Berita

Aaliyah Yoong Wakil Atlet Ski Air & Papan Luncur Asia Pertama Terpilih Ke Masters ke-64

Share

Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah akan bertanding pada kejohanan Ski Air dan Papan Luncur  Masters ke-64 di Amerika Syarikat mulai Jumaat hingga Ahad ini.

Menurut penganjur dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.

“Selama 63 tahun, Kejohanan Ski Air dan Papan Luncur  Masters telah mempamerkan beberapa detik terhebat sukan kami dan bersaing di Tasik Robin memegang tempat istimewa dalam kerjaya setiap atlet yang diberi peluang untuk mengambil bahagian”  – Penganjur

Aaliyah yang berkongsi mengenai kelayakannya melalui media sosial di Facebook berkata, ini merupakan satu penghormatan besar bagi dirinya untuk menjadi peserta Asia pertama yang layak ke kejohanan itu.

Kredit: Instagram @aaliyah.yoong

Sementara itu, jurulatih luncur air negara Hanifah Yoong Yin Fah berkata melalui Facebook, Aaliyah berjaya mencipta rekod baharu kebangsaan bagi acara ‘jump’ iaitu 48.3 meter (m) pada kejohanan Masters LCQ 2 di Sunset Lakes semalam.

“Sebelum hujung minggu lalu, rekod dan PB (terbaik peribadi) ialah 47.2m yang ditetapkan 12 bulan lalu. Aaliyah memperbaikinya empat kali sekarang pada minggu lalu.

Kredit: Facebook Hanifah Yoong Yin Fah

“Aaliyah telah melayakkan diri ke Ski Air Nautique US Masters hujung minggu depan di mana hanya peluncur ski utama dunia akan masuk melalui kelayakan dua hujung minggu sebelum Masters” – Hanifah Yoong Yin Fah

Sekadar info,  Aaliyah mula mencipta nama dalam dunia sukan luncur air pada usia muda. Beliau telah memenangi pelbagai pingat di peringkat antarabangsa, termasuk dalam kejohanan seperti IWWF

World Under-17 Waterski Championships, Water skiing at the 2022 World Games – Women’s trick, Water skiing at the 2017 Southeast Asian Games – Women’s tricks, Water skiing at the 2017 Southeast Asian Games – Women’s jump, dan Water skiing at the 2017 Southeast Asian Games – Women’s overall

Aaliyah turut dikenali kerana dedikasi dan kesungguhannya dalam sukan ini, yang telah menjadikannya ikon sukan luncur air di Malaysia dan inspirasi kepada generasi muda. 

Kejayaannya bukan sahaja membanggakan negara tetapi juga membuka mata dunia terhadap potensi atlet wanita Malaysia dalam arena sukan ekstrem.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE