Setelah sebulan wabak yang dikenal pasti menular dari China pada 31 Disember lalu dipanggil sebagai Coronavirus, kini secara rasminya ia mempunyai nama saintifik.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan nama rasmi yang dipilih ialah Covid-19.
Ia adalah singkatan untuk Co (Corona) Vi (Virus) dan D-19 untuk penyakit.
Nama rasmi itu diperkenalkan bagi mengelak sebarang rujukan lokasi (Wuhan), spesies haiwan (haiwan liar seperti ular, tikus dan kelawar) atau sekumpulan orang (warganegara China) apabila berita mengenai Covid-19 disiarkan.
Sebelum ini, ramai yang keliru dan menggelar wabak ini sebagai ‘virus Wuhan’ atau ‘virus orang China’.
Di peringkat dunia pula, ada percanggahan nama yang digunakan sebelum ini. WHO menggelarnya 2019-nCoV manakala Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memanggil virus itu sebagai Novel Coronavirus Pneumonia (NCP)
Jadi selepas ini, semua orang boleh menggunakan satu nama je!
Sementara itu, Ketua WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka YAKIN untuk menemui beberapa pilihan vaksin untuk menentang Covid-19 sekaligus mengentikan wabak ini.
Semua pihak harus bersatu untuk menentang virus tersebut. Jika tidak, dunia bakal berhadapan dengan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang.
Sumber: AGENSI
Dr Kongsi Ambil Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Kanser Payudara
Ramai antara kira mempercayai pengambilan telur boleh meningkatkan paras kolesterol dan lemak tepu. Maka ramai yang menghindarinya tanpa menyedari telur sebenarnya baik untuk pengambilan harian kerana sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu ¼ dari keperluan hariannya.
Perkongsian maklumat dari Doktor Norman Norawi mengenai khasiat telur mampu membuatkan kita memahami betapa pentingnya pengambilan makanan ini dalam kesihatan kita. Baca perkongsiannya.
Pendapat yang mengatakan perlu mengawal pengambilan telur kerana ia tinggi kolesterol & lemak tepu adalah pendapat yang ketinggalan zaman.
Sebiji telur mengandungi lebih kurang 113mg Choline iaitu 1/4 dari keperluan hariannya.
Telur adalah makanan yang sangat baik kerana kandungan lecithinnya akan menjadi Choline dalam hati dan kuning telurlah yang mengandungi lecithin ini.
Choline adalah bahan yang akan menjadi ‘Phosphatidylcholine’ iaitu sejenis molekul lemak iaitu sejenis fosfolipid. Ia sangat penting untuk kesihatan hati kita.
Apabila kita kekurangan Choline maka hati tidak dapat mengeluarkan lemak dari dalam hati yang akan menyebabkan masalah hati berlemak (Fatty Liver )
Kajian menunjukkan pengambilan Choline yang secukupnya akan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Kajian juga menunjukkan ia juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara sehingga 24%.
Choline mempunyai beberapa fungsi iaitu…
- fungsi isyarat antara sel-sel dengan menghasilkan bahan isyarat antara sel-sel (cell messaging compound )
- struktur utama sel-sel iaitu dinding atau membran sel
- pengangkutan lemak dalam darah dan metabolisme lemak ..choline di perlukan untuk mengangkut kolesterol dalam darah. …oleh kerana itu kekurangan Choline akan menyebabkan lemak berlebihan (obesiti) dan kolesterol tinggi
- penghasilan DNA dengan bantuan nutrien seperti asid folik & vitamin B 12
- kesihatan sistem saraf kerana Choline diperlukan untuk menghasilkan acetil Choline iaitu sejenis neurotransmitter untuk fungsi otot, jantung & memori..
Oleh kerana telur adalah sumber utama zat Choline ini dan dengan fungsi Choline yang banyak dalam tubuh…maka pengambilan telur secara kerap adalah sihat dan penting sekali..
Dalam pada itu, Dr Norman menjelaskan kajian terbaru tahun 2015 yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan pengambilan telur yang banyak sehingga 12 biji seminggu dibandingkan dengan seseorang yang makan 2 biji telur seminggu tidak menunjukkan sebarang perbezaan dari segi paras Total kolesterol, LDL, Triglycerides dan paras glukosa darah.
Oleh itu saintis merumuskan bahawa pendapat yang mengatakan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol meningkatkan paras kolesterol adalah TIDAK BENAR …
Takut makan telur kerana KONONNYA ia meningkatkan paras kolesterol adalah tidak berasas sama sekali dan bukanlah satu fakta saintifik. Punca sebenar kolesterol tinggi adalah karbohidrat halus (Refine Carbohydrates) seperti GULA dan makanan daripada tepung gandum.
Amalkan memakan telur setiap hari. ..insyaallah
Penat Hadap Jerawat & Kulit Berminyak? Cuba Dermalogica Clear Start, Hasilnya..
Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat.
Bintik-bintik merah pada wajah sentiasa menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan. Apabila muka mula ditumbuhi jumlah jerawat keterlaluan, ia secara tidak langsung akan membuat keyakinan diri berkurangan.
Rasa stres juga bertambah apabila sudah pelbagai produk digunakan, pelbagai petua dicuba namun masalah tetap tidak hilang.
Ramai di kalangan kita berfikir cara mudah menyelesaikan masalah jerawat adalah dengan hanya mencuci muka. Walaupun mencuci muka dapat mengurangkan jerawat, ia bukanlah penyelesaian sempurna bagi masalah ini.
