Seorang demi seorang finalis Hero Remaja 2017 nampaknya telah menamatkan zaman bujang dan terbaharu, pelakon dan usahawan Safwan Nazri juga telah selamat diijab kabul bersama pasangan, Fathin Nur Amalina malam tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, Safwan telah sah bergelar seorang suami kepada Fathin Nur Amalina dengan mas kahwin sebanyak RM1001 dan wang hantaran RM20,000. Perkenalan bermula sejak 9 tahun lalu sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami telah berlangsung dengan lancar. Saya mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun lalu kerana memikirkan mungkin sudah tiba masanya untuk kami mengikat perhubungan ini menjadi halal. Rasanya tempoh perkenalan selama 9 tahun itu sudah cukup lama dan insyaAllah saya pun sudah bersedia dan akhirnya memilih 4 Mac 2022 sebagai hari istimewa buat kami berdua,”
“Apa yang membuatkan saya terpikat kepada Fathin adalah kerana perwatakannya yang penyanyang dan sangat memahami. Jadi, saya rasa memang saya tidak boleh hidup tanpanya,” jelas Safwan.
Ditanya ke mana agaknya lokasi bulan madu mereka berdua, Safwan turut berkongsi bahawa dia dan isteri akan berbulan madu ke Pulau Langkawi.
Ads
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada Safwan dan pasangan, semoga mahligai rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke syurga.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bertuah badan punya pakej yang sempurna, rupa paras yang kacak dan bijak.
Azhar Sulaiman bukan nama asing dan merupakan pelakon 90-an yang masih relaven sampai ke hari ini.
Kini, hampir 30 tahun berlalu, Azhar bukan sahaja bergelar sebagai seorang pelakon malah seorang arkitek yang berjaya juga.
Untuk pengetahuan korang, Azhar Sulaiman merupakan bekas salah seorang finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama-sama dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat.
Mengimbau sedikit kenangan ketika menyertai Hero Remaja, Azhar yang dihubungi pihak Remaja berkongsi kisah dan pengalaman yang dirasakan tidak sama seperti apa yang dilalui oleh finalis-finalis sekarang.
Mula menceburi bidang lakonan di zaman Universiti lagi, Azhar mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta dan Sayang. Fuh hebat tak hebatlah abang Hero Remaja kita ni, sekali datang casting terus dapat watak utama.
Sangat mementingkan ilmu dan pendidikan, menurut Azhar ketika menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1991 dia masih menuntut di ITM Manjung, Perak dalam bidang Diploma Senibina.
Menurut Azhar, apabila terjun ke bidang seni tidak semestinya kita tidak perlu belajar ke menara gading. Sebagai artis dan selebriti kita harus bijak mengunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengembangkan bakat yang sedia ada.
Tambahan beliau lagi, bila sudah berjaya pula harus pandai menjaga diri, mulut dan kelakuan.
Ditanya apakah nasihatnya kepada bakal Hero Remaja 2020, ini jawapan yang diberikan Azhar Sulaiman buat adik-adik junior.
Sebagai seorang selebriti seharusnya kena pandai membawa diri dan membuat sesuatu dengan sepenuh jiwa dan raga bukan seperti melepaskan batuk di tangga.
Azhar juga sempat mengucapkan tahniah buat finalis yang berjaya ke episode akhir nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah lebih kurang empat tahun pencarian Hero Remaja 2017 berakhir, barisan finalis masing-masing memilih hala tuju mereka sendiri, ada yang bergelar pelakon, ada yang berniaga, malah ada yang meneruskan kerjaya mereka sebelum ini.
Bagi Aziq Mukhriz yang tersingkir di episod ketiga, perjalanan karier lakonannya boleh dikatakan agak perlahan kerana sebelum ini dia lebih banyak meluangkan masa untuk fokus menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.
Nasib tidak begitu menyebelahinya apabila remaja berusia 22 tahun ini menamatkan pelajarannya di waktu pandemik dan selama setahun juga dia tidak dapat melakukan pekerjaan tetap ekoran situasi COVID-19.
“Saya habis praktikal pada musim PKP dan waktu itu tidak banyak yang saya boleh lakukan, lebih-lebih lagi untuk masuk dalam industri lakonan. Jadi, saya banyak luangkan masa untuk menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) dan sebelum itu sempatlah juga saya muncul sebagai pelakon extra dalam drama Project Anchor SPM,” luah Aziq.
