Ads
Home Hiburan Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas Seminggu Ditidurkan

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas Seminggu Ditidurkan

Ads

Berita pemergian abang kepada penyanyi Stacy baru diterima pagi tadi.

Beliau memaklumkan abangnya iaitu Chaq, 35 tahun sudah menghembuskan nafas di Hospital Sibu Serawak pada 3.20 pagi Isnin. Berita kemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam  dikongsikan sendiri oleh adiknya Aldrich yang berada di hospital ketika mendiang menghembuskan nafas.

ARTIKEL BERKAITAN : Pembaca Berita & Penyampai Radio, Riz Sunawan Meninggal Dunia Pada Usia 45 Tahun

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas Seminggu Ditidurkan
Akibat kemalangan, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan termasuk masalah jantung yang turun naik berikutan kecederaan pada bahagian hati dan limpa.

“Iya abang saya sudah meninggal dunia di hospital pa da pukul 3.20 pagi Isnin” ujar beliau.

Selain Aldrich, turut berada di sisi Chaq semasa mendiang abangnya itu menutup mata buat kali terakhir ialah ibu mereka Agnes Carlos. Kata Aldrich, mereka sekeluarga reda dan berlapang dada menerima takdir itu.

“Mak okey dan kami (sekeluarga) reda dan berserah sejak Chaq masuk hospital lagi,” ujar Aldrich lagi.

Ads

Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas Seminggu Ditidurkan

Buat masa ini, mayat Chaq, jelas Aldrich, masih berada di Hospital Sibu dan mereka sekeluarga akan menguruskan membawa mayat kembali ke kampung halaman di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah untuk urusan pengebumian.

Menurut Aldrich juga, kakaknya, Stacy pula dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur esok bagi bersama-sama keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chaq.

Ads

Mendiang Chaq terlibat dalam ke malangan di Bintangor, Sarawak sehingga mengakibatkan dia mengalami pendarahan dalam kepala.Susulan tragedi itu, Chaq yang juga peserta sebuah program realiti dan penyanyi sambilan bertarung nyawa di hospital walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.

Beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka. Beberapa hari lalu, Stacy turut meminta doa ramai berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala.

Ads

“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya Chaq. Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,” katanya.

Takziah kami ucapkan buat keluarga Stacy…

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI