Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah 90 orang meninggal dunia akibat denggi di Malaysia dalam tempoh Januari sehingga 20 Jun 2020.
Tanda dan gejala denggi bermula selepas lima ke enam hari digigit nyamuk Aedes Aegypti yang terjangkit:
• Demam panas
• Sakit kepala
• Sakit tulang belakang
• Sakit sendi-sendi
• Loya dan muntah-muntah
• Sakit biji mata
• Ruam
Jika korang mempunyai tanda-tanda ini, segeralah ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan bagi mendapatkan nasihat daripada pakar. Dilaporkan juga, denggi boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidup. Jadi, luangkanlah masa 10 minit setiap minggu untuk hapuskan tempat pembiakan Aedes aegypti di sekitar kawaan rumah dan pejabat korang.