Kita sering mendengar ungkapan bahasa jiwa bangsa dan bahasa yang sopan mengangkat tamadun bangsa. Tapi sedih dewasa ni, bahasa melayu sering dipandang remeh dan menjadi bahasa kedua terutama di kalangan remaja masa kini.
Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, ciapan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah baru-baru ni berkaitan bahasa melayu menarik perhatian dan reaksi netizen.
Baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong. Terbaru baginda sempat membuat ciapan yang menyatakan baginda ada kalanya berbahasa Malaysia dengan kurang betul baginda berasa malu. Namun jika salah berbahasa Inggeris baginda tidak malu kerana ia bukan bahasa ibunda kita.Baginda juga bangga menjadi anak Melayu.
Ciapan Permaisuri Agong ini walaupun simple tapi punya makna yang amat besar buat kita semua.
ada masa bahasa malaysia saya kurang betul dan saya malu , tetapi kalau bahasa inggeris saya tdk betul.. sy tdk malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya …. saya anak Melayu !
— azizah iskandar (@cheminahsayang) October 8, 2019
"Ada masa bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau bahasa inggeris saya tidak betul..Saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya..
Saya anak melayu!".
Ya memang ada benarnya apa yang dikatakan oleh Permaisuri Agong ini, Lihat saja, penggunaan bahasa yang kotor, kesat dan jijik sudah banyak membanjiri media sosial. Begitu juga penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa, memperkenalkan kosa kata baharu, ungkapan baharu dan ejaan baharu yang kesemuanya boleh merosakkan bahasa dan merendahkan martabat diri penuturnya.
Ramai pengguna twitter membalas yang mereka menyukai cara baginda membalas isu-isu ini dengan caranya yang tersendiri. Memang ramah dan berjiwa rakyat la Permaisuri Agong kita ni!
So kita tak perlu la malu kalau tak pandai cakap Inggeris eh. Permaisuri pun suka cakap bahasa Melayu. Konsep Akal Budi Melayu harus dididik dan ditanam dalam diri anak-anak muda agar penggunaan bahasa Melayu itu jelas mencerminkan tamadun yang tinggi. Benarlah ‘bahasa jiwa bangsa’.