62 tahun.
1. Secret Recipe
2. Sushi King
3. Texas Chicken
4. Starbucks Malaysia
5. Kenny Rogers ROASTERS
6. Dunkin’ Donuts
7. Sakae Sushi
8. Auntie Anne
9. Boat Noodle
Terliur pula bila tengok promosi makanan macam ni. Kami pasti masyarakat Malaysia memang suka ‘jalan-jalan cari makan’, jadi inilah peluang terbaik untuk korang serbu time cuti merdeka nanti.
Laporan 1000 Tempahan Hotel Dalam Masa Sejam Di Langkawi Tidak Tepat

Laporan berita tentang sektor pelancongan di Langkawi menerima 1,000 tempahan sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ahad lalu adalah tidak tepat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir tentang perkara itu juga tidak mewakili kerajaan negeri.
“Kami tidak tahu daripada mana pihak tersebut mendapat angka itu kerana kami tidak mempunyai mekanisme untuk mengetahui jumlah tempahan hotel dalam tempoh sejam.
“Biasanya pihak hotel yang menerima tempahan akan memaklumkan kepada kami jumlah tempahan yang diterima, itu pun tidak dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ahad lalu, Zainudin dilaporkan berkata, hotel di Langkawi telah menerima sebanyak 1,000 tempahan dalam tempoh sejam susulan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibuka termasuk pelancongan domestik.
Sementara itu, Mohd Firdaus berkata, ekoran langkah kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri dan membuka semula pelancongan domestik, kerajaan negeri berharap dapat mencapai antara 1.2 juta hingga 1.5 juta kedatangan pelancong pada tahun ini.
Sasaran itu, katanya, mampu dicapai sekiranya langkah-langkah pemulihan dilaksana sebaik mungkin terutama oleh pemain industri dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan.
“Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan sektor pelancongan, kami terpaksa memulihkan semula pelancongan dengan kebiasaan baharu dalam PKPP ini.
“Kalau sebelum ni (2019) kami dapat menarik 3.7 juta pelancong, sekurang-kurangnya pada akhir tahun ini kami boleh dapat 1.2 hingga 1.5 juta pun sudah mencukupi untuk penutup tahun ini,” katanya. – Bernama
Gaji Sama Bawah RM2000! Kenapa Ada Dapat RM500 & Ada RM800 Bagi Orang Bujang, Ini JAWAPANNYA

Semalam semasa berucap untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau ada mendengar rungutan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak. Jelasnya, ada permohonan yang ditolak kerana mendaftar dengan SSM, gaji pasangan mencecah RM8000 dan lain lagi.
Walau sudah tamat tempoh rayuan malah keputusan semakan sudah diketahui pada 9 Mei lalu tapi disebabkan atas rasa sayangnya kepada rakyat, Perdana Menteri memaklumkan semalam, mana-mana rayuan bagi mereka yang ditolak sebelum ini dilanjutkan sehingga 31 Mei akan datang. Malah permohonan boleh dibuat sesegera mungkin dan jika layak akan mendapat bantuan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak 1.7 bilion. Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan ini jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion. Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini. Status permohonan boleh dibuat di pautan https://bpn.hasil.gov/my.
Dalam pada itu sejak dua hari lalu, timbul persoalan kenapa ada orang bujang gaji dibawah RM2000 mendapat RM500 dan ada yang dapat RM800. Ini kerana pada pemahaman awal mereka, mana-mana individu dibawah gaji RM2000 akan mendapat RM800 bagi yang memohon.
Ternyata, inilah sebabnya kenapa ada yang dapat RM500 dan ada yang dapat RM800 walau gaji sama!
Untuk pengetahuan orang bujang, bagi permohonan lama yang dahulunya adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), secara automatik korang akan menerima RM800 dan bayaran dibuat dua kali. Pertama akan dapat bayaran RM300 dan baki selebihnya RM500 akan dibayar pada 15 Mei akan datang.
Tapi bagi pemohon baru yang bukan penerima BSH sebaliknya Bantun Prihatin Nasional (BPN), tertera syarat yang telah dikemas kini oleh LHDN bahawa orang bujang akan menerima RM500 sahaja.
Tak kiralah korang bekerja dan bergaji di bawah RM200 atau korang menganggur sebab baru kehilangan kerja, korang akan dapat sekaligus RM500 (contohnya kalau korang bekerja sendiri, jual burger tepi jalan akan hanya dapat RM500 sahaja).
Tapi kalau korang bekerja dan gaji di bawah RM2000 dan majikan korang berdaftar dengan KWSP, korang akan dapat RM800 tu.
Dan kalau korang bekerja dan majikan berdaftar dengan KWSP dan gaji di antara RM2001-RM4000 maka korang akan dapat RM500 BPN tu.
Harap janganlah ada mengeluh dapat sikit ke banyak ya sebaliknya bersyukurlah dapat duit terpijak ini.
Niat Hati Nak Kejut Sahur, Tetapi Dibalas Simbahan Air. Salah Siapa?

Budaya kejut sahur atau pun dipanggil tradisi ketuk-ketuk masih diamalkan di beberapa negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Di Malaysia misalnya budaya ini masih diamalkan dibeberapa tempat terutamanya di kawasan-kawasan kampung.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di Indonesia apabila sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti kejut sahur disimbah air oleh seorang lelaki.
BACA JUGA: Akibat Rogol 13 Pelajar Perempuan, Pengasas Sekolah Tahfiz Dijatuhkan Hukuman Mati
Menerusi video yang tular itu, sekumpulan remaja lelaki sedang sibuk mengetuk gendang yang diperbuat dari tong sambil melaungkan perkataan sahur. Kejadian tersebut yang berlaku di lorong perumahan telah mengundang rasa kurang senang penduduk yang tinggal di situ.
Mengejutkan, salah seorang pemilik rumah tersebut telah meluru keluar dan menyimbah mereka dengan air. Dapat dilihat pemilik rumah tersebut memarahi remaja terbabit dan mempertikaikan perbuatan mereka yang telah membuat bising di hadapan rumahnya.
Setelah disimbah air, salah seorang dari remaja tersebut telah mengangkat troli yang membawa tong tersebut untuk beredar. Namun ada pula yang kekal mengetuk tanda tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
Jadi dalam hal begini siapa yang salah sebenarnya?
Budaya sebegini sememangnya mengingatkan kita tentang kemeriahan dalam bulan Ramadan itu sendiri. Namun apabila ia dilakukan secara berlebihan sehingga menjadi ‘pencemaran bunyi’, pasti mengganggu keamanan awam.
Seeloknya dilakukan secara bersederhana dan jangan terlalu berhadapan dengan rumah sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Mungkin di dalam rumah itu sendiri ada anak kecil ataupun mereka yang sakit. Jadi sentiasalah bertimbang rasa dalam apa jua yang dilakukan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.