Abang Terlajak Laris Rakam Lagu Dengan Sajat, Dengar Cerita Isteri Tak Restu. Betul Ke?

Share

“Abang nak tegur

“Pada yang bercinta

“Dunia bukan selalu indah

“Ada masanya

“Laut bergelora

Itu sebahagian lirik lagu nyanyian Abang Kosmetik yang bakal dikeluarkan tidak berapa lama lagi.

Lepas meletup dengan pelbagai bisnes, terbaru Dato Seri Aliff Shukri  Kamarzaman selangkah bergelar artis rakaman. Minggu lepas jutawan  popular  ini sudah menandatangani  surat perjanjian sebagai artis rakaman bersama KRU Muzik.

Beliau bakal mengeluarkan sebuah album. Ada lagu duetnya bersama isteri, Datin Seri  Nur Shahida Mohd Rashid selain duet bersama jutawan kosmetik, Nur Sajat.

Dalam satu sidang akhbar sempena majlis pelancaran Kobalorasi Tudung Aliff  Shukri, Aliff By Sha bersama GoHalal, khabarnya niatnya menjadi artis rakaman dan berlakon tidak dipersetujui isterinya.

“Saya minta izin dengan isteri nak jadi penyanyi dan pelakon,” katanya di hadapan para wartawan.

 

Namun isterinya memaklumkan, dia tidak menyukai suami kesayangannya itu terlibat dalam dunia nyanyian mahupun lakonan dan tidak memberikan restu. Ehmm.

Yalah, kata orang kejayaan lelaki kerana ada isteri di sisinya dan mungkin Dato Seri Aliff ingin memperlbagaikan bakatnya dalam industri seni pula. Mana tahu, albumnya boom dan mampu menandingi Dato Seri Vida yang meletup dengan I Am Me. Rezeki orang kita tak tahukan!

Memperkenalkan 15 tudung rekaan eksklusif dari Dato Seri Aliff, koleksi Aliff By Sha

Bercerita bisnes tudung Bawal Satin Silk yang kurang setahun diceburinya, Aliff By Sha, dengan bermodalkan RM20,000 ternyata dengan kualiti, anti kedut, anti pekak dan target untuk golongan menengah dan atasan,patuh syariah dengan bidang 45×45, tidak panas, tidak tebal berinspirasikan wanita Turki  jualannya berjaya terjual meningkat sebanyak RM700,000 kurang dari setahun beliau memulakan bisnes ini.

“Rekaan tudung saya eksklusif, tak jemu dipandang, elok terletak. Pakai 10 tahun pun ok lagi sebab material kainnya  begitu saya pentingkan. Ia campuran satin sutera dan satin dengan kualiti yang sangat  bernilai tinggi.

“Ada orang cakap harga tudung saya mahal, RM99 tetapi ia setanding dengan kualiti. Makin lama dipakai makin cantik, elok terletak. Saya rasa gembira kerana tudung ini mula mendapat permintaan tinggi,” katanya memaklumkan kesemua rekaan tudung adalah ciptaannya sendiri.

Bukan itu saja, tudung ini hanya boleh didapati di  GoHalal, sebuah platform dagangan dalam talian produl halal di bawah naungan DNeX  secara eksklusif di mana sebanyak 5000 helai telah diambil oleh GoHalal.

Termetrai perjanjian usahasama bersama Dato Samsul yang juga pengerusi Dagang Net Technologies Sdn Bhd

Jelas Dato Aliff Shukri lagi, buat masa ini stokis tudungnya sejumlah 1000 orang dan rekaannya sangat eksklusif di mana setiap design hanya terjual antara 300-500 helai saja.

Tambahnya, ada yang bertanya, mengapa dia memilih menjual tudung? Kata Dato Aliff Shukri, dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini dia harus memilih satu cabang perniagaan yang disukai wanita dan beliau melihat tudung adalah perniagaan yang baik untuk diceburi.

“Universiti saya adalah pengalaman kehidupan. Saya banyak belajar dan mencuba. Dalam industry tudung ini saya “player baru”. Tapi saya tak mahu diperbandingkan dengan jenama yang sudah popular. Saya mahu setiap koleksi Aliff By Sha diingati pemakainya kerana saya begitu mementingkan kualiti.

 

“Satu lagi, saya sangat bersyukur kerana untuk memasuki portal online GoHalal ini bukan mudah. Saya sendiri berusaha 6 bulan lamanya, turun naik buat kertas kerja sebelum mereka menerima tudung ini untuk dijual. Alhamdulillah, ini satu permulaan baik,” katanya mengakhiri temubual.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros