Siapa je yang tak ingat lirik lagu ikonik berkaitan dengan kemerdekaan negara kita ni kan? Masa sekolah dahulu 11 tahun kena nyanyi
Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, stesen MRT Merdeka ada buat satu paparan dinding khas yang dipanggil ‘pit stop’ buat semua warganegara Malaysia.
Menerusi perkongsian foto di Twitter @MyrapidKL, paparan dinding tersebut dipenuhi dengan rukun negara yang memang awesome habis!
Ads
Stesen Merdeka merupakan ‘pit stop’ menarik buat anda kerana ianya direka khas sempena peristiwa 31 Ogos 1957.
Marlizanmusti, Polis Bantuan Prasarana berkata, masih ramai yang tidak menghafal rukun negara, apatah lagi untuk memahaminya. pic.twitter.com/lDYV11hQbn
Jadi dengan paparan dinding di Stesen MRT Merdeka ini, diharap dapat mengingatkan kembali rakyat Malaysia tentang Hari Kemerdekaan dan juga Rukun Negara. pic.twitter.com/wlpPxIcZeX
“Buka, tutup, buka tutup itulah keadaan pawagan di musim pandemik ini….”
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini.
Sumber Gambar : Harian Metro
Selain daripada itu, Selain itu, antara aktiviti di dalam sektor pelancongan yang dibenarkan adalah seperti lawatan ke zoo, farm, akuarium taman rekreasi, ekstrem,adventure park, muzium, galeri seni, taman tema, pusat hiburan keluarga serta lain-lain aktiviti lagi dibenarkan.
Rentetan daripada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bahawa operasi pawagam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlius keselamatan Negara (MKN)…”
Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi selepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu.
Weh lamanya penulis rasa tak masuk panggung wayang ni. So, jom siapa nak belanja ni….hiks
Itulah yang terjadi kepada pelakon Korea yang semakin meningkat naik, Shin Seung Ho apabila peminatnya berjaya mengorek semula kerjaya asalnya sebelum bakatnya diasah oleh industri seni hiburan di sana.
Siapa sangka, Seung Ho, 27 pernah bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan ataupun ‘bodyguard’, satu masa dahulu!
Pada asalnya, Seung Ho pernah meraih perhatian sebagai seorang pemain bola sepak dan terkenal dengan kelebihan skilnya.
Bagaimanapun, ‘jodoh’ si kacak ini dalam bidang sukan tidak kekal lama apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti lalu memulakan kerja sambilan sebagai seorang pengawal keselamatan.
Hendak dijadikan cerita, Seung Ho pernah ditugaskan menjadi pengawal keselamatan di acara perjumpaan kumpulan gadis K-pop, Red Velvet (fan signing) bersama peminat mereka. Menerusi beberapa foto yang kembali dimuat naik oleh peminat Seung Ho, dia kelihatan sedang memerhatikan pergerakan ahli kumpulan itu dari belakang.
Siapa sangka, rezeki Seung Ho untuk berkecimpung dalam bidang lakonan dipermudahkan dan dia kembali bertemu dengan salah seorang ahli kumpulan Red Velvet, Irene. Namun kali ini bukan sebagai pengawal keselamatan tau! Sebaliknya, mereka digandingkan menerusi filem berjudul Double Patty Pada tahun 2021 sebagai pasangan utama.
Ternyata, rezeki tidak pernah salah alamat dan Seung Ho telahpun membuktikannya.
Wah! Siapa sangka, bukan? Sebab itulah, jangan pernah sesekali mempertikaikan kemampuan ataupun potensi diri korang. Dari seorang pengawal peribadi, Seung ho semakin selesa dengan kehidupan ‘upgraded’ sebagai pelakon dengan jumlah pengikut seramai 1.3 juta orang di Instagram.
Memang betul-betul plot twist!
Seperkara lagi, layanlah orang di sekeliling kita sebagaimana Irene dan ahli-ahli Red Velvet lain melayan pegawai keselamatan seperti Seung ho. Mana tahu satu hari nanti, korang akan kembali bertemu dengan mereka yang kian berjaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular sebuah video di media sosial, memaparkan momen yang agak tegang berlaku di backstage konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, sehingga meraih perhatian orang ramai.
Menerusi klip video pendek tersebut, dapat dilihat mimik wajah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu tegas sewaktu berkomunikasi dengan salah seorang kru di belakang pentas berkenaan.
Sehubungan itu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu tampil memberikan respon mengenai potongan video yang tular tersebut menerusi ciapan dibuat melalui aplikasi X.
Menerusi ciapan tersebut, penyanyi lagu hit Jerat Percintaan itu berseloroh bersama pengguna dengan mengatakan bahawa itulah masa untuk mereka melihat dirinya berubah menjadi ‘singa’.
“Haha, masa ini boleh tengok saya jadi singa,” ciapnya ringkas.
Difahamkan, ketegangan itu berlaku dipercayai berpunca daripada kegagalan alat monitor telinga yang digunakan TokTi sebelum memulakan konsertnya di atas pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...