Hari ini, 14 Februari. Valentine’s Day. Disebut sebagai hari kasih sayang, ramai pasangan kekasih teruja untuk menantikan hari ini. Makan-makan, keluar bersama, tukar-tukar hadiah konon dilihat sebagai romantik!
Bagi pasangan kekasih, awal-awal lagi sudah prepare budget nak belikan apa untuk pasangan. Nak coklat, nak bunga, nak baju, nak itu atau tak tahu nak beli apa pun sampai perlu bertanya kepada kekasih, apa yang mereka inginkan pada hari kasih sayang ini. Kata anak muda, budget nak glamer ajer!
Pendek kata, ramai orang Islam tahu apa kisah di sebalik Valentine’s Day ini. Ini hari memperingati ajaran agama Kristian tetapi ramai mengambil pendekatan dan pemahaman sendiri, hanya mahu meraikan “kasih sayang” itu sendiri.
Apa kata Prof Madya Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) tentang isu ini. Remaja bertanyakan lima soalan dan beliau kupaskannya.
Kebanyakan mereka yang menyambutnya bukanlah untuk mengikut sambutan seperti agama Kristian tetapi lebih kepada ikut-ikutan dan seronok-seronok sahaja.
Berbekalkan kejahilan, anak-anak muda kita hanyut tanpa tujuan. Walaupun tanpa pengetahuan tetapi disebabkan sambutan Valentine’s Day itu berkait dengan agama, ia seharusnya difahami dengan ilmu. Budaya hidup viral, popular ataupun seronok-seronok perlulah sentiasa dipandu oleh sempadan agama, selagi tidak bercanggah dengan akidah dan hukum asas dalam Islam.
Hari ini, antara sebab utama juga adalah faktor globalisasi. Semua berita seluruh dunia ada di depan mata dan hujung jari menyebabkan pengaruhnya memberi impak yang kuat kepada masyarakat kita untuk mengikutnya.
Saya tak nafikan, ada kelonggaran aspek pegangan agama disebabkan oleh pengaruh luaran yang mungkin menjauhkan daripada kehidupan beragama. Bila kekuatan agama rendah, memungkinkan hati kita tidak istiqamah dalam mengikuti panduan agama. Walaupun dah tahu larangan-larangan agama, kadangkala tunduk kepada desakan pengaruh luaran, keinginan nafsu dan sebagainya.
Semakin banyak kita hidup dalam maksiat dan dosa di sekeliling kita, semakin mudah hati kita tertutup menerima kebenaran. Kekuatan untuk kita beristiqamah dalam amalan hidup beragama ataupun kekuatan untuk melawan gangguan tarikan untuk melanggar larangan Tuhan, akan jadi lemah dan terganggu bila hati dah terbiasa dengan titik-titik dosa.
Jangan kita semata-mata salahkan pengaruh barat yang mempengaruhi, sebab kalau diri kita kuat, kita tidak akan bermasalah dengan pengaruh luaran. Yang penting, kita perlu betulkan kita, Antaranya: