Sesuai dengan minat generasi muda hari ini yang inginkan kelainan, Acer Malaysia hari ini melancarkan generasi masa depan, Acer Swift 5 yang sangat popular.
Ultra ringan, hanya seberat 990 gram sahaja, bersaiz 14” serta pemprosesan menggunakan Window 10 Intel Core dan NVIDIA MX250 khas untuk korang sunting gambar, video dan main game menjadikan laptop ini antara pilihan yang wajar diletakkan dalam senarai untuk dibeli.
Dalam satu majlis pelancaran di The Garden pagi tadi, pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet berkata, Acer Swift 5 ini merupakan satu kemudahan untuk setiap orang, sesuai untuk dibawa mengembara dan juga kegunaan harian.
Ads
“Ia satu produk yang direka dengan begitu elegan. Saiznya hanya 14”, ultra ringan iaitu seberat 990 gram sahaja. Lebih menarik, chasis komputer ini diperbuat daripada aloi magnesium yang didatangka dengan pilihan grafik Intel Iris Plus atau NVIDIA GeForce MX250. Ia memastikan boleh dibawa ke mana-mana dan berprestasi disatukan tanpa mana-mana aspek dikurangkan.
“Untuk meraikan kehadiran model terbaharu ini di Malaysia dan Acer sebagai penerima Anugerah Inovasi CES, model Acer Swift 5 serba baharu ini dipasang dengan Microsoft Home & Student 2019 bernilai 529 dan lesen ini kekal atau sah selama jangka hayat peranti ini,”katanya dalam sidang media hari ini.
Ads
Biar agak ringan, 990 gram sahaja, komputer riba ini didatangkan dengan sudut pandangan luas sehingga 170 darjah, bateri yang tahan lebih lama selama 11 jam serta keupayaan cas pantas selama 30 minit bagi penggunaan 4.5 jam memberikan sokongan buat remaja yang aktif.
Ads
Datang dalam dua warna menarik iaitu Charcoal Blue dan Moonstone White, harga yang sangat berpatutan bermula dari RM3699 hingga RM4699 menjadikan ia pilihan pengguna untuk keperluan masa kini mereka.
Untuk pengetahuan korang, Acer baru ini diisytiharkan sebagai penerima Anugerah INivasi CES atas pembangunan inovatif baharu menerusi 3 produk Acer. Lebih menarik Acer Swift 5 adalah satu daripada produk yang dicalonkan aras reka bentuk kejuruteraan yang hebat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percayalah, bukan semua orang ada kemampuan dan disiplin untuk membela binatang peliharaan.
Bagi pencinta ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang korang berikan kepada kucing peliharaan, korang memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka. Selain penjagaan makan, minum dan menguruskan kebersihan, korang perlu memberikan perhatian dan perlu kerap membelai.
Sumber Gambar : Pexel.com
Apa yang membuatkan kita tertarik untuk membela kucing tentunya kerana panggilan manja yang mereka hasilkan.
Namun, pernah tak korang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing itu? Adakah ia mahukan perhatian, sedang lapar ataupun ada keinginan lain?
Dengan teknologi canggih sekarang, semua itu boleh terjawab. Hehe..
REMAJA baru mendapat tahu sejenis aplikasi telefon pintar yang khas digunakan untuk memahami bahasa haiwan!
Menerusi perkongsian video TikTok oleh akaun Twitter milik @hanzgadget, aplikasi yang dikenali sebagai Meowtalk Beta ini aplikasi diperkenalkan untuk memahami bahasa haiwan seperti kucing.
Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik adalah merakam suara haiwan berkenaan menggunakan aplikasi tersebut dan ‘bahasa kucing’ akan diterjemahkan pada paparan skrin. Hebat betul!
Perkongsian video ini menarik perhatian warganet dan rata-rata teruja dengan kecanggihan teknologi aplikasi ini. Mereka juga tak sabar nak cuba aplikasi terebut. Ini merupakan antara reaksi mereka :
boleh try dkt oyen kantin maktab. muka dia selalu mcm tak puas hati dkt orang hahaha https://t.co/S8B6sUNlOj
Untuk pengetahuan korang, selain aplikasi ini, rupanya terdapat beberapa lagi apllikasi lain yang boleh menterjemah bahasa haiwan seperti ‘google translate for animal’ ini. Cubalah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ura-ura yang kita dengari sejak beberapa bulan lalu akhirnya menjadi realiti.
Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai pelan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple untuk tidak lagi menyediakan pengecas bateri (charger) di dalam pek model telefon iPhone 12.
.
Walaupun ramai yang mengecam dengan rancangan Apple itu, namun mereka tidak terkejut dengannya. Ini memandangkan revolusi yang dilakukan oleh Apple baru-baru ini terhadap gajet yang mereka perkenalkan telahpun mendatangkan masalah kepada pengguna setia mereka.
Sebagai contoh, pengeluaran model iPhone tanpa earphone jack telah memaksa bakal pengguna untuk mendapatkan EarPods, AirPods, fon telinga ataupun kepala yang disokong dengan fungsi Bluetooth.
.
Menariknya, tindakan Apple itu telahpun ‘ditiru’ oleh beberapa pesaing terdekatnya seperti Samsung. Terbaru, laporan mengatakan Samsung akan melakukan perkara berkenaan melalui telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30).
Samsung dikatakan tidak akan menyertakan kepala pengecas, selain mungkin turut tidak menyertakan fon telinga. Samsung dijangka hanya akan menyertakan kabel dan juga pengeluar kad SIM bersama-sama pembelian peranti dalam kotak.
Pula dah..
.
Dengan hal ini, ia akan mengecilkan saiz kotak. Pada masa yang sama, perkara ini membolehkan Samsung menjual aksesori seperti fon telinga berasingan.
Sebelum ini, Apple tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak, mengatakan ia adalah usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 (atau Galaxy S30) ini seawal Januari 2021 kelak. Apa pun, memandangkan sebelum ini Samsung hadir dengan jenaka mengejek Apple kerana membuang pengecas, melakukan perkara sama mungkin akan turut menerima kritikan terhadap jenama Korea Selatan ini.
Pada pandangan korang, adakah ia akan membantu untuk mengurangkan harga jualan ataupun telefon pintar Samsung dan Apple masih akan dijual pada kadar harga sama?
Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’kepada data internet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara kita. Betul tak?
Mana tidaknya, selain menonton movie, confirm korang mencari resipi viral yang dikongsi di media sosial kan?
Doa-doa dan zikir harian juga tidak terkecuali daripada mendapat perkongsian netizen hasil daripada ilmu yang diberikan oleh ustaz dan penceramah bertauliah.
Ya, boleh dikatakan daripada anak kecil sehingga orang dewasa memang bergantung kepada internet bagi kehidupan harian, lebih-lebih lagi diwaktu PKP ini.
Justeru itu, kerajaan Malaysia juga telah mengarahkan kesemua syarikat telco untuk memberi 1GB data internet secara percuma kepada masyarakat. Namun, mungkin ada yang menganggap jumlah 1GB yang diberikan itu terlalu sedikit, terutamanya buat mereka yang kaki internet.
Nah, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang korang boleh buat untuk menjimatkan dan membantu meminimumkan penggunaan data berbanding hari biasa.
Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh amanz.com ini.
1. Tetapkan had dan matikan data mudah alih secara automatik
Ini cara paling mudah yang korang boleh lakukan bagi mengurangkan jumlah data yang digunakan. Korang boleh mengehadkan penggunaan data mudah alih secara terus menerusi tetapan pada peranti.
Korang boleh menetapkan jumlah maksimum data yang boleh diakses untuk tempoh masa tertentu dan peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih secara automatik sekiranya penggunaan data melebihi kapasiti yang ditetapkan.
Selain itu, terdapat juga tetapan penjimatan data di mana menghalang aplikasi daripada menggunakan data di belakang tabir tanpa korang tahu. Untuk mengehadkan pengguna data pada peranti Android dan iOS sila ikuti langkah-langkah di bawah.
iOS
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Low Data Mode
Android
Settings > Connections >Data Usage > Mobile Data Usage > Tekan ikon Gear
Dari sini terdapat dua tetapan yang boleh dipilih. Set data warning untuk memberikan amaran apabila penggunaan data melebihi had yang ditetapkan pengguna.