Namun, sudah menjadi rezeki kerana kini Aziq bakal beraksi di kaca televisyen dengan membawa watak besar dalam drama Gila-Gila Cinta.
“Alhamdulillah, ini merupakan drama pertama yang Aziq dapat membawakan watak besar dalam sebuah drama. Aziq melakonkan watak sebagai Ben, seorang playboy kaya yang mempunyai perniagaannya sendiri dan ingin dijodohkan dengan pilihan ibunya. Konflik berlaku selepas Ben mula bertemu semula dengan bekas kekasihnya dan wanita pilihan ibunya juga berjumpa kembali dengan lelaki yang pernah dicintainya sebelum ini,”
“Cabaran untuk berlakon drama ini sememangnya ada kerana watak Ben mempunyai beberapa karakter berbeza bergantung dengan individu disekelilingnya. Kalau ikutkan, saya seperti membawa empat watak berlainan dalam drama ini. Namun, semuanya berjalan lancar kerana saya telah mendapat bimbingan daripada pengarah, Abang Pian yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang berada di set lokasi penggambaran,” jelasnya lagi.
So guys, jangan lupa untuk menonton drama Gila-Gila Cinta yang akan mula ditayangkan pada malam ini pukul 9 malam di slot Lestary TV3 setiap hari Rabu hingga Sabtu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peminat dua selebriti popular, Kamal Adli dan Fizo Omar sejak awal pembabitan mereka dalam industri seni pasti tahu mengenai persahabatan yang terjalin di antara mereka sejak bergelar finalis pencarian Hero Remaja tahun 2007/2008.
Pada waktu itu, Kamal Adli telah menyandang gelaran juara manakala Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar memenangi tempat kedua.
Baru-baru ini setelah Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose membuat pengumuman tergempar bagi menyatakan mereka sebenarnya telahpun mengikat tali perkahwinan sejak 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup, tentunya salah seorang insan paling gembira apabila mendapat tahu berita tersebut ialah Fizo Omar.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram-nya, Fizo menyampaikan ucapan istimewa buat pasangan pengantin baru itu yang sama cantik sama padan itu.
Mengimbas semula pengalamannya bersama Kamal sewaktu bersusah-payah membina nama dalam industri lakonan satu ketika dahulu, Fizo menyifatkan sahabatnya yang versatil itu sebagai seorang sahabat yang baik dan selalu ada dengannya sejak dahulu lagi.
Ketika di awal pembabitan mereka, Fizo mengakui bukan mudah untuk terus berjaya dalam industri seni apatah lagi untuk dirinya yang berasal dari kampung.
Dengan bantuan Kamal, mereka berdua saling membantu baik dari segi berkongsi makanan, pakaian dan terus saling berhubung setelah sama-sama berjaya.
*
Tahniah sahabat!
So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Tahun 2007 sama-sama Abe Joe (dan) Kamal masuk industri ini melalui platform Pencarian Hero Remaja. Aku ingat lagi masa tu dua-dua tengah struggle. Aku pula baru habis belajar UiTM and continue main bola. Kamal tengah belajar lagi.
Dulu kitaorng tak ada duit beb! Nak beli baju untuk photoshoot memang tak ada la. So mix and match la apa yang ada. Aku pakai baju kau and kau pakai seluar aku. Haa macam itu la lebih kurang!
Hari ni kau dah berjaya jadi one the best actor in Malaysia and dah jadi suami orang dah. Aku tahu your life journey memang tough bro. Sekarang kau dah dapat reward in your carieer and dapat ‘mak cik’ cantik tu wehh. So proud of you. You deserve it bro.
Kene pula ‘mak cik’ cantik kau sekampung dengan aku. Lepas ini mu keno balik kelate la wehh, balik Bukit Abal selising.
Aku tahu Uqasha tu manja dia lain macam tahap kucing parsi tau. Hahhahaha, so all the best to you bro.
Pesanan dari sahabat kau ni,
HANDLE WITH CARE. ONCE BROKEN, KAU TIDUR LUAR!
*
Sebagai komen balas, Kamal sempat meninggalkan ucapan terima kasih kepada Fizo Omar yang selalu memahaminya. Dia juga berjanji akan menjadi suami yang baik untuk isteri tercinta dan sempat mendoakan agar sahabatnya itu terus bahagia di dunia dan akhirat.
Rata-rata warganet bangga dengan persahabatan dua pelakon ini.
Bromance goals!
Bukan hanya sama-sama sewaktu sudah berada di puncak, tetapi selalulah menghargai sahabat kita yang ada sewaktu kita masih di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...