Abam Bocey Sempat Suruh Isteri Berhenti Kerja, Beri Petanda Di Akhir Hayatnya

Share

Pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pagi ini yang meninggal ketika tidur pada jam 8.30 pagi hari ini nyata mengejutkan ramai pihak. Seakan ramai tidak percaya akan pemergiannya, industri seni kehilangan seorang insan yang begitu besar bakat lakonannya.

Sumber dari Gempak seperti dimaklumkan oleh Ali Puteh yang juga adik kepada Abam benar-benar mengejutkan ramai pihak.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.



Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Dalam pada itu, banyak portal media melaporkan pada 30 Januari lalu ketika menemuinya di sidang media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur Abam Bocey mengakui dia ada meminta isterinya yang juga seorang akauntan untuk berhenti kerja demi untuk menjaga anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.


Kata Abam, dia tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh dan kerana itulah berapa gaji yang diperoleh isterinya dia membayarnya kembali.

Allah, Abam macam tahu-tahu je kan yang dirinya akan pergi. May be Abam mahu lebih dekat dan meluangkan masa dengan ahli keluarganya sebelum dijemput Illahi buat selama-lamanya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Ini pencapaian Abam dalam industri

Dalam pada itu, REMAJA pasti mesti ramai nak tahukan pengiktirafan-pengiktirafan yang diterima Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Omar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan.

Berusia 32 tahun dan kehadirannya dalam industri memberikan impak besar termasuk meraih anugerah Pelakon Komedi Bintang Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Banyak juga membintangi filem dan drama popular Satu Malam Kubur Berasap 2, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Kecoh Primadona Kena Hantu dan banyak lagi. Malah dalam industri seni lawak yang paling diingati oleh peminat-peminatnya tentunya adalah seperti berikut :

Al-Fatihah (dengan bacaan buat arwah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan). Semoga Allah meletakkan dirinya bersama orang alim dan beramal soleh

Published by
Almaswa Haji Che Ros