
Isi Kandungan
ToggleKalau dulu kami kongsi kan cara buat gambar pasport dengan kos yang sangat rendah, kali ni ada yang lebih cool dan mudah dengan hanya menggunakan apps percuma.
Jom kita follow apa yang telah dikongsi kan oleh Mina di laman twitternya.
Background bebas
Guna photoshop
Tukar country
Edit kasi cantik
Background color ikut keperluan
Simple je kan? Jom try.
Sistem Pendidikan Akan Diubah!Pelajar Tak Perlu Jadi ROBOT Lagi, NO EXAM Oriented

Semalam Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi menggantikan Tun Mahathir yang diumumkan sebelum ini. Melihat kepada latar belakangnya yang agak akademik iaitu bekas pensyarah UIAM, penceramah motivasi, seorang yang kuat pendidikan agama, sudah tentu ideanya amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa dan golongan pelajar khususnya.
Dalam satu temuramah beliau bersama Astro Awani semalam, Dr Maszlee akan menerapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baru dalam tempoh 5 tahun ini. Mungkin bagi pelajar yang tak berapa nak faham, dalam erti kata lain, korang dah tak payah jadi robot lagi kerana sebelum ini asyik exam, exam dan exam sehingga anak-anak berasa stress kerana sistem pendidikan kita berorentasikan peperiksaan dan bukan mengenal pasti apa minat pelajar. Insya Allah, selepas ini minat pelajar akan dinilai berdasarkan minat dan bukannya berdasarkan kecemerlangan dalam pendidikan.
Baca perkongsian yang ditulis oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi dalam facebooknya.
Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi ? “Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini.”
Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan :
- Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer.
- Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.
- Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar. Win!
- Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!
- Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita.
- Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit, dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win!
7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.
Cukup 7 point ini rasanya. Sangat jelas gagasan yang Dr Maszlee Malik mahu bawa dalam pendidikan di negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.
Jangan lupa sign petition di sini menyokong Dr Maszlee ya ? https://bit.ly/2KAeN06 ? (Ada pihak yang tak berpuas hati, dilabel Dr Maszlee terlalu Islamik, ekstrimis agama, liberal dan gelaran yang sewaktu dengannya)
Semoga maju jaya Tuan!
Kami bersamamu! Dan saya berharap semua ibubapa juga bersetuju.
Ini adalah hadiah Hari Guru yang paling istimewa pada tahun ini!
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
#TukangCeramahBudakSekolah
11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Bidong The Boat People Cuma Kutip RM3536

Ramai yang memperkatakan tentang filem Hantu Kak Limah yang sehingga kini sudah mengutip lebih RM10 juta tidak sampai seminggu ditayangkan. Menampilkan komedi dan nama Kak Limah itu sendiri, lawaknya yang bersahaja mampu menggeletek hati penonton untuk ketawa sekaligus menghilangkan stres seharian.
Mengira untung secara kasarnya, filem ini dikatakan sudah berjaya balik modal. Ramai memberi ulasan apa yang masyarakat mahukan ketika menonton filem Melayu?
Formulanya masih sama, menampilkan hantu (rasanya kalau bertemu secara realiti, #bukan Hantu Kak Limah sudah tentu tak mampu ketawa pun) dan barisan pelakon yang hebat lawak komedinya menjadikan filem ini pilihan ramai penonton.
Ramai membandingkannya dengan Pulang yang sarat dengan emosi tetapi ia hanya mampu mengutip RM1 juta lebih (setakat berita ini ditulis).
Tetapi tentu ramai yang tertanya-tanya atau mungkin tanpa sedar, setakat Ogos ini sudah 30 filem ditayangkan, ternyata 11 darinya filem Melayu yang GAGAL di pawagam.
Memetik kutipan rasmi yang dikeluarkan oleh FINAS, REMAJA senaraikan 10 filem Melayu yang gagal balik modal atau dalam erti mudah, tak untung biarpun menampilkan barisan pelakon hebat tanahair.