Set data limit pula mematikan Internet sebaik sahaja kuota data yang ditetapkan dicapai. Dengan dua ciri ini korang tak perlu risau terlebih menggunakan data harian.
2. Hadkan penggunaan aplikasi penstriman
Kebanyakan video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang kadang kala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota data dengan cepat terutamanya aplikasi YouTube. Oleh itu, korang disarankan untuk menonton video pada definisi yang lebih rendah kerana semakin besar kualiti video makan semakin banyak data Internet yang akan digunakan.Banyak aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube menawarkan mod penjimatan bagi men
gurangkan penggunaan data. Melalui tetapan ini, video yang dipaparkan mungkin bukan terbaik tetapi boleh memastikan penggunaan data yang lebih optimum. Cara mengaktifkannya adalah seperti di bawah:
YouTube
• Android : Account > Settings > General > Limit Mobile Data Usage
• iOS : Account > Settings > Play HD on Wi-Fi only
Netflix
• Android : More > App Settings > Video Playback > Cellular Data Usage > Save Data
• iOS : More > App Settings > Cellular Data Usage > Save Data
3. Aktifkan mod penjimatan secara terbina pada aplikasi
Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan antara aplikasi yang menggunakan data yang tinggi pada sesebuah peranti mudah alih. Namun begitu, aplikasi ini telah menyertakan fungsi penjimatan data secara terbina yang dapat membantu mengurangkan penggunaan data.
Sebagai contoh Facebook, aplikasi ini mempunyai ciri ‘data saver’ secara terbina yang mana apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan menyekat video daripada dimainkan secara automatik. Selain itu, fungsi automain ini juga boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.
Untuk Instagram pula, korang boleh mengurangkan jumlah data yang digunakan menerusi tetapan tersedia. Klik pada Profil > Settings > Account > Mobile data use > Use Less Data. Melalui tetapan ini, video akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat naik apabila menggunakan sambungan selular.
Sebagai alternatif, korang juga boleh mencuba beberapa aplikasi media sosial yang ringan dan bersaiz lebih kecil seperti Facebook Lite, YouTube Go, Messenger Lite, Twitter Lite dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi seperti ini tidak memakan data yang banyak apabila digunakan sekaligus sedikit sebanyak dapat bantu menjimatkan penggunaan kuota Internet.
4. Nyahaktifkan kemas kini dan fungsi muat turun media secara automatik
Korang perasan tak? Korang akan menerima pemberitahuan setiap kali versi kemas kini baru tersedia untuk peranti dan kebiasaannya ia akan dilakukan secara automatik.
Sebaiknya, korang disarankan untuk menyahaktifkan tetapan ini kerana kemas kini secara automatik menelan sejumlah data yang besar. Untuk menyahaktif, korang hanya perlu buka aplikasi:
Google Play Store
Dari dalam aplikasi – Settings > Auto-Update apps > Do not auto update apps.
Apple App Store
Dari Settings > iTunes & App Store > Automatic Downloads > App Updates > Matikan
Melalui tetapan ini juga, korang boleh menetapkan kemas kini secara manual dan kemas kini aplikasi hanya menggunakan Wi-Fi untuk penjimatan lebih menyeluruh.
Korang juga disarankan untuk menyahaktifkan fungsi muat turun media secara automatik pada aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi penjimatan data lebih baik.
WhatsApp
• Android : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > When using mobile data > Nyahpilih semua.
• iOS : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > Pilih Never on setiap kategori Photos, Audio, Videos dan Documents.
Telegram
Settings > Data & Storage > Automatic Media Download
5. Matikan data mudah alih apabila tidak digunakan
Langkah paling mudah yang korang boleh buat, matikan data muda alih apabila tidak menggunakan internet. Cara ini secara tidak langsung membantu korang menggunakan data mudah alih secara minima terutamanya pada kuota terhad. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk aplikasi yang tidak diperlukan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...