Sumber Foto: Ihsan Young & Glow

 

Tular hujung minggu lalu setelah pempengaruh generasi Z, Ameera Khan atau lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan memuat naik foto dengan wajah serta perwatakan persis lagenda Hollywood, Marilyn Monroe.

Di sebalik pujian yang diberikan terhadap kelainan yang dibawakan oleh Ameera terutamanya bila menggayakan rambut pendek perang berpotongan bob (relaks korang, ia hanyalah rambut palsu), tidak kurang juga ada yang melontarkan kecaman kononnya Ameera cuba untuk menjadi lebih ‘kebaratan’ atau terlalu terikut-ikut untuk menjadi orang lain.

Haihh, setiap kali Ameera muncul dengan imej baru, memang ada saja ya kecaman yang bakal mengekorinya.

Ada Sebab Mengapa LMK Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi..

Apapun, korang tak perlulah terlebih risau dengan penampilannya persis Marilyn Monroe itu. Ia sebenarnya hanyalah salah satu stail yang digayakan oleh Ameera untuk kempen produk solekan baharunya bersama jenama Young & Glow.

Jenama cetusan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed itu berkolaborasi dengan Ameera untuk melancarkan palet pembayang mata pertama mereka yang dinamakan The Darling Palette.

Ada Sebab Mengapa LMK Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi..

Ads

Ada Sebab Mengapa LMK Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi..

Pada pandangan pertama, jujurnya palet kompak ini kelihatan mirip saiz dan warna pembungkusan palet popular Naked 3 oleh Urban Decay.

Apabila penulis menelitinya semula pada sidang media pelancarannya secara virtual petang tadi, ternyata ia berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri.

Di dalamnya tersenarai 10 warna berbeza yang diberikan nama mengikut elemen yang dekat dengan diri Ameera. Ada yang dinamakan ‘2000’ mengikut tahun kelahirannya, ‘Baby’ iaitu panggilan manja keluarga buatnya, ‘Romeo’ iaitu kucing peliharannya dan paling mencuri perhatian, ‘Mama’s Girl’.

Ads

Haa, paling manja lah tu! Hiks.

Ada Sebab Mengapa LMK Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi..

Kami mencubanya dengan jari terlebih dahulu dan ternyata, warna-warna pada palet ini mempunyai pigmen yang bagus dan tekstur yang mudah ‘masuk’ dengan warna natural kulit.

Selain mengandungi minyak Argan dan Silica untuk memberi manfaat pelembap, The Darling Palette juga mengandungi minyak biji anggur yang menjadi bahan pelindung kulit.

Ads

“Saya sukakan kesemua warna yang ada kerana ia sesuai untuk digunakan pada apa-apa jenis dan warna kulit. Ia menaikkan mood dan karakter seseorang.”

“Tapi kalau saya perlu memilih hanya satu warna kegemaran saja, saya harus memilih Baby yang mempunyai rona merah jambu kerana ia bukan saja sesuai digunakan sebagai pembayang mata tetapi juga sebagai pemerah pipi. Everyone loves a two-in-one benefit.

“Selain itu, palet ini juga berkesan untuk digunakan mengikut keperluan kamu. Contohnya, kamu boleh saja campurkan rona Latte (coklat natural) dan Romeo (coklat terang) untuk dijadikan sebagai contour pipi,” kata Ameera.

Ada Sebab Mengapa LMK Berwajah Marilyn Monroe, Gara-Gara Demi..

Tambah Ameera lagi berkenaan konsep penggambaran foto dan video kempen ini yang tular di media sosial pula, mereka melakukannya demi keseronokan konsep semata-mata dan ingin menampilkan karakter berbeza. Jauh sekali untuk mencetuskan kontroversi.

“Imej ala Marilyn Monroe itu adalah kegemaran saya daripada kesemua look yang kami cipta kerana ia berbeza.”

Tapi kalau nak diikutkan yang mana paling ‘masuk’ dengan diri saya, ia adalah look berambut ponytail (seperti di atas),” kongsinya lagi. Ameera turut berharap agar pengikutnya sabar menantikan koleksi pakaian dan chocolat daripadanya pada tahun 2021.

Bagi korang yang ingin memiliki The Darling Palette oleh Ameera Khan x Young & Glow ini, korang sudah boleh mendapati di SINI pada harga RM89.00 saja.

ARTIKEL BERKAITAN : Mesra Wuduk, Adakah Foundation Young & Glow Ini Wajib Dimiliki?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI