Abang kepada penyanyi meningkat naik, Aufahanie, Muhammad Nidza Afham dilaporkan hilang, pagi Rabu.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri Aufahanie menerusi hantaran di Instastory miliknya sebentar tadi.

Abang Aufahanie Hilang Selepas Jogging -“Mohon Doakan Abang Saya Selamat”

Di kesempatan itu, penyanyi lagu Geming Jiwa itu memohon doa orang ramai agar abangnya yang juga penyanyi baharu, selamat dijumpai dan berada dalam keadaan yang baik sahaja.

Menurut Aufa, lokasi terakhir barang abangnya ditemui ialah di atas jambatan Sungai Klang.

Ads

Dalam pada itu, Aufa turut menyenaraikan beberapa butiran mengenai abangnya yang berusia 23 tahun itu.

Abang Aufahanie Hilang Selepas Jogging -“Mohon Doakan Abang Saya Selamat”

“Lokasi terakhir telefon dan dompet ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru). Dia keluar pergi jogging dalam 7.58pm (indrive) ke Stadium Klang.

Ads

“Dia kurus dan tinggi (175cm)  Kulit sawo matang,” jelasnya.

Aufa turut meninggalkan dua nombor untuk dihubungi sekiranya orang awam berjaya mendapat info mahupun menemui abangnya.

Abang Aufahanie Hilang Selepas Jogging -“Mohon Doakan Abang Saya Selamat”

Ads

“Tengok ahli keluarga orang lain hilang pun saya susah hati rasa nak gila, hari ini, ahli keluarga sendiri. Adik beradik sendiri. Abang saya Ya Allah. Ammm kau dekat mana,” coretnya.

Katanya lagi, aporan polis juga sudah pun dibuat.

hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Aufahanie

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI