Baru-baru ini, tular mengenai dua pemanah berkuda muda yang mempamerkan aksi cemerlang sehingga merangkul kejuaraan di pentas antarabangsa tanpa diiringi pasukan pengurusan yang ramai.
Abdurrahman Ahmad Muaz (14) dan adik perempuannya, Heba Nusaybah (11) mengharumkan nama Malaysia pada kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 yang berlangsung di pusat equestrian, Domaine de Gauchoux di Perancis pada 21 Ogos hingga 24 Ogos lalu.
Difahamkan ini merupakan penyertaan pertama buat adik-beradik itu dan Abdurrahman merangkul gelaran juara bawah 14 tahun apabila memenangi tiga format yang dipertandingkan, manakala Heba Nusaybah mendapat tempat kedua.
Menurut ibu kedua beradik itu, Nurul Fathim Ridayu Ramli (39), dia dan keluarga bersyukur dengan pencapaian terbaik dua beradik itu, malah mengakui usaha serta bantuan keluarga menghantar mereka ke Perancis dengan dana sendiri terbayar dengan kemenangan itu.
“Ya tajaan sendiri, kami pergi bertiga sahaja. Sayalah pelatih mereka. Dana daripada sumbangan atuk nenek sedikit, mereka juga jual kuih raya untuk kumpul dana”
“Negara Perancis sangat mahal, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa kami mahu ke Championship di Eropah? Sebab juara dunia dalam sukan memanah kebanyakan dari sana. Jadi kami mahu belajar dalam masa yang sama,” katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok miliknya.
Tambahnya lagi, kemenangan ini juga amat bermakna kerana mereka merupakan satu-satunya pasukan yang paling kecil apabila dirinya dan dua anaknya itu ke sana jika dibandingkan dengan pasukan negara lain yang lebih ramai dan mewakili negara dengan melalui proses saringan.
Kejohanan tersebut telah disertai lebih 110 peserta dari 16 negara seperti Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.
Dalam pada itu, Abdurrahman dan Heba Nusaybah difahamkan telah menceburi sukan berkenaan sejak dua tahun lalu dan berguru dengan jurulatih di Indonesia. Jelas ibunya, kedua cahaya matanya itu mula belajar memanah selepas tiga bulan belajar menunggang kuda dan mula serius mencabar diri dengan memilih untuk lebih aktif dalam sukan memanah berkuda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes-kes sebeginilah yang sering membuatkan timbulnya persepsi negetif bagi individu yang benar-benar susah. Tidak dinafikan ramai yang cuba mengambil “peluang” atas simpati orang ramai tetapi jika ia hanyalah “lakonan” semata untuk meraih simpati, ia sukar diterima.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang “turun padang” mencari makcik tersebut selepas kisahnya tular turut mendapat satu perkongsian dari pekerja di pusat membeli belah tersebut yang mendakwa makcik itu dihantar oleh seorang anaknya yang agak dewasa namun kemudian lepak di food court selama beberapa jam sebelum bergerak balik ke destinasi mereka.
Bacalah kisah dikongsi oleh Cikgu Fadli ini.
Semalam, viral kisah mak cik duduk meminta sedekah di Giant Batu Caves. Suami kena berhenti kerja sejak bulan 7 yang lepas.
Katanya, dia ada anak Tingkatan 3 yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana miskin.
Ramai sangat orang tag aku kat post tentang mak cik ni memandangkan lokasi tu dekat dengan aku.
Hari ni aku ke Giant Batu Caves mencari mak cik ini. Melilau aku cari kat parking kereta, tempat gambar dia diambil ini. Tak jumpa.
Aku pun pergi ke pintu utama, berjumpa staff Giant yang berdiri di situ check suhu pelanggan keluar masuk. Aku tunjuk gambar ni dan bertanya.
Staff tu senyum sahaja bila aku tunjukkan gambar mak cik ni lantas berkata,
"Hari ni saja dah 4 orang datang tanya saya tentang mak cik ni".
Belum sempat dia bercerita panjang, datang seorang lelaki berkopiah pakai facemask menegur,
"Cikgu Fadli ke ni?" soalnya memandangkan aku pun pakai facemask.
"Aah. Abang siapa ya?"
Dia buka sedikit facemask dan perkenalkan diri,
"Saya Ustaz Firdaus dari Lembaga Zakat Selangor, katanya seraya menunjukkan kad kuasa.
"Oh ustaz. Terima kasih banyak bantu saya dalam kes-kes tercicir yang Dana Kita kenal pasti sebelum ini. Ustaz pun cari mak cik ni ya?" "Ya cikgu. Dah lama saya tunggu kat sini. Tak nampak pun bayangnya. Sebaik isu viral dan kami dapat tahu, saya terus ke sini untuk siasat", balasnya.
"Sama la saya pun. So macam mana mak cik ni bang? Selalu ke dia datang sini?" soalku pada staff Giant pula.
"Cikgu. Mak cik tu memang selalu ke sini. Seminggu tu acap kali juga datang. Dan bukan dia datang seorang.
Dakwa Anak Hantar tapi lepak di Food Court
Anak dia hantar. Anak dia dah besar. Anak dia lepak je kat food court sampailah mak dia ke sana untuk pulang. Susah nak kata cikgu.
