Sejak kebelakangan ini tumpuan terhadap dunia sneakers telah menarik perhatian ramai. Walaupun ia bukanlah benda baru namun dengan beberapa kejadian yang berlaku dalam tempoh terdekat telah menyedarkan masyarakat umum tentang kegilaan yang dibawa oleh budaya sneakerhead. Dengan kisah bertumbuk kerana NMD Pharrell hinggalah kepada kisah tular Vans Pa’din.
Jenama-jenama seperti Adidas, Nike, Jordan, Vans, Converse dan sebagainya telah menguasai pasaran sneakers dan sering menjadi buruan peminatnya.
Dengan adanya permintaan tinggi maka di situlah wujud perniagaan resale. Kalau diperhatikan ia kini sudah menjadi antara industri barun yang semakin popular terutamanya di kalangan peniaga online, khususnya di Facebook dan Instagram.
Remaja ingin kongsikan 10 jenis kasut yang mempunyai nilai resale
tinggi berbanding harga asalnya. Jom kita sama-sama lihat sneaker apakah yang dianggap sebagai ‘grails‘ buat sneakerhead terkini.Sneakers yang menjadi buran utama sekarang ini biasanya melibatkan kolaborasi jenama atau selebriti terkenal. Ini bolehlah dikatakan kolaborasi luarb biasa kerana melibatkan tiga nama serta satu silhoutte kasut yang menjadi kegilaan ramai dalam 2 tahun kebelakangan ini.
Dengan nama Chanel, Pharrell dan adidas sudah cukup membuatkan ia cukup eksklusif. Apatah lagi dikatakan dengan hanya 500 pasang sahaja dikeluarkan.
Harga asal: USD1,180
Harga pasaran: USD11,000 (RM44,943)
Virgil Abloh dengan jenama hi-end streetwear, Off-White ternyata mempunyai aura cukup luar biasa. Kepercayaan Nike diberikan kepadanya untuk dia berikan sentuhan tersendiri terhadap 10 jenis kasut menghasilakn satu karya cukup hebat.
Sebagai salah satu daripada koleksi ‘The Ten’, Jordan 1 Retro High Off-White Chicago menjadi rebutan ramai. Dengan colorway OG serta sentuhan Virgil, ia memberikan nafas baru kepada ikon sneakers
yang cukup penting.
Harga asal: USD190
Kasut ini antara pertama yang akan ‘pop up’ dalam minda penulis bila orang sebut harga mahal macam kena jual buah pinggang. Nike Air Mag 2016 merupakan revolusi teknologi auto lacing yang diketengahkan oleh Nike. Pernah menonton filem ‘Back To The Future 2’?
Ya, inilah kasut yang dihasilkan daripada imaginasi filem tersebut. Apa yang menarik, kasut ini hanya ditawarkan menerusi cabutan tiket berharga USD10 sahaja dan ia hanya dikeluarkan 89 pasang sahaja. Kesemua kutipan tersebut kemudian disalurkan kepada J.Fox Foundation for Parkinson’s Research.
Harga asal: NA (raffle tiket USD10)
Harga pasaran: USD26,000 (RM106,248)
Dalam tempoh beberapa dekad ini jenama Jordan sentiasa meniti di bibir penggemar sneakers. Sebagai contoh Jordan 12 ‘Flu Game’ yang bertandatangan Michael Jordan pernah dijual sehingga USD100 ribu.
Kolaborasi bersama DJ Khaled, produser/DJ/rapper telah mengahsilkan sneaker merah yang cukup cantik. Beberapa bulan selepas ia dikeluarkan, harganya melambung tinggi!Yang menariknya, ia hanya boleh didapati dengan membeli albumnya Grateful dan melayakkan mereka untuk menyertai peraduan.
Harga asal: NA
Harga pasaran: USD25,000 (RM102,165)
Sebuah lagi jenama streetwear berpengaruh yang dikepalai oleh A$AP Bari, VLONE diberi kepercayaan oleh Nike. Kali ini mereka tampil dengan silhoutte Air Force One. Ini merupakan edisi kedua selepas sebelum ini muncul dengan low-cut Air Force 1 yang kini dijual dipasaran melebihi USD1000.
Bagaimana pula dengan edisi ini? This is so limited! Dengan hanya 100 pasang sahaja dihasilkan dan boleh didapati dengan raffle di Nike Paris tidak hairanlah ia mempunyai nilai jual semula cukup tinggi!
Harga asal: NA
Harga pasaran: USD8,000 (RM32,686)