Abang Viva dan Datuk Seri Aliff Syukri telah bersama-sama menjalankan misi bantuan banjir di Terengganu untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.
Misi tersebut dijalankan selama tiga hari dua malam, di mana mereka mengedarkan barangan keperluan kepada penduduk yang memerlukan.
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff Syukri berkongsi bahawa dia berada di Pantai Timur untuk menghulurkan bantuan dan berharap urusan mereka dipermudahkan selain mengajak lebih ramai usahawan dan ahli politik untuk turut membantu mangsa banjir.
“Saya harapkan lebih ramai usahawan atau ahli politik yang lain untuk turun bantu meringankan beban mereka yang terkesan.
“Dalam masa sama memberikan keceriaan kepada mereka yang sedang berduka,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, Abang Viva dan Aliff Syukri turut membawa isteri mereka untuk menyertai misi ini. Mereka menaiki bot untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ada di kawasan banjir.
Sekadar info, sebelum ke Terengganu, Abang Viva dan isteri telah mengunjungi Kelantan untuk misi yang sama, seperti yang dikongsikan oleh isterinya di Facebook.
Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar misi mereka dipermudahkan dan diberi rezeki yang lebih besar kerana membantu mangsa-mangsa banjir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aliff Syukri