Sehari dua ini viral di media sosial perlakuan seorang penunggang motosikal yang telah menghentak cermin hadapan sebuah kereta selepas berang dibunyikan hon. Kes ini tular dan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
Ternyata perlakuan baran di jalan raya ini berbalas dengan menjalani hukuman di penjara apabila Danial Abdullah Tan, 31 di di penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas perbuatan khianatnya selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di mahkamah hari ini.
Laporan Harian Metro menyebut, tertuduh terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas kesalahan melakukan khianat.
Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Danial Abdullah Tan, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, semalam.
Dia yang lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ dalam kalangan netizen hanya menundukkan kepalanya sepanjang prosiding.
Malah, suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian.
Ads
“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya. Saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.
Turut kelihatan di tempat duduk galeri awam, kakak dan beberapa ahli keluarganya yang mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga rosak.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang pada 28 Mei.
Ads
Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.
Terdahulu, dia yang diwakili peguam peguam Nur Rafiuddin Mas Wari dalam hujahnya berkata, pengakuan salah anak guamnya itu menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pertuduhan ini adalah yang pertama dihadapinya.
“Anak guam adalah pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun.
Ads
“Kesalahan dilakukan bukanlah sesuatu yang dirancang,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman berat atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan usia tertuduh (31 tahun ) dia sepatutnya dalam fasa matang.
Portal berita Harian Metro semalam melaporkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, jam 5.30 petang Selasa lalu.
Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera dashcam dan rakaman video terbabit tular di Facebook sejak kelmarin.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila raja dunia fesyen tanah air buka mulut mengenai penarikkan diri dari dunia fesyen selepas 30 tahun menabur budi dalam industri fesyen.
Pengumuman itu dibuat di Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya malam tadi adalah detik yang paling sukar dalam hidup beliiau.
Bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa selepas melihat beberapa kematian teman secara mengejut juga menjadi salah satu pendorong utama beliau membuat keputusan yang sudah dibuat sejak tahun lalu.
Datuk Rizalman Ibrahim, 49 tahun mengakui pernah berada dalam ‘zon sombong’ terutamanya ketika nama berada di puncak, Rizalman menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pembantu yang sudah 15 tahun bersamanya, Faizul Surani.
Akan memfokuskan kepada cabang lain termasuklah hiasan dalaman, kosmetik dan kecantikan, malam tadi merupakan hari yang mana koleksi terakhir hasil kolaborasi beliau sebagai pereka fesyen dengan gedung dalam talian, Zalora diperagakan.
Menterjemahkan keeratan silaturahim bersama semua pengikut dan tanda persahabatan beliau dengan Dayang Nurfaizah sejak 20 tahun lalu melalui konsert tersebut, Tunku Azizah juga dikhabarkan hadir menyaksikan momen berkenaan.
Turut menyumbangkan hasil jualan tiket konsert berkenaan sebanyak RM50,000 keopada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah,
Biasalah kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan.
Terutamanya jika kucing tadi jenis ‘indoor’ dan tidak pernah dilepaskan di luar rumah.
Tambahan pula di musim perayaan ini, nanti tidak selesa pula tetamu yang berkunjung tiba di rumah kita. Jadi, apa yang dilakukan bagi menghilangkan bau kucing yang kadang-kala agak kurang menyenangkan itu.
Perkongsian berkenaan tips kurangkan bau kucing dalam rumah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @qienaibrahim di akaun miliknya.
“Antara tip untuk majikan indoor. Selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan dan bersihkan litter box majikan,” tulis kapsyen muat naik wanita tersebut.
Menurut perkongsian video wanita tersebut, bahan utama untuk mengatasi masalah itu adalah kulit kayu manis. Bahan mudah yang berada di dapur rumah dan menjadi kegunaan untuk memasak makanan yang enak.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah ambil bekas kosong mengikut saiz bersesuaian dengan keluasan rumah anda.
Kemudian letakkan kulit kayu manis beberapa batang dan tuang air ke dalam bekas tersebut. Air boleh di isi separuh daripada bekas kosong yang disediakan tersebut.
Letak campuran bahan tadi di tempat yang tersorok seperti di bawah kabinet tv mahupun almari hiasan. Perkongsian wanita itu juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lainnya. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:
“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis. Memang takda bau,” tulis seorang pengguna yang berkongsi cara yang sama untuk hilangkan bau kucing.
“Cuma kena pastikan letak ubat jentik-jentik untuk elak jadi tempat pembiakan aedes,” tulis seorang pengguna yang memberi saranan tambahan.
“Sangat berguna untuk babu seperti saya…” tulis seorang lagi pengguna bergurau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi penguna media sosial, sudah pasti mahukan gambar #Instaworthy kelihatan menarik di ruangan ‘feed’ Instagram masing-masing.
Bagi korang yang ingin mendapatkan gambar #Instaworthy yang ‘rare’ atau lain daripada lain, dengan kapal terbang lalu atas kepala, apa kata korang sesekali lepak di lokasi yang dikongsikan oleh brother ini. Siap ada cara nak masuk ke area di KLIA2 tu.
Tapi apa pun, sebelum korang pergi ke port baru ini, adalah diingatkan tolong jaga keselamatan diri ya kerana malang tak berbau. Jangan kerana korang ghairah tentang kapal terbang lalu atas kepala, korang abaikan tahap keselamatan.
Sejak semalam, perkongsian yang dibuat oleh Ahmad Ariffin “tempat melepak” telah mendapat 2k perkongsian. So bagi korang yang nak cari angle lain ketika bergambar, bolehlah datang ke sini ya.
Baca perkongsiannya.
Sambil2 menunggu orang sampai di ketibaan, kita lepak sini. Ada 2 lokasi.
1. Belakang KLIA2, hanya kapal Air Asia ja. Kurang best, kapal yang sama je. Tapi yang bestnya, kereta kurang lalu lalang. So nak bergambar atas jalan raya pun selamat.
Cara ke sana :
1. Masuk ke KLIA 2 masuk line arrival, tapi terus masuk line ke kanan. Jalan menuju ke tower.
2. Masuk lorong kanan sebelum Tune Hotel. Jalan sampai hujung.
3. Kat hujung jalan ada T Junction, amik kiri. So ikut je jalan jumpa T junction lagi.
4. T junction seterusnya amik kanan. Kat sini dah boleh tengok kapal landing. Ada tempat anjung spotter. Nak tengok kapal mendarat atas kepala. Jalan lurus lagi, sampai jumpa kawasan agak lapang. Haaaa pandai-pandai la cari park. Itu aku tak yah ajar cara parking kereta ya.
2. Belakang KLIA (MAS KARGO, kalau tak silap). Sini best, macam-macam company kapal boleh tengok.
Sini banyak kereta lalu lalang dan laju-laju. Sebab tak ada AES kot. Risiko atas diri sendiri.
Cara ke sana :
1. Masuk ikut laluan mcm nak ke LCCT
2. Jumpa bulatan pertama, amik no. 12.
3. Jumpa bulatan kedua, amik no. 9
4. Nanti kau akan tengok banyak kereta park tepi jalan belah kiri. Haaa situ la tempat tengok kapal mendarat atas kepala.
Nota : Boleh je dr KLIA2 ke sini. Tp aku rasa mcm jauh. Better masuk ikut laluan mcm ke LCCT.
Selamat mencuba. Cuti sekolah masih ada ni..
Sumber : Fb Ahmad Ariffin
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...