Tiada apa lebih menyedihkan apabila diuji dengan kematian. Walau tiada siapa meminta hal itu terjadi di saat wabak corona virus menyerang dunia dan mengakibatkan lebih 500,000 ribu penduduk dunia dijangkiti, namun apabila berakhir dengan kematian, ia sesuatu yang sangat menyedihkan.
Perkongsian isteri mengenai kata-kata akhir suaminya, Mohd Fairos Saberon yang meninggal akibat COVID-19 semalam pada usia 34 tahun mengundang sebak malah arwah seakan tahu hayatnya tidak lama selepas disahkan positif.
Kata-kata akhirnya, abang minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),” itu pesanan terakhir Inspektor Mohd Fairos Saberon kepada isterinya, Aiza Syafinaz Shahak, 34 benar-benar mengundang sebak.
Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia semalam selepas positif Covid-19 pada 19 Mac lalu.
Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.
Ads
“Namun pada 19 Mac dia ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.
“Itulah kali terakhir dia menghubungi saya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas.
“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.
Ads
“Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.
Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan.
“Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.
Ads
“Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.
Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang pada 4 pagi tadi.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.
“Saya kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini,” katanya.
Sumber : HARIAN METRO/ Gambar fb : Aiza Syafinaz
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki tersebut dikenali sebagai Surya Manurung pernah tular di media sosial kerana seluruh ahli keluarganya memiliki wajah yang unik. Hal ini kerana mereka menghidap penyakit abnormal yang disebut Sindrom Treacher Collins.
Difahamkan, sindrom tersebut akan menjejaskan perkembangan muka, kepala dan telinga kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan. Walaupun begitu, keluarga Marunung mula tular apabila mereka selalu membuat siaran langsung di media sosial sehingga dapat mencuri perhatiaan netizen.
Menurut Tribunnews, sebelum berkahwin Surya dan Sasha sering berkongsi gambar bersama di laman sosial.
Tidak hanya Surya memiliki pengikut ramai, wanita yang mesra disapa Dewi itu turut popular dengan 38,300 pengikut dan 364,300 tanda suka.
Jumlah itu bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding suaminya yang memiliki 1.6 juta pengikut dan 23. juta tanda suka.
Malah, netizen turut menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar perkahwinan pasangan itu kekal hingga ke jannah.
Info Sindrom Treacher Collins (TCS)
SINDROM Treacher Collins (TCS) barangkali asing dan kurang didengari oleh rakyat di negara ini. Jadi ini info ringkas korang perlu tahu.
1. Sindrom itu berlaku satu dalam 50,000 bayi kelahiran di dunia.
2. Kira-kira 60 peratus daripada angka itu mengalami TCS bukan genetik keluarga.
3. Ia berlaku kerana gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah.
4. Gangguan genetik yang berlaku dikaitkan dengan perubahan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
5. Lazimnya, bayi TCS mengalami kelainan pada bahagian telinga, kelopak mata, tulang pipi atau tulang rahang.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat pengantin baru ini. Moga terus bahagia melayari hidup berumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiara biasanya dihadiahkan dan dipinjamkan kepada seorang puteri dalam keluarga DiRaja apabila umur mereka sudah mencecah 18 tahun.
Namun begitu berbeza dengan Princess of Wales ini. Baru-baru ini, di majlis pertabalan Raja Charles III, Kate Middleton bersama puterinya; Puteri Charlotte telah mencuri perhatian ramai dengan penampilan mereka.
Kedua-dua mereka telah tampil mengenakan mahkota sedondon yang bermotifkan daun. Bagi Kate dan Puteri Charlotte, anak beranak ini memilih headpiece yang bersulam daun 3D yang direka oleh Jess Collect dan Alexander McQueen.
Untuk pengetahuan kamu, mahkota daun ini diperbuat daripada jongkong perak dan kristal dengan sulaman daun 3D. Mahkota tersebut merupakan rujukan daripada cinta Raja Charles III terhadap alam semula jadi. Bukan itu sahaja, sulaman daun ini turut membawa maksud simbol musim bunga, pertumbuhan serta kelahiran semula.
Untuk Kate, Puteri Wales ini tampil mengenakan gaun sutera crepe Alexander McQueen dalam rona ivory yang disulam di bawahnya. Sulaman itu terdiri daripada floral kebangsaan United Kingdom; ros untuk England, duri untuk Scotland, daffodil untuk Wales dan shamrocks untuk Ireland. Mantelnya pula diperbuat daripada Royal Victorian Order dalam rona biru dan merah scarlet.
Tidak ketinggalan, Puteri Charlotte pula mengenakan gaun dan mantel dalam rona ivory yang sama seperti ibunya, hasil rekaan daripada Alexander McQueen.
Kate juga dilihat memakai beberapa barang kemas yang memukau. Dia kelihatan memakai anting-anting mutiara dan berlian milik mendiang Puteri Diana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menunaikan Umrah dan Haji impian bagi setiap seorang muslim. Peluang sebegini ‘once in a life time’.
Sebelum ini kerajaan Malaysia sudah membenarkan rakyat kita melakukan ibadah umrah atau haji lebih-lebih lagi sewaktu musim pandemik COVID-19 ini. Namun, dalam keterujaan kita pergi ke Tanah Suci, ada juga segelintie jemaah yang tidak mengikut ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Akibatnya, semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.
Kenyataannya itu turut dikuatkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya sedang meneliti alasan 17 jemaah terbabit mengenai perkara itu.
Berdasarkan data yang dikongsikan daripada 122 dijangkiti Omicron itu 26 menerima vaksin AstraZeneca, Moderna (satu), Pfizer (57), Sinovac (enam), selain penerima dos penggalak Pfizer (enam) dan Sinovac (lapan), manakala 17 tidak divaksinasi.
Khairy juga menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara tersebut untuk memperketatkan SOP sedia ada.
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan berbincang dengan agen-agen pelancongan untuk cari kaedah bagaimana dapat menjadualkan semula umrah. Manakala, Kementerian Pengangkutan pula akan berbincang penjadualan semula penerbangan yang tertangguh disebabkan keputusan penangguhan ini.
Bak kata pepatah, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Begitulah kita di Malaysia ini kerana segelintir manusia yang tidak menjaga SOP dan tidak divaksin habis satu Malaysia terpaksa menunda perjalanan ke Tanah Suci. Paling membimbangkan, virus Omicron ini kian menular dikalangan masyarakat kita. Allahhu…
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...