Banjir besar yang melanda beberapa negeri ini sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Ada Cara ‘Urus’ Al-Quran Yang Rosak Akibat Banjir, Jangan Dibuang Merata Tempat
Sumber Gambar : Harian Metro

Tentu sahaja dalam kesukaran mangsa-mangsa banjir menghadapi dugaan ini, nyawa yang terkorban, binatang ternakan,  banyak harta benda mereka habis rosak dan termasuklah  kitab suci Al-Quran yang rosak berikutan kediaman serta harta benda mereka musnah ditenggelami air.

Dipetik dari Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan ada beberapa cara pelupusan yang boleh dilakukan mengikut syariat Islam.

Rendam dalam air

“Dakwat Al-Quran yang digunakan tidak kekal. Jadi, apabila direndam dalam air, tulisan ayat Al-Quran itu boleh tanggal.

Kertas muka surat juga akan musnah secara semula jadi melalui kaedah ini.

Ads

Cara pembakaran

Pembakaran yang menjamin kehormatan Al-Quran agar tidak dicemari. Antaranya ialah tempat pembakaran itu tertutup dan abunya tidak diterbangkan oleh angin.

 

Ads

“Kemudian, cara sesetengah pihak membentuk abu Al-Quran menjadi kiub-kiub kecil dan dibawa ke laut untuk ditenggelamkan juga boleh dilaksanakannya.

Satu lagi kaedah yang banyak diamalkan pada hari ini adalah membakar helaian kalam suci tersebut.

“Sebelum dibakar, helaian Al-Quran dipotong halus agar dapat dibakar hangus hingga menjadi abu. Abu itu kemudiannya ditenggelamkan di dasar laut. Bila abu masuk ke dalam air, ia akan larut. Maka, tiada isu orang hendak terlangkah dan sebagainya,” jelas Datuk Mohamad Shukri Mohamad lebih lanjut.

Menurut pendakwah Ustaz Hadi Talhah, pelupusan Al-Quran wajib berpandukan syarak.

Ads

“Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Maka, sebab itu kalau ada Al-Quran yang sudah rosak atau koyak atau reput, ia perlu dilupuskan dengan cara yang betul. Ia bagi memastikan kalam suci itu tidak dibiar begitu sahaja atau dilangkah atau diletak di tempat yang tidak sepatutnya.

“Sebab itulah Al-quran dilupuskan dengan cara dibakar dan abunya dibuang ke laut,” terangnya.

Semoga penjelasan di atas terang dan mudah difahami dan semoga dipermudahkan mangsa-mangsa banjir dengan apa yang sedang dilalui.

BACA LAGI : Saintis Dakwa Fenomena Hujan Di Greenland Petanda Buruk. Bakal Tenggelamkan Beberapa Bandar Besar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Sinar Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI