Sebelum ini, Remaja pernah menemubual Nabil Aqil, finalis Hero Remaja 2017 yang teruja dengan kemunculan filem pertamanya Takut Ke Tak pada April lepas. Namun, disebabkan wabak pandemik yang melanda dunia, filem itu ditangguhkan tayangannya.
“Sejujurnya saya memang berasa sedikit kecewa dan sedih kerana filem Takut Ke Tak ditangguhkan tayangannya. Mana tidaknya, ia merupakan filem pertama saya dan sudah tentu saya rasa teruja ingin berkongsi bersama peminat. Namun, saya faham dengan situasi pandemik yang berlaku tahun ini. Apa-apa pun, kita semua perlu akur dengan apa yang terjadi dan saya percaya ada hikmah di setiap apa yang berlaku sekarang,” jelas Nabil.
Memegang watak Abas, seorang pelajar jurusan filem yang terpaksa mengambil semula subjek yang telah gagal, pemuda ini perlu melakukan assignment menerbitkan filem seram. Sepanjang penggambaran untuk menyelesaikan tugasan kerjanya itu, telah berlaku beberapa pengalaman seram yang perlu mereka hadapi.
Ads
“Sebelum ini saya telah menghadiri sesi casting yang telah dianjurkan oleh produksi Jazzy Pictures, tak sangka pula bila mereka memberi peluang untuk saya bersama-sama berlakon dalam filem ini. Ia merupakan pengalaman pertama saya berlakon filem. Walaupun berasa gementar, tetapi saya sangat enjoy dan banyak ilmu yang saya dapat ketika di set penggambaran,” katanya lagi.
Bukan hanya sedih dengan penangguhan filemnya itu, Nabil sempat meluahkan perasaannya kepada kami dengan menyatakan tahun ini, ada dua perkara yang membuatkan dia berasa sedikit agak sedih dan kecewa.
“Saya faham tahun 2020 merupakan tahun yang begitu menguji masyarakat dunia. Seperti saya, ada dua perkara yang saya sedih tahun ini, yang pertama kerana penangguhan tayangan filem dan kedua, majalah Remaja yang saya jadi cover terpaksa dikeluarkan secara online kerana PKP tempoh hari. Hehe!”
“Tapi macam saya cakap tadi, saya sedar dan perlu akur dengan situasi semasa. Apa-apa pun kita perlu redha dan berdoa agar wabak pandemik ini berakhir segera,” tambahnya lagi.
Sabarlah Nabil, tahun ini memang ramai yang struggle untuk melalui hari-hari yang mendatang. Sama-samalah kita doakan agar keadaan pulih seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Pencarian Hero Remaja yang berasal dari Perak ini merupakan seorang penggiat teater yang cukup aktif. Kepetahannya bercakap dan memberikan pelbagai reaksi menjadi antara faktor utama dia berjaya menjadi Finalis Pencarian Hero Remaja. Sejauh manakah bidang tetaer ini mampu membawa Razman Mahayuddin ke bidang seni yang lebih glamor?
Sejak bila Razman mula berjinak-jinak dengan dunia teater?
Ia bermula dengan abah saya. Tanpa dia saya tidak akan mengenali dunia seni yang cukup hebat ini. Ketika muda dahulu, abah banyak terlibat dengan teater terutama di sekitar negeri Perak. Dulu dia dikenali dengan nama Amel Amri. Tapi kegiatan aktifnya dalam dunia teater tidak lama kerana selepas itu menyertai perkhidmatan polis. Saya ada tujuh orang beradik. Abang dan kakak saya sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seni terutamanya teater oleh abah. Jadi sejak kecil saya membesar dalam environment seni begini.
Bagaimana pula dengan Razman?
Walaupun abah dan adik-beradik saya aktif dengan kegiatan seni ketika mereka remaja, saya pula amat berbeza sekali. Tidak dinafikan dulu saya dulu langsung tak berminat dengan teater. Saya cuma aktif dengan kegiatan bahas, pidato dan persembahan vokal yang lain ketika di sekolah. Apatah lagi saya merupakan pelajar jurusan sains tulen yang bercita-cita nak jadi jurutera. Tapi itu cerita lamalah.
Jadi memang sejak dulu memang tidak ada cita-cita nak menjadi anak teater?
