Hari ini merupakan tarikh yang pasti membuatkan semua calon SPM 2023 berdebar menantikan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Tahun ini seramai 11,713 calon dilaporkan memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini juga adalah lebih baik iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon dan model popular, Meerqeen juga turut berkongsi kejayaan adiknya Muhammad Shafeeq Shauqeen atau @feeqqeen memperoleh keputusan 9A dalam SPM baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Doa Meerqeen Buat Rakyat Palestin, Titip Harapan Bantuannya Sampai Kepada Mereka Di Sana
Kejayaan tersebut dimuat naik melalui Instagram story, Meerqeen meluahkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan adiknya Shafeeq yang
merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.“9A… Mantap ar… Congratulations…” – Meerqeen
Adik kepada pelakon itu mengambil 10 mata pelajaran dan mencapai skor A untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Fizik dan skor B+ untuk subjek Kimia.
Apa pun kami di Remaja mengucapkan tahniah atas kejayaan Shafeeq. Semoga meraih kejayaan di masa akan datang juga!
Artikel Berkaitan: “Saya Dahulu Sangat ‘Kosong’….” – Meerqeen Akui Platform Hero Remaja Pencorak Kanvas Putih Dalam Dirinya
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.