A Quiet Place 3 Khabarnya Bakal Ditayangkan Pada Tahun 2022

Share

Belum pun lagi ditayangkan A Quiet Place 2 di pawagam akibat ditunda kerana wabak pandemik COVID-19, dengar pula ura-ura bahawa pengarah dan penulis Jeff Nichols telah pun dipilih untuk mengarahkan filem ketiga siri A Quiet Place ini.

Berdasarkan idea asal pengarah terdahulu John Kranskinski, filem A Quiet Place 3 ini bakal ditayangkan pada 2022 kerana ingin memberi laluan kepada A Quiet Place Part II yang ditunda tayangannya pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Kranskinski mencadangkan bahawa A Quiet Place Part II memberi fokus kepada mangsa lain tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan apabila Emily Blunt masih memegang wataknya sebagai Evelyn Abbott dan filem ketiga siri ini akan menjadi seperti spin-off dan mungkin akan menampilkan kumpulan watak yang berbeza.

Apa-apa pun kami masih menantikan tayangan A Quiet Place Part II yang dijadualkan akan ditayangkan pada 23 April tahun hadapan. Sudah tentu penonton ingin menyaksikan kesinambungan dimana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Dalam sekuel itu juga dikhabarkan mereka akan meneruskan hidup dengan menggembara ke dunia luar.

Namun, kejutan untuk filem ketiga ini pastinya menguatkan lagi perasaan tidak sabar penonton untuk menantikan tayangannya filem A Quiet Place Part II.

Betul tak?

Sumber: screenrant.com

Published by
Noor Ain Norman