Semalam, pembelian nombor UNIK ID BSN untuk pembelian pin UPU bagi permohonan ke UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA telah pun dibuka.
Bagi pelajar lepas SPM dan STPM, jangan lupa mendapatkannya di Bank Simpanan Nasional berdekatan kerana tanpa nombor pin ini, kemasukan anda ke mana-mana universiti, politeknik dan sebagainya tak akan dapat dilakukan langsung. Ini kerana semua senarai calon yang mahu memohon kemasukan ke universiti dan setaraf dengannya perlu membeli nombor pin ini.
Demi memudahkan semua pelajar membeli nombor pin ini, jika dahulu nombor pin hanya boleh dibeli di kaunter sahaja tetapi kini sudah ada cara lebih mudah dan tak perlu beratur lagi. Caranya ialah menggunakan kad bank Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO dan buat di mesin auto teller BSN sahaja. Lebih mudah dan praktikalkan.
Menurut laman web after school.my terdapat dua cara pembelian yang boleh dilakukan. Mungkin ini dapat membantu adik-adik yang bakal ke universiti mengikutinya.
Ini dua cara pembelian nombor pin UPU.
PEMBELIAN DI KAUNTER BSN SEMUA CAWANGAN SELURUH NEGARA
Ads
Anda boleh terus sahaja ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat untuk membuat pembelian. Terus sahaja ke kaunter pertanyaan dan maklumkan kepada pegawai atau mungkin polis bantuan yang ditugaskan. Pegawai yang berkenaan akan membantu menunjukkan borang yang betul untuk pembelian. Harga nombor pin adalah RM 16.40 untuk kedua-dua kategori iaitu SPM/SETARAF dan STPM/SETARAF. Sila KLIK DISINI untuk melihat panduan lengkap mengisi borang bagi pembelian nombor PIN seperti gambar yang kami kongsikan di bawah.
PEMBELIAN VIA ATM MESIN
Ads
Pembelian melalui ATM adalah menggunakan Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO (jika anda tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah yang pertama iaitu membuat pembelian melalui kaunter). Berikut adalah caranya :
Masukkan Kad dan No Pin
Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
Pilih Jenis Program : LEPASAN SPM/SETARAF atau LEPASAN STPM/SETARAF
Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
‘YA’untuk meneruskan urusan
Semak Maklumat
Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan
Bagi kami cara paling mudah adalah cara yang kedua kerana anda tidak perlu beratur untuk membuat pembelian melalui kaunter. Sebagai peringatan, tarikh akhir pembelian nombor PIN adalah pada 9 APRIL 2018. Jadi jangan ada yang terlepas tarikh berkenaan. Pembelian selepas daripada tarikh berkenaan TIDAK AKAN DILAYAN. Diharapkan perkongsian ini membantu dan Semoga berjaya!.
Dalam pada itu, laman web ini turut memuat naik e-book yang boleh menjadi panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM dalam mengisi borang. Maklumlahkan, masa depan sangat penting, jadi e-book ini boleh menjadi panduan terbaik untuk para pelajar yang bakal melangkah ke alam lebih dewasa.
Ads
Memandangkan ramai yang masih kurang menyedari akan pembaharuan terkini dalam permohonan UPU 2018/2019, tidak kira lah sama ada pemohon lepasan SPM/Setaraf atau pun STPM/Setaraf. Kami di afterschool, mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah e-book Panduan Permohonan UPU 2018/2019 secara PERCUMA kepada anda semua. Semua info yang anda WAJIB tahu dikongsikan selengkapnya, anda boleh KLIK MUAT TURUN dibawah untuk mendapatkan e-book panduan permohonan UPU ini :
Oleh itu, untuk mendapatkan INFO LENGKAP permohonan UPU ini, kami nasihatkan anda untuk terus memuat turun secara PERCUMA. Selain panduan permohonan, kami turut kongsikan pelbagai tip penting untuk anda berjaya dalam permohonan. Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan seterusnya berjaya ditawarkan ke program pengajian pilihan masing-masing.
Suka diingatkan juga, walaupun anda memiliki keputusan yang baik berbanding rakan anda, sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan, permohonan anda akan ditolak. Jadi sentiasalah beringat dan MUAT TURUN PERCUMA E-BOOK UPU yang dikongsikan ini sebagai panduan lengkap permohonan.
Bukan selalu filem Thailand dibawa untuk tayangan di negara kita. Kebiasaan yang dibawa masuk pastinya mencapai tahap box office di negara mereka. Begitu juga dengan Bad Genius, filem yang meraih tahap box office hanya dalam masa dua minggu pertama dengan kutipan lebih THB100 juta. Ia sekali gus menjadikannya sebagai filem terlaris di Thailand setakat ini buat tahun 2017.
