Minyak wangi antara aksesori penting dalam kehidupan seharian. Bukan saja perempuan, lelaki pun tak kurang hebatnya dalam memilih wangian yang sesuai untuk diri mereka.
Namun begitu, dah banyak sangat produk tiruan yang dijual di pasaran. Mudahnya nak buat duit. Lebih sakit hati lagi bila dikatakan original, tetapi sebenarnya fake. Habis beratus ringgit melayang macam tu saja.
Jadi kali ni kami nak share dengan korang semua tentang macam mana nak kenal pasti sama ada minyak wangi yang dijual itu original atau tidak.
Minyak wangi original biasanya mempunyai pelekat yang agak tebal dan dilipat kemas untuk memastikan produk di seal
dengan ketat. Kalau korang jumpa yang tak dilekatkan dengan kemas dan betul, mungkin itu salah satu tanda bahawa minyak wangi tersebut adalah fake.Sekiranya pembalut plastik kotak minyak wangi dibalut dengan cara yang tidak kemas (jahitan lebih daripada 5 mm lebar, tidak rata dan mempunyai gam yang berlebihan), maka minyak wangi itu sama sekali bukanlah yang original.
Kotak bungkusan sebenar dibuat daripada kertas berwarna yang berkualiti tinggi dan direka khas untuk melindungi botol daripada kerosakan.
Itu sebab dalam kotak minyak wangi biasanya korang boleh nampak permukaan khusus untuk menyimpan botol dalam posisi yang betul.
Lihat pada gold circle kotak minyak wangi tersebut. Anak panah ke arah kanan sepatutnya jadi lebih gelap daripada anak panah ke arah kiri.
Kalau korang beli minyak wangi, jangan teragak-agak untuk check website pengeluar sama ada maklumat yang diberikan sama atau tidak dengan bungkusan yang korang akan terima nanti.
Jika lalu di rak-rak kedai wangian, korang boleh lihat sendiri perbezaan reka bentuk yang aneh jika minyak wangi tersebut adalah tiruan.
Ini adalah trik mudah yang membolehkan pengeluar melindungi produk mereka untuk ditiru. Jadi, jangan lupa untuk check dengan teliti sebelum membelinya.
Jenama terkenal tidak menggunakan banyak pewarna dalam produk mereka. Oleh sebab tu la minyak wangi original biasanya pucat. Warna chemical yang striking adalah salah satu tanda tiruan.
Penutup minyak wangi original mestilah dalam keadaan simetri yang sama, melainkan memang rekaan design asalnya tidak seperti ukuran produk wangian yang lain.
Nombor siri wangian tersebut diletakkan pada bahagian bawah botol dan nombor itu juga haruslah sama dengan nombor yang dicetak pada botol.
Botol minyak wangi original mempunyai kualiti yang baik dengan rekaan permukaan kemas, manakala botol produk tiruan pula agak kasar dan kontur.
Dari kemasa penutup botol, sehinggalah setiap perincian minyak wangi diambil kira. Walau bagaimanapun, kalau korang check minyak wangi tiruan dengan teliti, korang akan melihat banyak kekurangan dan cacat cela yang pastinya tidak akan ditemui pada produk original.
Sumber: Bright Side