Ada Nama Baru Untuk Coronavirus, WHO Kata Mungkin Ada Solusi

Share

 

Setelah sebulan wabak yang dikenal pasti menular dari China pada 31 Disember lalu dipanggil sebagai Coronavirus, kini secara rasminya ia mempunyai nama saintifik.

 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan nama rasmi yang dipilih ialah Covid-19.

Ia adalah singkatan untuk Co (Corona) Vi (Virus) dan D-19 untuk penyakit.

Nama rasmi itu diperkenalkan bagi mengelak sebarang rujukan lokasi (Wuhan), spesies haiwan (haiwan liar seperti ular, tikus dan kelawar) atau sekumpulan orang (warganegara China) apabila berita mengenai Covid-19 disiarkan.

Sebelum ini, ramai yang keliru dan menggelar wabak ini sebagai ‘virus Wuhan’ atau ‘virus orang China’.

Di peringkat dunia pula, ada percanggahan nama yang digunakan sebelum ini. WHO menggelarnya 2019-nCoV manakala Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memanggil virus itu sebagai Novel Coronavirus Pneumonia (NCP)

Jadi selepas ini, semua orang boleh menggunakan satu nama je!

Sementara itu, Ketua WHO iaitu Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka YAKIN untuk menemui beberapa pilihan vaksin untuk menentang Covid-19 sekaligus mengentikan wabak ini.

Semua pihak harus bersatu untuk menentang virus tersebut. Jika tidak, dunia bakal berhadapan dengan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang.

Sumber: AGENSI

 

Published by
FZ