Dulu biasalah, cita-cita memang gempak. Seperti yang saya katakan, sebagai pelajar sains tulen saya dulu pasang cita-cita nak jadi jurutera. Tapi lama-kelamaan saya rasa ia tidak serasi dengan saya. Tamat sahaja SPM saya terpaksa ikut keluarga berpindah dari Grik ke Ipoh. Pasa masa itu saya agak marah jugalah sebab kena pindah tempat baru yang langsung saya tak biasa. Tapi bila di Ipoh abah jadi aktif balik dengan dunia teater. Dia ajak saya sama, jadi sebab takde kawan saya join sama. Jadi di situlah saya mula berjinak dengan teater.
Badan teater mana yang Razman sertai?
Saya banyak terlibat dengan kegiatan teater Akademi Teater Perak. Pada tahun 2013 mereka ada buat casting. Saya sajalah cuba tapi tak sangka pula dapat. Pada masa sama saya dapat tawaran belajar di UiTM di Skudai. Tapi saya nekad untuk memasuki Akademi Teater Perak. Tapi saya letakkan sasaran untuk menjadi antara pelajar terbaik. Alhamdulillah, pada pertandingan yang dianjurkan saya mendapat tempat ketiga. Dunia teater telah berjaya buka satu dimensi baru buat saya.
Apakah istimewanya teater?
Sejak mula aktif dengan teater saya telah bawakan pelbagai jenis watak: tidak kiralah watak sampingan atau watak utama. Suatu hari saya dapat tawaran untuk menjadi pelakon pembantu dalam sebuah drama bertajuk Ada Apa Dengan Bus Stop. Jadi bila berlakon saya terbawa-bawa dengan corak lakonan teater. Dari situ saya dapati ia sangat berbeza. Lakonan teater ruang jiwanya lebih besar dan kita pun akan dapat reaksi serta-merta. Berbeza berlakon depan kamera hanya dapat reaksi pengarah dan krew. Kepuasaannya berlakon dalam teater bukanlah lebih baik tetapi ia jauh lebih berbeza. Perasaannya tidak sama.
Adakah sekarang Razman masih aktif?
Ya, saya masih lagi aktif. Terbaru saya terlibat dengan pementasan teater bertajuk Kelentong. Ia merupakan teater produksi bersama Studio Permata, badan teater di Perak. Buat masa ini, saya ingin tumpukan perhatian dahulu dengan dunia teater di Perak. Harapnya sedikit sebanyak saya mampu menaikkan scene tetaer di sinni. Saya juga mengadakan kelas teater secara mingguan bersama Studio Permata. Dan apa yang paling istimewa kelas ini adalah percuma untuk semua orang. Saya anjurkan kelas sebegini setiap hari Rabu dan hujung minggu. Kadang-kadang, saya buat sahaja tidak kira masa. Malah, saya juga kerap anjurkan kelas teater di padang polo di Perak.
Kenangan paling best sepanjang aktif berteater?
Bila saya berjaya hasilkan skrip pertama MIsteri Teratak Mona. Kepuasan itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Saya tulis dan arahkannya sendiri. Ia merupakan pengalaman yang cukup mencabar . Melihat reaksi penonton juga memberikan kepuasan yang cukup memuaskan hati saya yang masih kerdil dalam dunia seni ini. Semoga platform Hero Remaja ini dapat membantu saya untuk terus menjadi anak seni pada masa hadapan.
Siapakah idola kamu dalam dunia teater?
Saya cukup mengagumi Namron, Fauziah Nawi dan Beto Kusairi. Mereka bertiga telah membutikan bahawa anak teater mampu sesuaikan diri dengan dunia lakonan glamor. Dan yang paling penting mereka kini dikenali seagai pelakon berkualiti yang memenangi pelbagai anugerah drama serta filem.
Jangan lupa untuk terus mengundi Razman Mahayuddin sebagai Hero Favourite di www.remaja.my/vote
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah lebih kurang tiga tahun menyulam cinta, finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry 27akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Najla. Berita ini bukan hanya memberi kejutan kepada peminatnya, malah rakan-rakan yang lain turut terkejut dengan khabar pertunangan personaliti ini.
Memilih majlis pertunangan di hari raya ketiga ketika PKPB masih dilaksanakan, Ikmal mempunyai alasannya yang tersendiri.
“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti. Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat,”
“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini. Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah. Hehe!”
“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelas Ikmal Amry.
Berita gembira ini turut dikongsi di laman instagram Ikmal Amry dan kelihatan ramai peminatnya seperti patah hati apabila mendengar khabar berita ini. Hiks!
“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima. Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini.
Ikmal juga menjelaskan jika tidak ada aral melintang, dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini. Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika situasi pandemik ini masih berleluasa, mungkin dia akan memikirkan untuk menundanya pada tahun hadapan.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ikmal Amry dan pasangan, Najla. Kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...