
Satu lagi fenomena viral telah dicipta oleh penyanyi Kpop, Zico setelah melancarkan single terbarunya 'Any Song' yang kini bukan hanya mendapat perhatian di Korea, malah masyarakat Malaysia turut menyahut Any Song Challenge ini.
Zico bertindak bijak apabila dia mempromosikan lagu ini dengan mengajak selebriti Kpop lain untuk melakukan tarian Any Song Challenge dan dimuat naik di laman instagramnya.
Dalam ramai-ramai yang menyahut cabaran ini, siapa agaknya paling comel ya? Hiks! Jom kita lihat antara beberapa selebriti Kpop yang turut serta 'menviral'kan tarian Any Song ini.
1. Mino Winner
2. HwaSa Mamamoo
3. ChungHa
4. ByungChan Victon
5. Tiffany Young
tiffany young did zico's #anysongchallenge & oh my gosh it's so freaking adorable! @tiffanyyoung pic.twitter.com/MyOEo5FExS
— banana miyoung (@ohmygoshsoshi9) January 16, 2020
6. U Kwon Block B
7. SoJin Girls Day
8. DaeHyeon
UiTM Beri RM100 Kepada Pelajar Susulan Penangguhan Pendaftaran Kemasukan Secara Fizikal

Ekoran daripada penangguhan pendaftaran fizikal kepada pelajar IPT baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memberikan RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi tersebut.
Bantuan yang sama turut diberikan kepada penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini. Pengurusan tertinggi universiti juga bersetuju memberi pengecualian bayaran kolej bagi bulan ini kepada semua penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.

Terdapat 3,252 penuntut yang direkodkan datang mendaftar secara fizikal pada Khamis hingga Sabtu lalu dengan 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman UiTM.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim turut berkata inisiatif dan insentif yang dilaksanakan itu selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut.
Selain itu juga, pihak UiTM memberi jaminan kebajikan dan keselamatan penuntut akan sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan. Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberikan semangat untuk pelajar lebih tenang dan tabah dalam meneruskan pengajian mereka.
Sumber: Berita Harian
Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan! TQ Rakyat Malaysia

Semalam REMAJA ada menulis tidak adakah syarikat-syarikat bermurah hati menghulurkan bantuan makanan atau minuman buat petugas hadapan COVID-19 ini. Alhamdulillah, walau bukan dari usaha kami (sekadar bertanya sahaja), hari ini Pusat Perubatan Universiti Malaya di fbnya mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang membuat sumbangan kepada mereka.
PPUM dalam ucapannya turut membuat list-list syarikat yang prihatin menghulurkan bantuan. Ya INILAH MALAYSIA kerana terbukti kita memang bersatu hati dalam apa saja situasi khususnya dalam menangani situasi wabak COVID-19 yang semakin menggila ini.
Rasa simpati terhadap petugas hadapan hospital yang terpaksa menangani isu COVID-19 ini tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.
Tengoklah begitu banyak yang menyumbang dan ini buktinya kita adalah rakyat yang bersatu hati.
Terima kasih diucapkan kepada syarikat/jabatan/organisasi yang menyumbang kepada PPUM yang sedang berusaha dalam memberi perkhidmatan perubatan terutamanya bagi kes COVID-19.
Nestle, Mr. DIY, Pharmaniaga, Sekoplas, Baitulmal, McDonald’s, JAWI, TESCO, Allianz Insurance, ITP Company, Sime Darby, YTL Masks dan Nasi Lan Kedah.
#ThankYou #StayAtHome #WeGiveTheBestForYou #UMMC
Hantar portable aircond untuk Hospital Ampang
Sementara itu, Ustaz Ebit Lew di pagenya turut berkongsi menghantar portable aircond sumbangan Pertubuhan Kasih Umat Islam untuk Hospital Ampang bagi meringankan keadaan petugas yang terpaksa bertugas dalam cuaca panas.
Tak tahan air mata bila tahu kesusahan mereka. Bila baca kesusahan dan pengorbanan front liner di Hospital Ampang. Terus order aircond portable untuk Hospital Ampang. Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.
Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah.
Terima kasih Dr Ridzuan dan team menerima sumbangan kecil ini. Terima kasih Dato Seri Syed Zainal bagi nombor contact dan kak Dini tadi.
Seolah Tahu Ajal, Bakal Pengantin Post Cara Solat Jenazah Di FB Sehari Sebelum Kemalangan

Ajal maut di tangan Allah. Tiada cepat seminit dan tidak juga lewat sesaat, semuanya sudah ditentukan sejak di loh mahfuz.
Impian pasangan muda untuk mendirikan rumah tangga nyata tidak kesampaian apabila seorang bakal pengantin Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28 maut semalam selepas terlanggar belakang jentera bomba dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Batu 4, Kuala Krai, Kelantan.


Arwah yang bakal menikah dengan pasangan pilihan hatinya, Hazwani Hanafi pada 22 Mac, Jumaat akan datang di Kampung Parang Putting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu nyata membawa kesedihan yang bukan sedikit untuk ahli keluarga dan sebelah pasangannya apabila dikatakan meninggal di lokasi kejadian selepas terlanggar belakang jentera tersebut.
Kad jemputan sebelah perempuan turut beredar di media sosial, begitu juga majlis di sebelah keluarganya yang akan diadakan pada 30 Mac akan datang ini.
Dalam pada itu, apa yang amat menyedihkan, sehari sebelum kemalangan itu berlaku, arwah Muhammad Afifi atau dikenali sebagai Putera Afifi di laman sosialnya sempat berkongsi post cara-cara solat jenazah yang mana menurut arwah ia adalah fardu kifayah yang kita wajib belajar.

Malah komen-komen rakan yang mengenalinya turut berkata, arwah cukup dikenali kerana begitu mudah menguntum senyuman dan tidak pernah lokek untuk tersenyum kepada sesiapa pun.
Ketua Balai dan Penyelamat Tunjong, Pegawai Bomba Kanan 1, Zainal Fitri Husain, berkata jentera bomba yang menyalakan lampu kecemasan dan siren ketika itu ingin menghala ke Ketereh selepas menerima panggilan kecemasan berhubung satu kemalangan jalan raya.
“Sebaik tiba di lokasi, lampu isyarat sudah bertukar warna hijau dan kenderaan lain di hadapan jentera mulai bergerak.
“Apabila jentera ingin membelok ke kanan, sebuah motosikal dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh di bahagian kiri menyebabkan penunggangnya terjatuh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta paha dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berasal dari Tendong, Pasir Mas.
Arwah juga ada muat naik perkongsian mengenai cara solat jenazah menerusi akaun Facebook miliknya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah untuk arwah dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.