Beg Sampah Harga RM7 Ribu? Jenama Balenciaga Je Mampu Jual

Share

Ada duit semua boleh jadi.

Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berminat. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.

ARTIKEL BERKAITAN : 5 Brand Pakaian Termahal di Dunia, Salah Satunya Pemilik Tudung Tempatan

Terkini, jenama terkemuka Balenciaga memperkenalkan beg kantung menyerupai plastik sampah di koleksi musim gugur dan musim sejuk 2022 yang diadakan pada minggu fesyen di Paris.

Balenciaga juga mengesahkan bahawa reka bentuk produk kontroversi itu sememangnya diilhamkan dari plastik sampah. – Foto YouTube

Beg kantung tersebut diperbuat daripada kulit lembu dan didatangi dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan putih.

Tambahan lagi, logo jenama Balenciaga juga dicetak secara halus di bahagian hadapan beg tersebut.

Mengikut laman web rasmi Balenciaga, beg diberi nama sebagai The Trash Pouch itu dijual pada harga lebih kurang RM7 ribu ($1,790).

Pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia menyatakan secara ringkas pilihannya untuk mengeluarkan koleksi beg sampah mewah itu adalah kerana tidak ingin melepaskan peluang membuat beg sampah paling mahal di dunia.

Menurutnya lagi, skandal dunia fesyen adalah topik kesukaan peminat fesyen dan sudah pastinya akan menarik perhatian lebih ramai orang.

Hokay, kumpul duit banyak-banyak. Mana tahu bila dah kaya nanti boleh la jadi orang pertama di Malaysia memiliki beg sampah termahal ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana