Ada Part Yang Korang Akan Tutup Mata & Telinga, DreadOut Sebuah Lagi Filem Seram Indonesia

Share

Buat pertama kalinya Indonesia mengadaptasi permainan video ke layar perak dengan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Caitlin Halderman, Jefri Nichol, Marsha Aruan dan Ciccio Manassero.

DreadOut mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka disebuah bangunan terbiar dan memuat naik video di media sosial. Kumpulan remaja ini telah memasuki kawasan terlarang dan tanpa sengaja, seorang daripada mereka telah membaca mantra bahasa sunda kuno yang boleh membuka portal ke alam lain.

Filem ini cuba menonjolkan unsur-unsur yang terdapat seperti dalam permainan video DreadOut, salah satunya adalah dengan kehadiran perempuan berkebaya merah yang dilakonkan oleh Rima Melati Adams. Banyak lagi elemen sama yang berkait dengan game tersebut dan antaranya adalah logo ular yang berbentuk segitiga dan kelibat hantu pocong yang muncul dalam filem ini.

Permulaan cerita sedikit perlahan mungkin kerana watak yang ada agak ramai dan pengarah mahu mengembangkan setiap karakter kumpulan remaja ini. Perlahan-lahan ia membawa penonton menyelusuri pengembaraan mereka ke alam maya.

Lakonan Linda (Caitlin Halderman), selaku watak utama juga boleh dianggap sebagai ‘hero’ dalam filem ini harus dipuji kerana peranannya dalam filem ini amat besar dan menjadi tunjang utama kepada setiap jalan cerita.

Bukan hanya kisah seram semata-mata, korang juga bakal melihat nilai setia kawan yang ada dalam kumpulan remaja ini. Buktinya, apabila ada kawan yang terperangkap di alam maya, seboleh-bolehnya mereka ingin menyelamatkan kawan-kawan yang lain tanpa ada timbul rasa pentingkan diri sendiri.

Watak Erik, Jessica, Beni, Dian dan Alex menguatkan lagi plot cerita dengan perbezaan karakter masing-masing. Selain daripada teman sekolah mereka, tak pasal-pasal pak guard bangunan tersebut pun menjadi mangsa.

Unsur humor yang diselitkan juga mampu membuatkan penonton tertawa dengan scene-scene yang agak menghiburkan. Jadi, korang tak hanya rasa takut malah turut terhibur dengan setiap aksi yang dipaparkan dalam filem DreadOut ini.

Nah, tak perlulah korang nak bercakap soal di mana logiknya filem ini kerana ia memang mengikut sepenuhnya konsep permainan vidieo yang popular di Indonesia.

Ada part yang akan buat korang tutup telinga, tutup mata. So, kalau nak tahu macam mana seramnya filem ini, apa kata korang saksikan sendiri DreadOut yang bakal ditayangkan pada 18 April ini di seluruh pawagam tanah air.

Pssttt, pssttt.. Jangan sampai korang termimpi-mimpi pulak makcik berkebaya merah tu. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman