Bagi peminat naskhah Bollywood, pasti mengenali bintang popular seorang ini. Membesar dengan setiap naskhah jejaka bertubuh sasa ini semestinya akan memuji setiap gerak geri hebat menerusi karakter yang dimainkannya.
Terbaharu, pelakon terkenal, Aamir Khan, membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan untuk meluangkan masa lebih banyak masa bersama keluarga tercintanya.
Perkhabaran tersebut didedahkan pelakon filem popular 3 Idiots itu, semasa tayangan perdana filem Salaam Venky, pada Rabu. Pelakon itu yang dalam perancangan menerbitkan sebuah filem turut memaklumkan telah menarik diri sebagai watak utama dan kini sedang mencari aktres yang sesuai bagi menggantikan tempatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Mantap Aamir Khan Sentuh Hati Penonton Dalam Laal Singh Chaddha
Menurut laporan portal NDTV Movies, Aamir bagaimanapun akan membuat kemunculan semula selepas setahun ‘berehat’. Ini kerana, superstar itu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dirinya sering menimbulkan kekesalan apabila tidak banyak masa bersama anak-anaknya ketika mereka membesar.
“Saya tidak buat apa-apa, saya pun sudah lama bekerja. Jadi, pada waktu ini saya mahu meluangkan masa bersama keluarga. Namun, saya akan kembali berlakon selepas setahun.
“Bagaimanapun, anda semua boleh menonton saya dalam filem Saalam Venky ini yang berperanan membawa watak kecil menerusi naskhah ini,” katanya.
Sekadar informasi, lakonan terakhir Aamir Khan menerusi filem berjudul Laal Singh Chaddha, lakonan bersama bintang Bollywood terkenal, Kareena Kapor. Namun begitu, naskhah berkenaan kurang mendapat sambutan sehingga dia terpaksa menanggung kerugian.
Filem tersebut ditayangkan pada Ogos lalu dan hanya meraih jumlah kutipan sebanyak kira-kira RM33 juta.
SUMBER FOTO: Instagram Fanpage Aamir Khan