Puteri kepada pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana telah meraih perhatian warganet apabila meminta ibunya untuk mengejutkannya bagi menunaikan solat tahajud.
Menerusi video yang di muat naik di TikTok milik Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, Aaisyah menyatakan hasratnya untuk bangun beribadat seawal jam 4.30 pagi, kemudian akan ke kelas pada jam 7 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih, Sayang Mommy” -Elaun ‘Makeup’ Anak Dara Che Ta RM250 Seminggu
“4.30 pagi saya akan bangun untuk solat tahajud, kemudian pukul 7 saya akan bangun untuk pergi ke kelas.
“Boleh lah mummy, nanti mummy sembur air dekat Aaisyah,” katanya.
Che Ta bagaimanapun meluahkan rasa bimbang kerana menurutnya, anak perempuannya itu perlukan tidur yang cukup untuk bangun awal pagi.
“Tak payahlah Aaisyah, mummy susah nak kejut. Siang tu bagi cukup dulu. Tapi sekarang Aaisyah tidur lambat, macam mana nak bangun pukul 4.30?
“Cita-cita memang setinggi Gunung Himalaya, nak bangun pukul 4 pagi. Katil runtuh pun belum tentu dia bangun,” tuturnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji semangat Aaisyah untuk beribadah meskipun masih lagi kanak-kanak selain mendoakannya menjadi anak yang solehah.
Sekadar info, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Che Ta