Mungkin ramai yang menganggap nak jadi selebriti ini tidak memerlukan kelayakan akademik kerana jika ada bakat, semuanya boleh tercapai untuk bergelar seorang pelakon, penyanyi atau penghibur.
Seperti di negara kita, rasanya ramai yang sudah tahu bahawa selebriti-selebriti Malaysia juga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi sebelum mereka memasuki dunia hiburan.
Kali ini, kami nak berkongsi pula antara selebriti Hollywood yang mempunyai kelayakan akademik terbaik dan tidak hanya bermodalkan wajah untuk beraksi di kaca televisyen.
Jom kita semak senarai berikut.
1. Rebel Wilson
Sebelum memainkan peranannya dalam filem komedi Bridesmaids, pelakon Pitch Perfect ini merupakan bekas pelajar di University of New South Wales dengan kelulusan double degree in Law and Arts. Sebelum itu, dia juga pernah menuntut di Australian Theatre for Young People pada tahun 2003.
2. Kourtney Kardashian
Menurut laporan daripada Hello!, Kourtney Kardashian mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Teater di University of Arizona.
3. Emma Watson
Pelakon Harry Potter ini memperolah Ijazah Sarjana dalam kesusasteraan Inggeris dari Brown University, Amerika Syarikat.
4. Natalie Portman
Pada tahun 2003, Portman menamatkan pelajaran dari Universiti Harvard dengan kelulusan A.B Degree in Psychology. Jelasnya, “Saya tidak kisah jika kuliah merosakkan karier saya, saya lebih memilih menjadi seorang yang bijak daripada bintang filem”.
5. Dakota Fanning
Fanning telah mengikuti pengajian sarjana dalam pengajian wanita di Gallatin School of Individualized Study di Universiti New York sejak 2011.
6. Anne Hathaway
Hathaway melanjutkan pelajaran di Vassar College untuk belajar bahasa Inggeris dan selepas beberapa semester, dia berpindah ke NYU’s Gallatin School of Individualized Study.
7. Eva Longoria
Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kinesiology di Texas A&M University-Kingsville, Longoria terus memperoleh ijazah sarjana dalam pengajian Chicano, pada tahun 2013.
8. Kristen Stewart
Pelakon ini dilaporkan pernah mendaftarkan diri di University of California di Los Angeles untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesusasteraan Inggeris.
9. Gigi Hadid
Model terkenal dunia ini pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan psikologi jenayah di New York University’s New School tetapi terpaksa berhenti untuk memberi fokus kepada kerjayanya modellingnya itu. Kata Gigi, dia sering ketinggalan terlalu banyak kelas kerana sibuk dengan kerja modeling.
Walaupun mempunyai kerjaya yang besar dalam industri hiburan dunia, tetapi sebenarnya ramai di antara mereka yang turut berjaya dalam bidang akademik. Inilah yang dikatakan beauty with brain kan?
Sumber: (1)