Wah, gembiralah peminat game di Malaysia.
Sekiranya korang selalu berkunjung ke kedai serbaneka 7-Eleven, pastinya korang pernah perasan dengan kehadiran satu blok rak yang menempatkan pelbagai ‘Gift Card’ yang boleh dibeli untuk diri sendiri ataupun diberikan sebagai hadiah kepada seseorang yang bertuah.
Pengalaman penulis ketika berkunjung ke Australia kira-kira tiga tahun lalu telah menemukan penulis dengan rak seakan ini buat kali pertama. Kira, jakunlah sedikit pada waktu itu.
Kini, kedai serbaneka di Malaysia seperti 7-Eleven juga sudah mula menyediakan pelbagai jenis gift card yang boleh korang miliki. Contoh gift card popular adalah seperti Google Play, Spotify Premium, PlayStation Plus, PlayStation Store, Netflix dan lain-lain.
Terbaru, peminat permainan digital boleh mendapatkan gift card bagi ‘membeli’ Robux, iaitu mata wang virtual Roblox. Ia juga dikenali sebagai langganan premium Roblox.
Gift card jenis wallet top-up ini kini ada dijual di 7-Eleven pada harga RM50 atau RM125, lalu membuatkannya sebagai hadiah mampu milik kepada mana-mana peminat Roblox.
Untuk pengetahuan, Roblox telah bertambah popular di seluruh dunia. Ia merupakan platform permainan atas talian yang mengumpulkan berpuluh juta pengguna dalam komuniti digital Roblox.
Sehingga kini, terdapat lebih 8 juta pencipta permainan digital ataupun creator di dalamnya tau! Cakap sajalah permainan jenis apa yang korang mahukan; seperti muzikal, fesyen, perlumbaan, role-play, simulasi, obstacle course dan bermacam-macam lagi. Mesti ada punya.
Tentunya dengan pengenalan item baharu ini di stor 7-Eleven seluruh negara, generasi Millennial tidak perlu lagi berasa ‘cemburu’ dengan peminat game
dari negara lain yang berpeluang untuk membeli Roblox terlebih dahulu sejak ia diperkenalkan.Korang boleh mendapatkannya seccara online atau di stor fizikal.