Sudah memasuki hari ke 45 kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohd Asyraf atau lebih dikenali sebagai Acap.
Biar masa semakin berlalu namun bagi ahli keluarganya, tiada istilah putus asa untuk menjejaki Acap sekaligus mengharapkan ramadan kali ini membawa sinar bahagia buat mereka yang sudah lama menantikan sebuah jawapan.
Semalam di hari kedua umat Islam berpuasa, di fb miliknya atas nama Denny Lang telah berkongsi berita buat pertama kalinya malah mengharapkan bahawa kelibat yang mundar mandir yang dirakam tanpa sengaja oleh dron adalah adiknya.
Baca perkongsian dibuat abangnya.
Salam Ramadhan Al Kareem. Sudah hari kedua kita menjalani ibadah puasa. Sedikit coretan pada misi tempoh hari.
Alam mistik terlalu sukar untuk kita fahami. Sebagai abang saya sebolehnya menolak sebarang kaitan entiti dalam isu ini.
Tetapi kuasa Allah bila dikata jadi maka jadilah. Dipertemukan dengan seribu satu kisah di bumi Gopeng merupakan satu ilmu baru bagi kami.
Sedia maklum soscmed ini bersifat terbuka. Ada netizen dari luar daerah juga ada kalangan dari penduduk tempatan bumi bertuah Gopeng.
Mungkin ada yang berasa kurang senang jika insiden ini membuka sesuatu rahsia atau perkara yang terlalu sensitif untuk mereka perkatakan.
Namun, percayalah..
Jauh di sudut hati saya. Tiadalah lain yang saya harap. Hanya kepulangan Acap sahaja menjadi fokus utama saya.
Apa sahaja petunjuk yang mungkin membawa kepada penemuan Acap terpaksa diambil kira.
Saya Tak Boleh Berhenti Disini. Maafkan saya.
Untuk pertama kalinya posting saya ada circle mark (bulat)
Jika kelibat ini benar adik saya Acap maka izinkanlah dia pulang.
Video rakaman secara tidak sengaja oleh unit dron SAR kami.