Industri filem tempatan memulakan tirai 2018 dengan Busker, sebuah filem romantik remaja yang menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Malangnya, selesai wajib tayangan, Busker hanya mampu mengutip RM96,925.75 secara keseluruhan biarpun budgetnya jauh lebih dari itu. Ternyata filem ini gagal dari segi kutipan tiketnya.
Jika Busker memulakan tirai 2018 dengan kegagalan, industri filem terutama melibatkan filem Melayu terus gagal biarpun menampilkan arahan pengarah ternama, Aziz M Osman menerusi filem Bukan Cinta Malaikat dengan jumlah kutipan keseluruhan RM127,940.79 yang mula ditayangkan pada 25 Januari 2018.
Kegagalan itu diteruskan lagi pada Februari 2018 yang menampilkan filem Cinta Makrifat yang diilhamkan dari sebuah kisah benar dibintangi Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Melihat kepada nama-nama besar, tentu kita dapat membayangkan hebatnya filem ini tetapi selesai tayangan filem ini hanya mencatatkan RM138,686.04.
Mungkin badi masih bersisa, filem Badang arahan Profesor Dr A. Razak Mohaideen yang mempertaruhkan Datuk Aliff Shukri sebagai teraju utama ternyata menjadi “badang” yang langsung tidak gagah. Jika promo sebelum ini membayangkan peminat Datuk Aliff akan memenuhkan pawagam ternyata jangkaan ini meleset sama sekali. Filem ini mengutip RM93,496.54.
22 Februari, filem tempatan menyaksikan Surf This Love: Gelora Juara yang menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon dan Syuhaida Abraz yang dilihat cuba lari dari kebiasaan dengan mengangkat tema sukan luncur air tetapi ternyata tetap gagal dan hanya mampu mengutip RM47,724.30 selesai tayangan.
Jangan tanya, disedari atau tidak tayangannya tetapi filem ini disenaraikan oleh Finas untuk tayangan pada awal Mac. Bidong The Boat People arahan Yusof Kelana yang menampilkan kisah benar pelarian Vietnam di Terenganu suatu ketika dahulu akibat peperangan ternyata gagal dan hanya mampu mengutip RM3,536. Jangan persoal modal, mungkin kos makan krew pun tidak mampu dikutip semula!
Namun Mac itu, ada nafas baru kerana filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof mampu mengutip RM12,216,321.00 di mana Fattah Amin kali pertama berlakon babak aksi.
Acap kali tampil dengan isu, tapi ia ternyata tidak mampu menarik minat orang menonton filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham. Kutipan rasminya hanya RM89,420.70 dan cuma seminggu saja di pawagam. Mac itu badi tetap sama kerana filem arahan Raja Azmi iaitu Enjin No 9 hanya mampu mengutip RM7,566.17 dengan menampilkan Tajul Arif, Kazar Saisi, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahirah, Ayuni Asyiqin, Syuhaida Abraz (Dottie) dan Bila Najmi (Bila AF 2015).
Pada bulan April dan Mei, jika dilihat tiada filem Melayu memasuki pasaran tetapi sebenarnya filem Dukun yang sudah lama ditarik tayangannya ditayangkan kembali. Filem Melayu masih terkena badi kerana filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang mengangkat tema anggota Bomba tetapi ternyata filem lakonan Hairul Azreen, Nur Risteena Munim, Aliff Yasraff, Syainie Aida, Ahmad Idham dan Azza Elite ini gagal di pasaran dan hanya mampu mengutip RM14,196.50 selesai tayangan.
Ternyata, biar sudah memasuki setengah tahun, filem yang mengangkat lorat Negeri Sembilan iaitu This Is Pilah arahan Rosdi Mat Dhali hanya mampu mengutip RM45,843.90.
Penghujung Jun, filem Blok 404 (Hidup Sampai Mati) arahan Isma hanya mampu mengutip RM220,275.17.
