TikTok merupakan aplikasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada kita sudah memperluaskan ‘networking’ di laman media sosial ini pula.
Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang empat tahun, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu.
Tapi korang tahu tak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sudah mempunyai akaun TikTok? Ya, KKM sudah ada akaun TikTok @kkmputrajaya yang dibuka sebelum ini.
Dalam TikTok tersebut, banyak perkongsian bermanfaat mengenai kesihatan yang dikongsikan kepada semua pengikutnya. Malah paling berguna buat masa sekarang ialah korang juga boleh mengetahui sebarang perkembangan terkini COVID-19.
@kkmputrajayaStatus terkini ##covid19 di Malaysia, 16 Jun 2021. ##HealthCheck ##Vaccinatedfor ##LindungDiriLindungSemua♬ Too Sad To Cry – Lofi Sad – LoFi Hip Hop
Sementara itu, banyak juga tip kesihatan yang bagus dikongsikan.
@kkmputrajayaPetua kurangkan garam semasa memasak yang perlu anda tahu. ##HealthCheck ##gayahidupsihat ##healthyfood♬ Enjoying – Sandce
Rata-rata netizen menyokong usaha KKM mendekati warganet melalui aplikasi ini. Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita ‘follow’ TikTok KKM di @kkmputrajaya sekarang.
Alert! Ini Bakal Terjadi Pada Tubuh Badan Jika Berbuka Puasa Dengan Sebatang Rokok
Alhamdulillah, hari ini kita berada di hari ke-4 di bulan Ramadan. Biarpun baru berada dia awal Ramadan namun bagi perokok tegar, menahan lapar dan dahaga itu lebih senang untuk mereka hadapi berbanding dengan menahan diri daripada merokok.
Seharusnya puasa menjadi tempoh di mana korang yang merokok dapatlah kurangkan dengan seadanya. Atau sebenarnya inilah tempoh yang paling mujarab untuk perokok berhenti merokok.
Namun ada sesetengah orang yang bila dengar sahaja azan Maghrib dia terus menyalakan rokok. Kononnya sudah tidak tahan menahan rasa ingin merokok atau dalam bahasa kasarnya ketagihan nikotin.
Tapi ramai yang tidak sedar sebenarnya merokok saat berbuka puasa sebenarnya boleh mendatangkan mudarat. Ini 5 kesan bahaya merokok selepas berbuka puasa:
1. Radang paru-paru
Merokok dalam keadaan perut kosong meningkatkan risiko radang paru-paru. Kandungan nikotin yang diserap perut kosong adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding apabila perut sudah terisi dengan sebarang makanan.
Nikotin menjejaskan kesihatan badan seperti menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan deyutan jantung dan aliran darah ke jantung serta penyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.
2. Kurang oksigen
Setelah 12 jam menahan lapar dahaga, badan memerlukan nutrisi untuk menggantikan tenaga yang hilang.
Jika anda memilih untuk merokok apabila berbuka puasa dalam keadaan perut yang kosong, korang mungkin berdepan risiko bahaya merokok seperti mengalami mual, muntah, keletihan dan pening kepala.
Ini kerana kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan kekurangan oksigen yang akhirnya menyebabkan kelesuan dan pening kepala, dalam masa yang sama menurunkan fungsi otot dan jantung.
Gas beracun ini juga meningkatkan kadar kolesterol tidak sihat dalam darah. Semakin lama merokok, ia akhirnya akan mengakibatkan pembuluh darah anda mengeras dan menyempit, sekali gus mendedahkan risiko penyakit jantung dan strok.
3. Fungsi organ
Asap rokok yang mengandungi nikotin, karbon monoksida dan tar sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada badan seperti menjejaskan aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah.
Ini sekali gus mengakibatkan sel dalam badan perokok mengalami kekurangan oksigen yang menjadikan seseorang individu itu kurang efektif dan efisyen. Keletihan dan pening antara simptomnya.
4. Penyakit Crohn
Tabiat merokok meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit Crohn atau masalah berkaitan keradangan usus. Antara simptom yang mungkin berlaku adalah seperti pendarahan pada usus, sakit perut secara kerap dan berulang, dan cirit-birit.
5. Gangguan pencernaan
Bahaya merokok dalam keadaan perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan kandungan asid dalam perut meningkat dan bertindak balas.
Ia akhirnya akan menjejaskan proses pencernaan yang boleh menjadi antara punca utama mengapa seseorang individu yang merokok sejurus masuk waktu berbuka akan kehilangan selera.
Nasihat REMAJA, jauhilah rokok. Hayatilah bulan Ramadan dengan sebaiknya. Janganlah diikutkan nafsu semata-mata. Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada korang semua.
Sumber: Hello Doktor
Elak Duit Cepat Susut Dan Kekal Tenang, Ini 5 Amalan Wajib Dibuat!
Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.
Sebagai orang Islam, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ingatlah bahawa kita bukan hamba kepada duit.
Nak tahu caranya supaya hati kekal tenang, ikuti perkongsian oleh Md Azhari Daud.
5 Amalan Kena Buat
Tip 1
Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian iaitu untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat ataupun setiap hujung bulan.
Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya lakukan perniagaan dalam talian, duit keuntungan juga dibahagikan kepada 3. Duit modal jangan diusik kerana itu kegunaan untuk membeli barang perniagaan.
Tip 2
Sekiranya setiap hari sudah ada duit untuk simpanan, maka setiap hari perlu ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu.
Zaman sekarang mudah untuk lakukan pemindahan wang secara dalam talian. Semuanya di hujunga jari sahaja!
Lupakan duit simpanan itu. Tidak perlu kira berapa wang yang sudah disimpan. Simpan sahaja dan tutup mata.
Tip 3
Semasa keluarkan duit daripada dompet, tenangkan fikiran, senyum dan kepada yang Islam, iringi dengan bacaan ayat 54 daripada surah sad.
“Inna haza larizquna maalahu minnafad”
Bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis-habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya, hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.
Jadi, walaupun duit hanya tinggal 10 sen sahaja dalam dompet, hati dan minda kita tetap tenang.
Tip 4
Bila kita terima sahaja duit, masukkan terus ke dalam dompet diiringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.
Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Janji Allah, setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
Tip 5
Amalkan membaca Asmaul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan) 1,000 kali setiap hari atau sebanyak yang mampu.
Apabila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita menjadi tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
Jadi, apabila dompet kita kosong, kita masih mampu tersenyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Kuncinya apabila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.
Paling penting, tiang agama sentiasa ditegakkan, itu yang wajib.
Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.
“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit).”
Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.
Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan ini.
Wallahualam..
Sumber : Md Azhari Daud
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Belajar, Kerja Rajin-Rajin Dan…” -Nasihat Tan Sri Vincent Tan Buat Anak Muda
Siapa tidak kenal dengan usahawan dan jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan. Salah seorang figura yang berjaya dalam dunia perniagaan dan sentiasa menjadi penyuntik semangat mereka di luar sana untuk turut cemerlang sama seperti dirinya.
Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sifatnya sentiasa menunduk ke bumi dan tidak pernah mendongak ke langit walau sudah mencapai keselesaan dalam hidupnya.
ARTIKEL BERKAITAN : “Mengahwini Pasangan Yang Tepat, Kunci Kejayaan Para Usahawan” -Ameer Ali Mydin
Baru-baru ini, pelakon dan peserta Hero Remaja 2017/18, Harris Annuar berpeluang bertemu empat mata sendiri bersama ahli perniagaan ternama itu ketika merasai sendiri pengalaman menaiki yatch milik beliau.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Harris, dia sempat bertanya soalan mengenai kerjaya sepanjang kehidupan yang telah beliau kecapi.
“Tan Sri, I love your yatch! What do you do for living?” tanya anak lelaki kepada usahawan popular, Zaiton Hassan atau Kak Ton.
Kongsi ringkas Vincent Tan, beliau menitipkan nasihat buat golongan muda agar belajar dengan tekun dan bekerja dengan rajin.
Selain itu, beliau turut berkata bersedekahlah semampu yang ada, bukan hanya menunggu kekayaan tiba baru mahu bersedekah.
“Kerjalah, saya kerja. Saya nak menitipkan nasihat buat orang muda, belajar rajin-rajin. Selepas belajar, kalau kerja itu mahulah kerja rajin juga,”
“Selepas dapat gaji dan berapa gaji pun tidak apalah, sedekahlah. Sedekah sedikit pun tidak mengapa.
“Bersedekah sikit-sikit walau belum kaya. Tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Okey?” Jawab beliau dengan penuh rendah diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Harris Annuar