Ada Kelewatan Bayar & Tunggakan Pinjaman Bank? Sila Check Korang Mungkin Tak Layak Secara Automatik Moratorium

Share

Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit selama 6 bulan sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.

Masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April akan datang mungkin mengakibatkan lebih banyak peniaga-peniaga kecil dan mereka yang bergaji hari tidak mampu membayar semula pinjaman sedia ada.

Mungkin ada yang sudah faham akan penangguhan ini malah ramai mereka yang pakar dalam ekonomi menyarankan peminjam mengambil peluang yang diberikan ini terutama melibatkan pinjaman perumahan dan kereta. Tapi bagi hutang kad kredit, pengguna digalakkan terus membuat bayaran kerana kadar faedahnya agak tinggi jika tidak dijelaskan.

Pasti di antara kita berasa yakin bahawa tidak perlu membayar selama enam bulan. Namun penjelasan dari peguam ini, Nor Zabetha boleh dijadikan panduan bahawa kita mungkin antara yang tidak layak secara automatik Monatorium jika ada hutang tertunggak.Bukan tak bayar, tapi mungkin hutang terlewat bayar atau hutang-hutang kecil tanpa kita sedar. Lebih baik menelefon pihak bank untuk dapatkan status mengenai pinjaman masing-masing kerana itu lebih baik dari dikenakan sebarang panalti di atas salah faham ini.

Peguam Nor Zabetha berkongsi mengenai penangguhan moratorium agar lebih ramai peminjam tahu di mana mereka perlu hubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum tidak membayarnya selama 6 bulan.

Bacalah perkongsian beliau mengenai isu ini.

Kalau anda ada tunggakan puluhan ringgit dengan bank pun memungkinkan anda tidak layak untuk Moratorium secara automatik- ini perbualan antara sahabat saya dengan salah satu bank.

Tolong kongsikan yang ini untuk meringankan beban hutang yang lain-lain, sebab ramai yang tidak tahu.

Tadi ada seorang sahabat sekolah saya yang prihatin. Dia hubungi Ambank, untuk mendapatkan pengesahan tentang syarat-syarat automatik Moratorium. Masih perlu isi borang atau prosedur lain untuk kita pohon?

Jawab pegawai yang dihubungi, pemohon tidak perlu mengisi apa-apa borang tetapi anda perlu betul-betul pastikan tiada tungakkan tidak melebihi 90 hari. Pastikan mematuhi terma dan syarat iaitu tunggakan tidak boleh melebihi 90 hari sebelum 1/4/2020.

Jadi apa maksud tunggakan ini? Kita tidak bayar sebulankah? Kata pegawai itu, kadang-kadang kita ini terlalu yakin tak ada tunggakan. Sebenarnya ada tunggakan contohnya RM34 yang tidak dibayar sebelum 1/4/2020.

Kita yakin telah bayar tiap-tiap bulan, tidak mungkin ada tunggakan ini. Mustahil. Jadi mana datang tunggakan ini.

Kadang-kadang mungkin kita tidak perasan terlewat sikit bayar bulan terdahulu, jadi ada penalti lewat bayar. Ada lebihan. Kadang-kadang kita tak perasan ada tunggakan puluhan ringgit sebab penyelarasan kadar BLR bagi pinjaman rumah.

Setiap bulan kita bayar jumlah hanya jumlah pinjaman. Cukup-cukup. Langsung tidak lebih. Jadi kita bayar tunggakan beberapa ringgit ini.

Ingat, bank juga mengalami kerugian dalam tempoh 6 bulan ini kerana selama 6 bulan, segala kutipan hutang tidak dibuat oleh peminjam. Tiada, yang dulunya bank aktif kalau sebulan tidak bayar pun dikejarnya kita secara panggilan telefon, secara SMS, secaea surat amaran.

INI PERBUALAN SAHABAT SAYA DENGAN AMBANK. MAKA SEMAKLAH DENGAN BANK MASING-MASING SUPAYA TIDAK ADA ISU BERBANGKIT. SEMAKLAH. KITA TERIKAT DENGAN TERMA DENGAN SYARAT. JADI KITA PATUHI MANA YANG PERLU. Kalau tiada isu tunggakan yang sedikit ini Alhamdulillah. Kalau ada isu sekurang-kurangnya kita bersedia.

Jadi tiba-tiba tiada kutipan pinjaman boleh dibuat. Maka mereka akan secara tegasnya menggunakan terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank negara iaitu TIADA TUNGGAKAN melebihi 90 hari. Masih juga tidak layak. Moratorium adalah berdasarkan terma dan syarat.

Maka kita dengan yakinnya, ingat tidak ada tunggakan dan dengan yakinnya menunggu untuk Moratorium secara Automatik sedangkan kita tidak layak. Jadi dalam keadaan terdesak ini kita mengharapkan pelepasan Moratorium tiba-tiba bank masih menuntut dari kita dalam 6 bukan ini.

Jadi semaklah akaun pinjaman masing-masing. Ada tunggakan atau tidak? BUAT BAYARAN TUNGGAKAN INI SEBELUM 1/4/2020 untuk memastikan anda layak. TINGGAL 3 HARI SAHAJA lagi. Jangan ambil konsep pukul rata, konon-konon anda layak dapat Moratorium.

Hendak hubungi bank mungkin ambil masa kerana kesesakan talian. Tapi jangan putus asa sebab sudah diberikan kemudahan tangguh faedah juga untuk bayaran hutang-hutang ini. Cuba kita minimakan perbelanjaan dalam situasi yang genting ini.

Kita simpan duit, kita jaga kewangan, kita susun atur kerana manalah tahu masalah Covid-19 ini tidak selesai beberapa bulan lagi. Kita pula entah ada kerja atau tidak. Entah kewangan kita stabil atau tidak untuk menampung keluarga. Buat persediaan.

Kongsikan status ini supaya ramai peka dan semoga tidak ambil mudah Moratorium automatik. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban hutang dan fokus pada perbelanjaan asas.

Published by
Almaswa Haji Che Ros