Haiwan peliharaan sememangnya menjadi kesayangan. Tidak kiralah haiwan apa sekalipun,mereka layak dilayan seperti sebahagian dari keluarga. Menerusi satu hantaran di akaun TikTok Amy Pets, pengguna tersebut telah berkongsi kisah mengenai seorang tuan yang terlupa memberi anjingnya makan.
Menyedari kekhilafannya itu, dia kemudiannya memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran makanan, GRAB, untuk menghantar makanan untuk dimakan oleh anjingnya. Apa yang menarik perhatian adalah pekerti yang ditonjolkan oleh penunggang GRAB tersebut. Dia boleh sahaja sekadar meletakkan makanan dan berlalu pergi. Namun sebaliknya terjadi.
Telatahnya yang menyantuni haiwan tersebut dengan sangat baik menyentuh hati warganet. Dalam rakaman CCTV, dapat dilihat abang GRAB tersebut tiba membawa sebungkus makanan untuk diberikan kepada anjing tersebut.
Menerusi perkongsian itu, “Alkisahnya, owner lupa nak bagi anjing dia makan. Pastu dia call Grab suruh letak makanan kat depan pagar tu. Tapia bang Grab tu punya effort siap kipas makanan sebab panas dan gaul rata… sediakan air lagi. Teman sampai anjing habis makan,selepas itu buang polisterin dalam tong sampah.”
.
.
.
.
Sikap penunggang GRAB tersebut menunjukkan yang sikap sayangkan binatang perlu disemai dalam diri semua rakyat Malaysia. Haiwan merupakan mahkluk tuhan dan menyantuni ciptaan Allah SWT itu dengan baik sangat dipuji.
Comel penulis tengok gelagat anjing tersebut yang sabar menantikan penunggang Grab menyediakan makanan. Apa yang pasti, anjing tersebut tidak kelaparan sementara menanti tuannya pulang.
@amypetsstore AMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi.. 🤗 #abggrabfood #kucing #viral #fypシ #tiktokmalaysia #kucing #dog ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Sumber: TikTok Amy Pets Store