Sebelum melangkah kaki ke dalam panggung wayang untuk menonton Bad Genius, harapan yang diletakkan untuk filem ini tidaklah terlalu tinggi. Dalam fikiran, ia mungkin sebuah lagi nashkah karya Thailand yang memaparkan kisah cinta remaja di zaman persekolahan yang berdepan dengan pelbagai cabaran tipikal; hubungan, pelajaran, persahabatan dan keluarga.
Namun sangkaan itu jauh meleset sama sekali. Karya arahan Nattawut Poonpiriya ini cukup ‘licik’ mengetengahkan plot utamanya dan plot sampingan yang disempurnakan oleh barisan pelakon muda yang cukup berbakat. Secara halusnya Bad Genius turut membawa premis perbezaan kelas di antara golongan kaya serta berpengaruh dan juga golongan bawahan yang cukup struggle demi mendapatkan pendidikan terbaik.
Bad Genius membawa kita menelusuri kehidupan Lynn, seorang pelajar genius yang datang dari sebuah tidaklah berapa senang. Dia diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan berjaya mendapatkan biasiswa. Kerja keras bapanya membawa Lynn mendapatkan pendidikan terbaik tercapai, namun segalanya tidak semudah itu.
Sebagai seorang pelajar yang genius Lynn sentiasa mencatatkan keputusan cemerlang. Namun ia berbeza dengan rakan-rakannya yang tidak berapa pandai tetapi memiliki kesenangan hidup; datang dari famili yang kaya. Rakan baiknya, Grace berdepan kesukaran untuk belajar dan berdepan dengan peperiksaan. Atas dasar kasihan, Lynn mula memberikan jawapan untuk Grace menirunya semasa peperiksaan. Dan ituklah detik permulaan di mana Lynn menyedari kemahirannya boleh digunakan untuk dia mendapatkan wang, sekali gus fikirnya; dapat meringankan beban bapanya.
Bermula dari seorang hinggalah menjadi besar, ‘klien’ Lynn diajar olehnya untuk belajar bahasa isyarat dengan gerakan jari nota piano. Dari situ, Lyn tidak menoleh ke belakang lagi sehinggalan dia sanggup terbang ke luar negara bagi membantu rakan-rakannya lulus peperiksaan kemasukan universiti antarabangsa dikenali sebagai STIC.
Apa yang menarik perhatian Remaja ialah kebolehan lakonan pelakon utamanya, Chutimon Chuengcharoensukying menggalas yang cukup hidup melakonkan karakter Lynn. Yang membuatkan kami cukup kagum lagi, ini merupakan filem pertama lakonannya yang sebelum ini bergelar sebagai peragawati/model terkenal di Thailand.
Bad Genius merupakan filem antarabangsa yang terbaik kami tonton sepanjang 2017! Go watch it now!
Rating – 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika benar apa yang diperkatakan, perumpamaan jangan menilai sebiji buku hanya dari kulitnya.
Perumpamaan ini sesuai ditujukan buat para pekerja yang memilih ‘bulu’ dalam melayani pelanggan yang berkunjung ke sesetengah premis jual beli barangan berjenama.
Isu ini bukan seorang dua yang pernah mengalaminya, baru-baru ini, tular di laman sosial penyanyi Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk yang diterimanya daripada pekerja dari premis Machine di KLCC.
Memetik perkongsian video yang dimuat naik oleh @yanaothmannn di laman TikToknya, Bunga memaklumkan dia telah pergi ke premis tersebut untuk bertanya mengenai adapter yang ingin dibeli boleh digunakan pada telefon bimbit serta iPad jenama Apple kepada seorang pekerja.
Namun, pekerja tersebut memberi jawapan yang tidak sewajarnya kepada Bunga memandangkan pada ketika itu dia hanya memakai pakaian biasa iaitu t-shirt serta sweatpants biasa apabila memasuki premis itu.
Katanya lagi, dia menggunakan nada suara yang sopan ketika berurusan bersama pekerja tersebut namun, pekerja itu masih tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Bunga sebagai seorang pelanggan.
Susulan kejadian itu, penyanyi kelahiran Perak itu berharap agar pekerja di luar sana memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan yang datang tanpa menghakimi seseorang daripada luaran sahaja.
Netizen turut berkongsi pengalaman yang sama
Sementara itu, rata-rata netizen turut mendedahkan mereka juga mengalami pengalaman yang sama ketika membeli peralatan elektronik di premis tersebut.
Hmm…Respect each other okey! Korang pernah tak alami pengalaman sebegini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Media Hiburan antara majalah hiburan tanah air yang telah lama bertapak dalam industri penerbitan bagi merungkai gossip-gosip selebriti dalam dan luar negara. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama Media Hiburan masih lagi gah menerusi versi digital.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen dengan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini.
Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Mesti best kan? Mungkin juga selebriti jemputan ini nak berkongsi rahsia mereka kan?
Dihoskan oleh Radin, jangan lepaskan peluang untuk menonton Media Hiburan Throwback yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...