Berita

Aaron Aziz Bangga Anak Perempuan Berjaya Tamat A-Level! Berhasrat Mahu Lanjutkan Pengajian Ke England Pula

Share

Aktor popular kelahiran Singapura, Dato’ Aaron Aziz menzahirkan kesyukuran apabila anak perempuannya, Dwi Ariana berjaya menamatkan pengajian A-Level selama dua tahun di Kolej Tunku Ja’afar (KTJ).

Berita gembira itu dikongsikan pelakon filem hit Sheriff: Narko Integriti menerusi sebuah hantaran laman Instagram miliknya.

Sebagai bapa, dia meluahkan rasa bangga dan menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan anak kesayangannya yang mempunyai hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Psikologi Forensik di Universiti Surrey, England.

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

“Alhamdulilah, satu lagi kejayaan yang membanggakan dan penuh emosi untuk saya selepas anak lelaki.
“Tidak lama lagi mereka berdua akan memulakan perjalanan dan membentuk masa depan mereka. Tahniah kakak!” katanya.

Dalam pada itu, Aaron turut berharap segala urusan anak perempuannya itu dalam mengapai cita-cita dipermudah.

Malah, pelakon filem The Expert itu juga sempat menitipkan nasihat buat Dwi Ariana untuk sentiasa menjaga perkara wajib sebagai muslimah dan Aaroon tidak akan pernah berhenti menyokong minat anaknya.

“Semoga Allah sentiasa melindungimu daripada segala kemudaratan dan dipermudahkan urusan untuk menjadi seorang Psikologi Forensik, aamiin!
“Jaga solat, jaga diri, jaga maruah, jaga adab dan budaya Kak and dont stop believing kak, love you always,” coretnya lagi.

Sekadar info, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana, dan Dahlia Arissa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Dwiariana

Published by
Fath