Ternyata Julai membuka sinar apabila filem Pulang arahan Khabir Bhatia yang menampilkan Remy Ishak mampu mengutip RM1,636,363.25 (sedang ditayangkan lagi setakat artikel ini ditulis). Begitu juga filem Hantu Kak Limah yang sedang mengutip RM10,750,885.41 dan masih ditayangkan lagi.
Ternyata dari 14 filem tempatan, 11 darinya menemui kegagalan. Cuma tiga sahaja “bernyawa” di mana Pulang mencatat RM1,636,363.25 berbanding KL Special Force membuat keuntungan RM12,216,321.00 dan Hantu Kak Limah yang sudah lebih RM10 juta setakat hari ini.
Fakta Vs Auta Tentang Durian Yang Korang Perlu Tahu

Isi Kandungan
ToggleSekarang ni pergi je la mana-mana tak kisah dekat kampung ke, bandar ke, memang korang akan lihat banyak betul gerai jual durian walaupun dalam situasi PKP.
Well biasalah rakyat Malaysia punya favourite fruit, durian! Tapi bezanya, sudah tidak ada durian ‘buffet’ seperti tahun sebelum pandemik.
Terlalu banyak sangat pantang larang tentang makan durian ni. Ada yang cakap lepas makan tak boleh minum Coke, kalau tak nak pening, minum air dalam pangsa durian dan macam-macam lagi la.
Namun begitu, sejauh mana kebenaran yang sering diperkatakan oleh masyarakat kita?
Jom baca kupasan yang telah dibuat oleh Dr. Rushdan Nor tentang kaitan durian dan kesihatan manusia.
Fakta yang benar
1. Naikkan berat badan
Durian mempunyai kalori yang tinggi, iaitu purata berat 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kcal. So kalau korang makan sebiji durian dan meliputi 70 peratus daripada jumlah 2000 kalori sehari. Seulas durian pun dah lebih kurang 40 gram, bersamaan 59 kalori.
2. Kaya dengan nutrin
Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ia mengandungi asid amino tryoptophan yang juga dikenali sebagai ‘pil tidur semula jadi’ yang dapat membuatkan korang tidur. Kandungan potassiumnya juga lebih tinggi berbanding buah pisang.
3. Pesakit diabetes perlu kurangkan makan durian
Buah ini memang tak sesuai dimakan oleh pesakit diabetes kerana ia mengandungi gula yang tinggi seperti sukros, fruktos dan glukos (indek glisemik yang tinggi).
4. Beri tenaga segera
Oleh sebab kandungan karbohidrat yang tinggi, ia memang boleh menjadi sumber tenaga segera untuk korang.
Mitos dan kepercayaan yang tidak benar
1. Kandungan kolesterol yang tinggi
Kalau korang lihat dalam jadual fakta nutrin, buah durian sebenarnya tidak ada kolestrol didalamnya.
2. Durian adalah panas, perlu diambil dengan buah manggis yang sejuk
Tak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden dan tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat makan durian dan manggis mungkin disebabkan kedua-duanya mempunyai musim buah yang sama.
3. Tingkatkan nafsu/libido
Tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian dapat tingkatkan tenaga seks.
4. Makan durian bersama beer boleh membunuh
Minum alkohol dah memangn memudaratkan, tapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil secara berlebihan.
Kalau pengambilan diambil dengan banyak, ia boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolisma ke atas lemak dan gula yang terkandung dalam alkohol dan durian.
Kesimpulannya, durian memang banyak nilai nutrisi yang tinggi dan boleh menjadi sumber tenaga, mineral dan vitamin yang baik. Ia juga mengandungi lemak monotidaktepu yang lebih baik daripada lemak tepu.
Tapi, ambil dalam dua tiga ulas dah pun memadai sebab takut ketagih dan obses pula. Rakyat Malaysia selalu makan secara berlebihan. Sudah tentulah ia tidak baaik untuk kesihatan korang. So rasa-rasa je ok? Jangan sampai melantak tak ingat dunia pula. Hiks!
Sumber: (1)