Justeru, kami ingin berkongsi cara memerangi jerawat dan kulit berminyak dengan jenama Dermalogica.
Koleksi Clear Start oleh Dermalogica merupakan koleksi beberapa produk yang diyakini mampu merawat masalah kulit wajah yang ketara seawal remaja.
Dengan formula yang bersesuaian dengan kulit sensitif, setiap pemakaiannya menghasilkan keputusan yang luar biasa dan bersifat multitasking. Setiap kandungannya juga berasaskan botanikal tanpa sebarang artificial wangian atau warna. Oleh itu, korang boleh mencubanya tanpa rasa takut atau was-was.
Koleksi Clear Start oleh Dermalogic juga didatangkan dengan kit mini Dermalogica Clear Start (edisi terhad).
Ketiga-tiga langkah rawatan kulit ini menawarkan rejim penjagaan kulit asas yang mudah untuk kita ikuti.
Breakout Clearing Foaming Wash diformulasikan dengan bahan-bahan yang melawan zit. Breakout Clearing Booster menyasarkan bakteria penyebab jerawat. Dan akhir sekali, Hydrating Lotion membantu menenangkan kulit yang rengsek dengan adanya pelembap bebas minyak.
Rangkaian Dermalogica ini juga hadir dengan beberapa lagi produk lain untuk kesan yang lebih efektif, seperti :
- Clearing Defense SPF 30
2. Dermalogica Breakout clearing booster
3. Dermalogica Clear Start Cooling Aqua Jelly
4. Dermalogica Clear Start Micro-Pore Mist
5. Dermalogica Clear Start Clearing Brightening Foam
6. Dermalogica Clear Start Blackhead Clearing Fizz Mask
Bukan hanya untuk remaja, Clear Start oleh Dermalogica juga sesuai digunakan semua golongan umur yang mempunyai masalah kulit berminyak. Harganya pun tidaklah membebankan para remaja dan sangat berbaloi dimiliki.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh lawati DI SINI.
GRAMMYs 2022 : V BTS, Finneas & Japanese Breakfast Unik Dengan ‘Bunga Gergasi’
Isi Kandungan
Toggle
AKHIRNYA, malam anugerah terbesar industri muzik antarabangsa kembali semula pada tahun ini. Sebelum anugerah Grammys 2022 bermula pada pagi Isnin lagi, platform media sosial telah gegak gempita dengan kehadiran penyanyi serta band kegemaran masing-masing di karpet merah yang terletak di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas.
Setelah sesi ini ditiadakan pada tahun lalu demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), nampaknya selebriti tahun ini seakan ingin ‘melepaskan gian’ untuk muncul secara kreatif dengan pilihan busana lain daripada yang lain.
Jujurnya, REMAJA merasakan ia mampu menjadi lebih meriah sekiranya beberapa calon popular pada hari ini seperti Ariana Grande dan Charli XCX melakukan kemunculan. Namun tanpa ketiadaan mereka berdua, tidak bermakna peminat tidak teruja.
Satu trend utama yang dapat kami lihat adalah aksesori bunga pada busana masing-masing. Sebaik sahaja kumpulan BTS melangkah ke karpet merah, mata terus terarah kepada pin bunga yang ada pada sut ahlinya yang berwarna putih, perang, coklat dan biru.
BTS
Paling ketara tentulah sut Kim Taehyung aka V BTS yang direka Louis Vuitton. Ia cukup menyerlah dengan brooch bunga 3 dimensi gergasi!
Penyanyi, Michelle Zauner atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Japanese Breakfast pula tampil unik dalam persalinan minidress Valentino serba kuning yang menggambarkan kelopak bunga.
Manakala, komposer dan penyanyi Finneas pula memilih brooch bunga lili sebagai aksesori sut lilac kedamnya.
JAPANESE BREAKFAST
FINNEAS
Persalinan Justin Bieber dan Billie Eilish; masing-masing dicalonkan untuk lapan dan tujuh kategori; pula mendapat komen bercampur-baur.
Ada yang menggemari risiko fesyen yang diambil mereka memandangkan busana oversized seperti ini sudah sebati daripada identiti mereka sebagai artis. Begitupun, bagi penonton yang tidak mengikut aliran trend fesyen terkini, mereka merasakan sut Balenciaga Justin dan gaun avant garde Billie rekaan Rick Owens itu tidak menepati citarasa mereka.
JUSTIN & HAILEY BEIBER
BILLIE EILISH
Sebilangan penyanyi kekal selesa dengan pereka fesyen kegemaran mereka di karpet merah Grammys. Salah seorangnya ialah Lady Gaga yang tampil dalam persalinan Armani. Jika korang masih ingat, Gaga pernah mencetuskan sensasi pada tahun 2010 apabila penyanyi Poker Face itu menyarungkan gaun unik berona lavender rekaan Armani.
LADY GAGA
DUA LIPA
Sementara itu, Dua Lipa juga kekal dengan gaun rekaan Versace di karpet merah Grammys. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut Versace menjadi pilihan utama Dua selepas tahun 2019 dan 2021
Seperti dijangka, rapper Lil Nas X hadir dengan memberikan impak ‘ekstra’ dalam persalinan Balmain yang diperbuat daripada hiasan mutiara. Ia menampilkan imej kupu-kupu pada bahagian dada, lengan dan belakang seakan memberi mesej mengenai projek nyanyian terbarunya.
LIL NAS X
Jadi, siapakah fesyenista kegemaran korang di karpet merah anugerah Grammys 2022? Kongsikan dalam bahagian komen okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.