Seorang demi seorang finalis Hero Remaja 2017 nampaknya telah menamatkan zaman bujang dan terbaharu, pelakon dan usahawan Safwan Nazri juga telah selamat diijab kabul bersama pasangan, Fathin Nur Amalina malam tadi.
BACA: Sah Bergelar Suami, Ikmal Amry Selamat Diijab Kabul Dengan Pasangan
Dengan hanya sekali lafaz, Safwan telah sah bergelar seorang suami kepada Fathin Nur Amalina dengan mas kahwin sebanyak RM1001 dan wang hantaran RM20,000. Perkenalan bermula sejak 9 tahun lalu sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami telah berlangsung dengan lancar. Saya mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun lalu kerana memikirkan mungkin sudah tiba masanya untuk kami mengikat perhubungan ini menjadi halal. Rasanya tempoh perkenalan selama 9 tahun itu sudah cukup lama dan insyaAllah saya pun sudah bersedia dan akhirnya memilih 4 Mac 2022 sebagai hari istimewa buat kami berdua,”
“Apa yang membuatkan saya terpikat kepada Fathin adalah kerana perwatakannya yang penyanyang dan sangat memahami. Jadi, saya rasa memang saya tidak boleh hidup tanpanya,” jelas Safwan.
Ditanya ke mana agaknya lokasi bulan madu mereka berdua, Safwan turut berkongsi bahawa dia dan isteri akan berbulan madu ke Pulau Langkawi.
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada Safwan dan pasangan, semoga mahligai rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke syurga.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.