Kalau betul susah, banyak je pihak boleh bantu. JKM ada, Pusat Zakat ada, NGO ada. Tapi entahlah. Saya nak cakap lebih-lebih pun payah," balasnya.
Aku senyum sahaja. Kes yang orang ramai tular setelah hanya dengar kisah sebelah pihak memang ramai yang silap sebenarnya.
Ada kes suami isteri sambil riba anak-anak duduk termenung di stesen minyak, buat-buat dalam kesusahan. Bila orang tanya minta duit nak isi minyak dan makan saja katanya. Cerita macam-macam jenis kesusahan.
Orang bagilah. Kasihan kot. Siap dia bagi nombor akaun lagi. Orang tulis cerita dia, letak nombor akaun.
Rakyat Malaysia punya baik hati pergi derma sampai beribu-ribu dia dapat. Diam seminggu dua, lepas tu tu pergi cari stesen minyak lain pula. Pun buat kisah sedih yang sama. Dapat lagi duit mudah.
Setelah di siasat rupanya laki bini penagih dadah. Semua cerita direka-reka untuk dapat duit mudah dapat hisap dadah dan main judi online. Ramai terkena.
Kes mak cik ni aku tak katalah dia tipu. Tidak. Cuma langkah pertama yang aku ambil kalau jumpa dia tadi aku nak suruh dia naik kereta dan tunjuk rumah dia.
Nak tengok keadaan rumah dia benar susah atau tidak. Jika betul miskin tak ada peti sejuk tak ada mesin basuh aku nak bantu belikan.
Nak jumpa suami dia yang katanya dibuang kerja tu. Ada je peluang pekerjaan boleh aku tawarkan.
Nak jumpa anak dia Tingkatan 3 kononnya yang terpaksa berhenti sebab miskin, aku nak urus sampai budak tu sekolah semula.
Lepas tu aku nak contact Zakat Selangor agar dapat pula bantuan bulanan. Itu semua dalam kepala aku dah. Memang itu perancangan aku. Dan memang begitu cara aku bergerak dan menghulur bantuan.
Aku takkan terus transfer duit bila baca kes begini. Bukan begitu aku bergerak. Kena siasat betul-betul.
Dan hari ini bila siasat, banyak benda yang meragukan.
Ada anak besar datang ambil, lepak kat food court main telefon, makan-makan sementara mak siap kutip sedekah.
Sumber tak rasmi mengatakan dia tinggal di Taman Maluri. Jauh tu Taman Maluri ke Batu Caves kutip sedekah. Kenapa tak supermarket berdekatan rumah? Ada keraguan besar di sini.
Ada orang kata, mereka pernah jumpa mak cik ni kutip sedekah merata-rata. Pernah ditemui di Wangsa Maju bawa kisah yang sama. Lagi meragukan.
Namun aku tak adalah nak tuduh mereka ini sindiket atau berpakat cari duit mudah. Belum nak tuduh begitu sebab aku tak jumpa orangnya.
Jadi kepada sesiapa yang jumpa mak cik ni, ada info lengkap tentang alamat dan no phone dia, tolong panjangkan pada Pusat Zakat Selangor.
Kami nak turun siasat dan jika sah keluarga ini memang memerlukan bantuan, pasti kami akan bantu. Pasti!
Harap tulisan ini menjelaskan situasi sebenar dan page-page tersohor yang share kisah mak cik ni semalam share juga post aku ini sebagai penjelasan pada audiences mereka.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah Dana Kita
Yang benar, Mohd Fadli Salleh. Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita. #MFS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan penggunaan Touch n Go eWallet banyak memberikan manfaat buat pengguna kerana menawarkan pelbagai diskaun pembelian di beberapa jenama terpilih.
Kini, Touch n Go eWallet telah mengambil bahagian di dalam program e-Tunai Rakyat, iaitu satu inisiatif digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada pembentangan belanjawan 2020 yang lalu.
Melalui inisiatif ini, korang yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk menerima Rm30 seorang melalui Touch n Go eWallet.
Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehinga 14 Mac 2020. Korang boleh buat tuntutan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan tersebut.
Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana daripada 110,000 rakan niaga yang menerima penggunaan Touch n Go eWallet seperti restoran dan kedai makan, stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan juga pasaraya.
Korang juga boleh buat membuat bayaran untuk bil telefon bimbit, pembelian dalam aplikasi seperti pembayaran ruang letak kereta dan juga bayaran tol melalui ciri-ciri unik eWallet seperti PayDirect dan RFID.
So guys, jangan lupa bermula 15 Januari depan untuk tuntut dengan Touch n Go eWallet. Rugi pula kalau tak digunakan manfaat yang ada bukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, timbul khabar mengatakan sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September 2021. Namun, dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan setiap hari, ramai tampil tidak bersetuju jika sekolah dibuka dalam masa terdekat .
Memahami keadaan semasa, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin melalui satu video yang dimuat naik ke akaun rasmi Facebook-nya semalam berkata, sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuat secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021 dengan kelas pelajar peperiksaan.
Tarikh pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas pihaknya meneliti perkembangan membabitkan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara. “Berdasarkan penelitan semasa, Kementerian Pendidikan (KPM) telah buat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah dilewatkan sedikit ke tarikh 3 Oktober 2021.
“Perincian mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat.
“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN,” jelasnya..
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan semua guru akan mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum sekolah dibuka.